Saturday, March 20, 2010

Tanya sama Ustaz Hayat 1.1




Ini adalah sesi soal jawab yang dikendalikan saya di dalam forum ruqyah syariyyah.... saya akan kongsi-kongsikan soalan dan jawapan dalam ruangan berkenaan dengan anda semua...

QUOTE (ginger @ Mar 17 2010, 12:43 PM) *
SESEORANG DLM MAJLIS ILMU,ANA KENDALIKAN..MINTA TOLONG..MATA NYA SEBELAH KIRI..BERAIR2,MERAH..DAN PEDIH..GI KLINIK..TAK SEMBUH2 JUGA..TOK BOMOH ,KATA..ORANG SIHIRKAN..NAK BUAT MACAMANA..TK.



QUOTE (ginger @ Mar 17 2010, 12:45 PM) *
seseorang juga,anak muda..dlm majlis pengajian ana..di gua musang...datang jumpa ana..dia tanya nak buat ,macamana..?

bila tidur..dia akan mimpi...menakutkan..dan sentiasa..gemuruh,gerdebar atau kenalin(ore kelate ,,kata)..nak buat macamana?TK.



QUOTE (Mohsa @ Mar 19 2010, 12:52 PM) *
Salam..
Mcm kes nii saya rasa blh terus baca ruqyah kt pesakit la kut.
Mungkin ada reaksi mungkin tak...ke lagu mana UH?



1) Betul Tuan Mohsa... but pertamanya nak tanya adakah benar2 penyakit mata tersebut adalah gangguan.. bagaimana kaedahnya bomoh dapat tahu.. boleh jadi ia penyakit hospital....

Untuk rawatan mata bolehlah dibacakan Surah Qaf ayat 22 sambil memegang mata pesakit dan dihembuskan... boleh juga diambil air embun (esp malam Jumaat) dan dibacakan ayat2 syifa' dan ayat 22 Surah Qaff dan titiskan ke dalam mata pesakit.

Ingat untuk sakit mata ayat 22 Surah Qaff

Situasi tersebut pernah terjadi kepada saya di sebuah musolla, seorang ustaz datang kepada saya dalam keadaan matanya sakit.. Jadi apa yang saya buat? Pegang matanya dan bacakan ayat2 syifa' dan ayat 22 surah Qaff.. Alhamdulillah sembuh biizniLLAH.......

Namun sekiranya betul dia mempunyai gangguan.. hendaklah diikhtiarkan dengan ruqyah syariyyah bagi mengeluarkan unsur gangguan dari dalam badan.


2) Hmmm, sh ginger.. boleh jadi pesakit ini mengalami gangguan 'halus'... hendaklah dia pergi mengunjungi perawat Islam untuk mengesahkan adakah dia benar2 mengalami gangguan lantas mendapatkan rawatan dengan menggunakan ruqyah syariyyah

Jika masalah tidur sahaja.. insomnia:

a) Jangan sekali2 minum teh dan kopi esp waktu malam..
b) Jangan tidur siang
c) Amalkan ayat 10 dan 11 surah al Kahfi sebelum tidur....

WALLAHU waliyyut Taufiq!!!

No comments:

Post a Comment