Monday, January 31, 2011

Doa Untuk Pelajar dan Rakyat Malaysia di Mesir



'Misr al Mahrusah' - Maulana Sh Nazim

Assalamualaikum semua....

Di sini KISWAH dengan penuh pengharapan, memohon dari semua sahabat2 seperjuangan agar mendoakan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia kita di Mesir... Moga2 11 000 pelajar Malaysia di sana diselamatkan Allah dari sebarang mala petaka.....

Rasanya semua orang tahu apa yang sedang terjadi di Mesir. Malah ada perkhabaran kononnya ada pelajar Malaysia yang dirogol akibat kejadian banduan berjaya lari dari penjara. Kesahihan berita ini masih sedang cuba disahkan. Buat masa ini, kita doakan agar semuanya selamat belaka.

Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat terkini tentang keadaan rakyat Malaysia di Mesir, sila Like Facebook Page Selamatkan Pelajar Kita Di Mesir dan lawati blog Krisis Mesir.

Semoga semuanya selamat..... Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam.....


Pesanan Maulana Sh Nazim berkenaan isu di Mesir:

***Mawlana is advising whoever is asking for safety from the people of Egypt to leave the big cities and go to the countryside. He said what is happening now is from the fitnas of Ahir el-Zaman (End of Times) and there is no stopping to it until the Zuhur ( the coming) of Seyyidina Al-Mahdi.

Yet Egypt is protected, Mawlana said, "مصرالمحروسة ". It has the Awtad, the Aqtab and Ahli el Bayt (High-Rank Saints & Prophet's sas family). Mawlana said one of the Awtad of Egypt is capable of stopping this fitna in one moment but no permission yet...cleansing has to take place first.

Lot of people "blame" countryside besides countryside more peaceful scenery and calm... lot job and vacancy at there... Mawlana Syeikh Nazim (qs) said nowdays a lot of people going to big cities and town.. there is nothing there! Learn handskill for better job likes carpenter, farmer.. works with nature...

Sunday, January 30, 2011

Rahsia Penyembuhan Buah Tin!


Buah Tin yang disebut di dalam al Quran mempunyai 1001 rahsia kesembuhan..

Assalamualaikum semua...

Semalam di rumah Abang Kasim, saya dan Adib sempat mengadakan sedikit perbincangan berkenaan tafsir surah at Tin menggunakan kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulamak di bumi Syam as Syarif.

Topik yang kami bincangkan sepintas lalu adalah mengenai rawatan penyakit dengan menggunakan buah tin.

Di dalam kitab tersebut, penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan... Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:

  1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
  2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
  4. Menyegarkan badan yang lesu.
  5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  6. Rawatan buasir.
  7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dll.
  8. Rawatan penyakit GOUT
Selamat makan buah tin! Insya Allah sembuh!

Friday, January 28, 2011

Daun Teratai untuk Rawatan Sihir Mati Pucuk


Cari daun teratai yang muda untuk kaedah tibb nabawi ini.


Seperti perbincangan di dalam forum KISWAH

Prof ShahNor Basri
UPM

Sheikh Dr Abul Munzeer Khalel dalam kitabnya AtTurqul-Hisaan Fi Amradil Jaan yang di berikan prakata oleh Sheikh Wahid Abdul Salam Bali (Terj. : The Jin and Human Sickness) telah turut membicarakan Bab Rawatan Mati Pucuk atau Kelemahan Seksual akibat sihir dan angkara tukang sihir. Rawatannya menurut sheikh jika ia disebabkan sihir amat mudah dan simple. Ambil 7 helai daun teratai (lotus leave) MUDA, lalu digiling hingga lumat dan dicampurkan kedalam air didalam besen besar. Kemudian di Ruqyah:-

1- AlFatihah
2. Ayat Kursi
3. AlAaraf (7) : 117-122)
4. Yunos (10) : 81-82
5. Ta-Ha (20) : 69
6. Tiga Qul......

Gunakan sebahagian untuk mandian dan minum sebahagiannya selama 7 hari berturut2

Pesakit juga kena membacakan ruqyah sama keatas minyak zaiton, lalu di sapukan di bahagian zakarnya. WalLah hu Aalam.

Thursday, January 27, 2011

Menanggapi Pertikaian Pendapat Mengenai Bala dalam Bulan Safar

AMALAN BULAN SAFAR (Bahagian Ketiga)

MENANGGAPI PERTIKAIAN PENDAPAT MENGENAI BALA' DALAM BULAN SAFAR

GAMBAR HIASAN : TOKOH ULUNG NUSANTARA
'ALIM RABBANI SYEIKH DAUD AL-FATHANI (r.a)

CATATAN : SEGALA TULISAN INI AL-FAQIR SALIN SEMULA DENGAN SEDIKIT OLAHAN DARIPADA KITAB بدائع الزهور (Bada-i'uz Zuhur) - SEGUGUS BUNGA NAN INDAH KARYA AL-'ALIM AL-'ALLAMAH AZ-ZAKI SYEIKH WAN AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI YANG DI HIMPUN SEMULA OLEH ALMARHUM TUAN GURU HJ. WAN MJOHD SHAGHIR ABDULLAH.

Koleksi Khazanah Fathaniyah

Menurut setengah daripada kalangan 'Arif Billah daripada Ahlil Kasyaf wat Tamkin bahawa bala' itu turun pada tiap-tiap tahun sebanyak 320,000. Dan adalah semua bala' itu turun pada hari Rabu yang terakhir pada bulan Safar. Maka adalah hari itu ( hari Rabu terakhir pada bulan Safar) merupakan sepayah-payah segala hari di dalam setahun.

Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani memetik dari beberapa buah kitab yang di karang oleh ulama' sufi khasnya daripada kitab Fat-h al-Mulkil Majid yang beliau nyatakan pada bahagian mengenai ini dengan katanya;"Intaha Fat-h al-Mulkil Majid". Selain itu dalam hal yang sama beliau juga merujuk kepada kitab "Jawahir al-Khamis", seperti yang beliau nyatakan selanjutnya. Jika di lihat banyak kitab baik di dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu yang menyebut perkara tersebut selain daripada sumber kitab di atas antaranya ialah Aurad al-Khawajah Mughnid Din oleh Syeikh Kamil Fariduddin Syukur Kanji, Kitab al-Firdaus oleh Imam al-Buni, Kitab Mujarrabat oleh Syeikh Ahmad Dairobi as-Syafie.













Oleh kerana banyak kitab yang di tulis berkenaan perkara ini di dalam bahasa Arab maka para ulama kita di alam melayu telah menyalinnya lalu di muatkan dalam karya-karya mereka untuk tatapan dan ambilan faedah generasi kita. Di antara beberapa ulama' nusantara yang membicarakan bab ini lagi ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam kitabnya Jam'u Fawaid, Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani dalam al-Bahjatul Mardhiyah, Syeikh Abdul Hamib Kudus, yang mana beliau pernah menjadi Khatib dan Imam Besar Mazhab Syafi'ie di Masjidil Haram Makkah yang beliau naqalkan dalam kitab beliau iaitu Kanzin Najah was Surur di dalam bahasa Arab.

Seterusnya al-Faqir catatkan muatkan beberapa catatan Al-Marhum Tn.Guru Hj.Wan Mohd Saghir tentang beberapa peristiwa yang terjadi pada bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala' yang ditinjau dari segi ilmu sejarah : -

1) Pada 24 Safar Nabi Muhammad s.a.w bersama Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq masuk ke Gua Tsur kerana bersembunyi daripada musuh-musuhnya.

2) Pada hari Rabu akhir bulan Safar tahun 11 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w mulai sakit yang menyebabkan kewafatannya. Mengenai hal ini Syeikh Ahmad al-Fathani menulisnya dalam Badrut Tamam, katanya, "Maka pada hari Rubu' daripada akhir bulan Safar membala' dengan Nabi s.a.w oleh sakitnya. Maka demam ia dan sakit kepalanya yang maha mulia...". Mengenai hal ini juga di sebut oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam karyanya berjudul Madarijus Shu'ud. Dalam riwayat yang lain bahawa pada hari Rabu akhir Safar juga Nabi Muhammad s.a.w termakan daging kambing yang di bubuh racun oleh musuhnya, yang akibatnya dirasakan setahun kemudian, yang mana menyebabkan kewafatan baginda s.a.w.

3) Sayyidina Hasan cucunda Nabi Muhammad s.a.w hari-hari yang paling lama penderitaan sakitnya kerana racun, juga dalam bulan Safar tahun 50 Hijrah. Lama sakitnya 40 hari, sehingga beliau wafat pada 5 Rabi'ul Awwal 50H.

4) Pada 1 Safar 60 H, kepala Sayyidina Hussain cucunda Rasulullah s.a.w.di arak masuk ke Damsyik oleh Bani Umaiyah, iaitu setelah mereka berhasil membunuhnya pada hari asyura' (10 Muharram 60 H). Pada 20 Safar 60 H kepala Sayyidina Hussain di arak dalam kota.

Maka apabila kita kaji sejarah masih banyak lagi peristiwa yang melibatkan bulan Safar yang ada kaitannya dengan bala'. Oleh itu apa yang disebut oleh para ulama' Sufi bahawa pada hari Rabu akhir bulan Safar bahawa Allah menurunkan 320,000 bala' itu ditinjau dari segi perbandingan berbagai-bagai sejarah yang terjadi dalam Islam adalah mempunyai asas.

Perkataan mereka perlu dikaji dari segenap aspek, kerana itulah PARA ULAMA' BESAR yang faham berbagai-bagai disiplin ilmu termasuk ilmu hadith turut memperkatakan hal yang tersebut (di atas) di dalam kitab-kitab mereka. Wallahu'alam.

Rujukan: SINI

Wednesday, January 26, 2011

Amalan Bulan Safar



1. Membaca doa berikut pada awal hari dan akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. أَعُوْذُبِا اللهِ مِنْ شَرِّ هَذَا الزَّمَانِ وَأَهْلِهِ. وَأَعُوذُبِجَلاَلِكَ وَجَلاَلِ وَجْهِكَ وَكَمَالِ جَلاَلِ قُدْسِكَ أَنْ تُجِيْرَنِي وَوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَأَهْلِي وَأَحِبَّائِي. وَمَا تُحِيْطُ شَفَقَّهُ قَلْبِي مِنْ شَرِّ هَذِهِ السَّنَةِ وَقِنِي شَرَّمَا قَضَيْتَ فِيْهَا. وَاصْرِفْ عَنِّي شَرَّ شَهْرِ صَفَرَ. يَا كَرِيْمَ النَّظَرِ وَاخْتِمْ لِيْ فِي هَذَا الشَّهْرِ وَالدَّهْرِ بِاالسَّلاَمَةِ وَالعَافِيَةِ وَالسَّعَادَةِ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَأَوْلاَدِيْ وَلِلأَهْلِيْ. وَمَا تُحُوْطُهُ شَفَقَّهُ قَلْبِيْ وَجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.


2. Membaca surah yaasin pada akhir arbia’ (hari rabu terakhir) pada bulan safar dan apabila sampai pada ayat سَلاَمٌ قَوْلاً مِّن رِّبِّ الرَّحِيْم hendaklah di ulang-ulang sebanyak 313 kali. Kemudian berdoa dengan doa ini iaitu Selawat Munjiyat :


Kemudian berkata ia dengan doa ini :

اَللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا شَرَّمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَآءِ وَمَا يَخْرُجُ مِنَ الأَرْضِ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.

Kemudian berdoa ia dengan barang yang muhim (perkara-perkara penting yang dihajati) pada dunia dan akhirat dan meminta ia akan Allah akan ‘afiah dan salaamah (kesihatan dan keselamatan).


Wazifah Naqshbandi Haqqani Rabu Terakhir Safar:

1) Syahadah 3 kali

2)Istighfar 3oo kali

3)Ayatul Kursiy 7 kali

4) Al Fil 7 kali

5) Terlebih baik petang / siang Rabu terakhir Safar tidak keluar rumah kecuali urusan mustahak atau mencari rezeki..

Rujukan: Futuhat Haqqaniah ( Sh Adnan Qabbani)


JADI RABU TERAKHIR SAFAR ADALAH BERSAMAAN 2 FEB 2011 Rabu depan... Selamat beramal...

Rujukan dari sahabat: Us Hasif



Tuesday, January 25, 2011

Festival Maulidurasul saw al Kubro




SEMUA DI JEMPUT HADIR...

Bicara Mathnawi







Bicara Mathnawi:


Hari ini kulihat Sang Tercinta, seri semarak segala perkara itu; Ia lepas menuju ke langit bagai ruh Mustafa.

Karena wajah-Nya, matahari menjadi malu, daerah langit terharu-biru sekacau kalbu; lantaran cerlangnya, air dan tanah lempung lebih bercahaya dari api menyala.

Aku berkata, “Berikan padaku tangga, agar aku dapat naik ke langit pula.” Jawab-Nya, “kepalamu ialah tangga; purukkan kepalamu lebih rendah dari kakimu.”

Bila kautempatkan kakimu lebih tinggi dari kepalamu, maka kakimu akan berada di atas kepala bintang-bintang; bila kau menyibak angkasa, injakkan kakimu di angkasa, nah, mulailah!

Seratus jalan ke angkasa—langit pun menjadi jelas bagimu; membubunglah kau di setiap samar fajar ke langit raya, bagai sebuah doa.

- Syaikh Jalaludin al Rumi