Sunday, May 30, 2010

Cerita-cerita seminar KISWAH

Assalamualaikum semua...

Sambil2 saya berehat setelah pulang memagar rumah adik di Kuala Lipis, izinkan saya mencoretkan aneka kenangan manis masam masin sepanjang 3 siri seminar yang lalu diadakan...

1) Seminar KISWAH Modul Satu di Pusat Rawatan KISWAH Temerloh... "Menangani Gangguan Jin Kaedah al Quran": 3 April 2010

- menyaksikan seramai 35 orang peserta hadir termasuklah dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan dari serata Malaysia... Alhamdulillah seminar pembukaan yang sangat bermakna buat kami ini diadakan dalam suasana yang amat sederhana di pusat rawatan yang baru.... Seminar menyaksikan kehadiran ramai graduan dari pengajian dan seminar pusat2 rawatan lain seperti Darul Syifa', Akrine, Ridam, Sinar Zamdurrani dan sebagainya sebagai menggambarkan roh penyatuan di kalangan perawat Islam seluruh negara... Semuanya berhimpun dalam keadaan yang sangat harmonis dan penceramah bersungguh-sungguh mengelak dari menyentuh sebarang isu sensitif yang melibatkan pihak2 lain.

Seperti biasa seminar diakhiri dengan simulasi rawatan Islam. Dipendekkan cerita, seorang peserta wanita melompat dan bersilat di tengah2 khayalak setelah penceramah membacakan ruqyah syariyyah... Beliau mula menyerang perawat namun dapat diredakan oleh Us Khanafiah (perawat ruqyah syariyyah Klang) yang bertindak berani berdepan dengan tindakan barbarik peserta terbabit...

Tidak ketinggalan juga ramai peserta (yang kami syak mengalami gangguan) mengadu sakit badan, cemas dan panas semasa sesi ruyah dibacakan....

Seminar diakhiri dengan pengijazahan ruqyah dan hizib oleh Us Hayat an Naqshbandi...


2) Seminar Rawatan Islam Modul 1 di Masjid Sultan Abu Bakar, Raub - 24 April 2010
- Dijalankan dalam keadaan sangat teratur dengan bantuan sahabat2 Darul Syifa' Raub yang ringan tulang menguruskan seminar tersebut. Seminar berlangsung dengan sokongan penuh Jabatan Agama Islam Pahang dan pihak pengurusan masjid.

Seramai 55 orang peserta yang kebanyakan ahli kelab al Quran Masjid Sultan Abu Bakar sangat teruja dengan pengisian yang diberikan dan mereka mengharapkan agar seminar siri yang seterusnya dapat diteruskan di masjid tersebut.

Seperti biasa seminar diakhiri dengan simulasi bacaan ruqyah oleh us hayat beserta penerangan plus .. rawatan kepada peserta seminar sekaligus! Beberapa peserta seminar menunjukkan kesan dan tanda-tanda mereka mengalami gangguan sehingga terdapat antara mereka yang meraung, muntah-muntah dan menjerit-jerit semasa ruqyah dibacakan.. Semoga pesakit tersebut sembuh.. Harapnya dengan modul ini dapat memasyarakatkan teknik al Quran ini ke dalam masyarakat kita yang sarat dengan sogokan ilmu perubatan yang tidak syarie serta padat dengan kesyirikan... Sekurang2nya kami memaparkan kaedah alternatif kepada mereka yang ternyata berkesan!

Seminar diakhiri dengan pengijazahan ruqyah dan hizib oleh Us Hayat an Naqshbandi.


3) Seminar Modul 2: "Kluarga Bahagia Bebas Jin dan Makhluk Halus" - Masjid Sultan Abu Bakar Raub - 22 Mei 2010.

Seramai 67 peserta menyertai seminar ini termasuklah sahabat2 dari Darul Syifa' dari Raub dan satu rombongan dari Paka Terengganu ( Madrasah Darul Bayan)... Sahabat2 dari Kuala Lumpur turut serta. Seminar membincangkan permasalahan:

- Andartu
- Anak nakal
- Mandul
- lari dari rumah
-perceraian dan pendamai rumah tangga .... serta rawatan2nya...
Seminar mendapat sokongan dan dokongan Al Fadhil Tuan Kadi Raub yang sudi menyampaikan ceramah sebelum seminar bermula. Beliau menyatakan sokongan dan rasa sukacitanya dengan penganjuran seminar yang julung2 kalinya diadakan ini.... Tidak ketinggalan Tuan Imam 1 Masjid Raub yang aktif menguruskan majlis terbabit dan bertungkus lumus mengadakan program2 tarbiyyah di masjid yang berada di bawah pengurusannya.. Tahniah dan terima kasih kalian semua!!!

Seminar diakhiri dengan simulasi dan beberapa orang peserta kerasukan apabila dibacakan ruqyah oleh penceramah.... Ada peserta mula mencarut2 di dalam Bahasa Tamil dan memusing2kan tangannya..... Seorang dua pesakit muntah2 dan selepas rawatan mereka menemui saya menyatakan keinginan untuk meneruskan rawatan.. Semoga mereka cepat sembuh...

Seminar diakhiri dengan ijazah oleh Us Hayat.

Pada waktu petang, Us Hayat berbesar hati merawat pesakit yang terlantar di Dong, Raub, Pahang.... semoga pesakit tersebut sembuh seperti sedia kala..


..p/s : Seminar di Klang akan menyusul pada 5 Jun beserta pelancaran cd Ruqyah Syariyyah... anda sudah mendaftar?????? Jangan ketinggalan kita bertandang ke Klang pula......... Disamping mendapat ilmu, ijazah dan makan2.. anda juga boleh melibatkan diri dengan sesi perubatan beramai-ramai kami...... Sambil menyelam sambil minum air......

Seminar yang berikut di Kota Tinggi, Johor pada 10 Julai 2010!!!!

Jangan persiakan peluang keemasan ini!!!

Ada di kalangan anda yang sudi menjadi penganjur seminar di tempat anda??????
Moga2 ada lagi jemputan seminar di tempat lain nanti... :)

Wassalam dan salam ceria semua!!!

Thursday, May 27, 2010

Rawatan sihir plus side effect rawatan hospital???

Assalamualaikum semua pengikut setia blog ni. Dah jadi followers tak??? Kalau belum silalah 'mendaftar' di bawah agar saya dapat berkenalan dengan anda dengan lebih dekat lagi...

Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita rawatan yang ada kaitan dengan gangguan makhluk halus dan bercampur dengan........ : bagi saya side effect dari rawatan doktor di hospital... ini bukanlah tuduhan dan bukanlah bertujuan menyerang perubatan moden, sekadar berkongsi cerita dan pengalaman saja.

1) Rawatan saya di Chenor menyaksikan seorang guru bersabung nyawa melawan penyakit kanser + gangguan makhluk halus + kesan rawatan di hospital. Dipendekkan cerita, setelah dua kali rawatan, akhirnya pesakit bertambah sembuh dan bengkak di keseluruhan tubuhnya semakin hilang dengan izin Allah jua... memang tidak dapat dinafikan pesakit ini memang mempunyai gangguan jin dan beliau meronta dan menjerit2 ketika dibacakan ruqyah... Alhamdulillah setelah dua kali rawatan di rumahnya dikhabarkan keadaannya semakin pulih dengan izin Allah jua...

Cuma yang menyedihkan saya adalah masalah pendengarannya yang semakin hilang. Beliau menyatakan kepada saya bahawa masalah ini terjadi kerana effect daripada rawatan di hospital untuk menguatkan jantungnya sehingga menyebabkan deria dengarnya hilang. Doktor juga mengakui bahawa ia adalah disebabkan 'ubat' yang begitu kuat sehingga terjadinya side effect tersebut. Doktor juga menegaskan bahawa masalah tersebut hanya sementara dan dijangka berakhir setelah dua bulan... dan kini setelah setahun lebih berlalu keadaannya masih begitu (sewaktu saya merawatnya beberapa bulan dulu)....

2) Berlaku tadi di rumah seorang pesakit yang terlantar... Doktor juga tidak pasti dan pelik kenapa pesakit masih terlantar sedangkan ia tiada masalah strok dan lain penyakit berbahaya. Ahli keluarga memberitahu saya bahawa ubat yang kuat telah dimasukkan ke dalam tubuh pesakit untuk rawatan keracunan darahnya sehingga akhirnya dia lumpuh di hospital. Sejauh mana dakwaan bahawa ia telah lumpuh sewaktu di hospital disebabkan rawatan tersebut tidaklah saya mengetahuinya.. Benarkah disebabkan 'ubat hospital'???

Sewaktu rawatan dijalankan memang terdapat tanda gangguan di dalam tubuh pesakit dan setelah diruqyah pesakit menampakkan kesan positif. Pada hemat saya gangguan tersebut tidaklah kuat. Cuma yang memeningkan saya adalah jenis penyakit hospital pesakit ini..Mungkinkah kerana masalah kesan negatif rawatan dan ubat yang diberikan di hospital???

Kemudian saya membekam kepala, tubuh dan tangan pesakit yang lumpuh dan kelihatan darah toksik keluar dengan banyaknya...

Rawatan akan diteruskan lagi.... Semoga pesakit tersebut sembuh sediakala...

p/s: Post ini bukan untuk mempertikaikan kredebiliti pihak kesihatan dan hospital... banyak kisah pesakit menjadi parah dan kesan2 sampingan terjadi setelah berubat di hospital, mungkin kerana kesan ubat yang kuat atau sebagainya yang saya simpan di dalam saku....

Lebih kurang macam ni la...

cth 1: banyak sangat makan ubat darah tinggi dan kencing manis akhirnya merosakkan buah pinggang pula.

cth2: Makan banyak ubat lelah (pil) sehingga ganggu jantung pula...

cth3: Banyak pesakit mental sukar disembuhkan dengan kaedah ruqyah dan perubatan Islam kerana pil, ubat-ubatan dan renjatan elektrik menjadi makanan ruji pesakit gila tersebut...

cth4: Tebuk sana tebuk sini... menjadikan pesakit stroke sukar diubati.

cth5: Cantas urat sana, cantas urat sini...menjadikan pesakit kanser sukar diubati.

Apapun Allah Taala sahajalah yang mengetahu kebenarannya... Ampun ye...

Just my point of view... mungkin salah dan mungkin betul.....

Allahu Haqq !!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Wednesday, May 26, 2010

Seminar Rawatan Islam di Kota Tinggi Johor - Siri Satu

Assalamualaikum semua!!!

Berita baik untuk orang Johor!!!

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah dengan kerjasama Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Cawangan Johor-

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)

Tarikh: 10hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu

Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: B 23, Bangunan Peladang, Pusat Bandar, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor

Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 60 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (Cawangan Johor)

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

(Mohd Zaki bin Wahir; Maybank: 101076017231)

…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Mohd Zaki bin Wahir (017 7600775)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.


Layari: blog: rawatanislam2u.com
: portal: rukyahsyariah.com

Monday, May 24, 2010

Nantikan Pelancaran CD Ruqyah KISWAH 5 Jun 2010 di Seminar Klang


Keluaran Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah adalah cd perubatan yang istimewa hasil kajian dari al Quran dan Sunnah untuk rawatan: Sebarang bentuk sihir,gila, santau, saka, susuk, strok, kanser, busung dll :

web rasmi:
http://www.cdruqyah.com/

Sebarang persoalan sila hubungi:
cdruqyah@gmail.com

Ijazah:
Ijazah Perubatan Islam yang telah diberikan oleh Yang Mulia Dato Seri Tuanku Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah as Sultani kepada Us Hayat an Naqshbandi

Qari:
Ybhg Dr Us Wan Ahmad Tirmizi bin Wan Sulaiman
-B.Shariah(UM), MPA (UM).
-Pensyarah UITM Melaka

Khutbah dan Doa;
Al Fadhil Us Hayat an Naqshbandi
-BA Hons Syariah Islamiyyah Al Azhar as Syarif Mesir

Susunan:
-Pusat Rawatan Islam KISWAH

Assalamualaikum wrt.
Alhamduillah dan selawat
Firman Allah Taala: Ayat 82, Surah al Isra

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad saw.

Para pendengar sekalian; Firman Allah Taala; Surah Al Isra’ ayat 82


82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya;

Dari ayat ini jelas kepada kita bahawa 1) Pengiktirafan Allah bahawa al Quran adalah penawar
2) Penawar tersebut berhasil hanya kepada mereka yang bergelar mukminin. Prasyarat bahawa al Quran menjadi ubat kepada mereka adalah ‘yakin dan percaya’ bahawa al Quran mampu menyembuhkan

Sabda Nabi saw: ‘Sebaik-baik ubat adalah al Qura”, 2) Ubatilah ia dengan kitab Allah 3) -Hendaklah kamu melakukan dua kesembuhan; Madu dan Al Quran

Ekoran dari itu, para ulamak telah merumuskan kaedah perubatan dengan al Quran berdasarkan hadis2 pilihan dengan menghimpunkan ayat2 yang dikenali sebagai ruqyah syariyyah atau manzil untuk tujuan kesembuhan gangguan makhluk halus dan penyakit lain.

Kaedah merakam ayat2 ruqyah untuk di dengar pesakit di rumah adalah kaedah masyhur yang digunakan oleh perawat2 Islam khususnya di bumi anbiya’ yang ternyata memberi kesan kesembuhan yang positif kepada pesakit.

*Asas perubatan ruqyah syariyyah ini adalah:

• Doa dan munajat kepada ALLAH

• Nasihat dan Dakwah kepada jin (bukannya bertujuan menyeksa jin semata-mata)

• Muhasabah dan saranan taubat kepada pesakit


Para pesakit hendaklah mendengar ayat2 ini dengan teliti sambil menutup mata paling kurang 2 kali sehari dan sebaik-baiknya sepanjang masa termasuklah semasa tidur… Namun dinasihatkan tidak mendengarnya di dalam kereta…. Supaya ayat2 kesembuhan tersebut menyerap ke dalam jiwa dan hati sanubari pesakit dan akhirnya membuahkan kesembuhan rohani dan jasmani.

Yakinlah bahawa ini adalah teknik paling berkesan yang dianjurkan oleh RasuluLALLAH saw…

Antara kelainan cd ruqyah ini daripada yang lain adalah kami:

1) rakam dalam bentuk track.. track by track.. sekiranya anda berminat untuk menghafal ruqyah anda boleh mengulangi track2 yang ada.. Antara track yang ada adalah:

- Muqaddimah
- Pembukaan
-Ayatul Kursiy
-Seruan kepada Islam
-Ibtalus sihir; pembatal sihir
-Pengajaran kepada jin
-Ancaman kepada jin
-al Muawwizat
-Doa kesembuhan

2) Disertakan dengan khutbah yang bersesuaian dengan ayat yang dibacakan... Khutbah, nasihat dakwah dan doa serta azan diselitkan di antara track

3) Dibacakan oleh qari yang berpengalaman:

Wan Ahmad Tirmizi Bin Hj. Wan Sulaiman,
Sijil Khas Kemahiran Al-Quran.
B.Shariah(UM), MPA (UM).
Pensyarah UiTM Melaka.

Pengalaman Tilawah.
Ketiga Tilawah Peringkat Antarabangsa Remaja, Iran 1993.
Johan Tilawah Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 1992 dan 1993.
Johan Tilawah Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 1998.
Naib Johan Tilawah Interaktif Akhir 2008, RTM 1 dan JAKIM.

4) Ijazah perubatan oleh Yang Mulia Dato SeriTuanku Sheikh Raja Ashman as Sulthani kepada Us Hayat an Naqshbandi

5) TERBUKTI BERKESAN... merupakan bacaan dan khutbah (dialog perawat dengan jin) yang menghampiri bacaan sebenar ketika merawat...

Jangan ketinggalan mendapatkan cd rawatan istimewa ini!!!

Jadilah penyokong cd ruqyah kami di Facebook:



cd ruqyah

Promote Your Page Too

Sunday, May 23, 2010

Adakah semua orang tua terlantar memiliki saka atau ilmu salah??

Assalamualaikum semua...

Sambil saya berehat setelah penat berseminar dan merawat.... apalah kiranya anda mendengar cerita saya...

Seminggu ini saya banyak merawat pesakit warga emas yang terlantar lagi dhaif keadaannya... Merawat pesakit begini sebenarnya membuatkan saya berasa amat sayu... Rata-rata berumur lapan puluh tahun lebih malah ada yang datang ke pusat rawatan dari KL berumur seratus tahun lebih...

Malah rawatan saya di Dong Raub tempoh hari setelah tamat seminar juga merupakan pesakit terlantar yang lanjut usianya..... Biasanya kes sebegini disertai dengan gangguan strok atau gangguan jin rihul ahmar yang mengganggu saluran darah di otak... (kecil atau besar)

Semua ahli keluarga yang hadir melafazkan skrip yang sama iaitu... Ustaz tolong buangkan saka mak saya....

Sesetengah kes:

Saya bertanya; " Mana tau saka......??

Jawapan: Bomoh kata....

Kebiasanyaanya pesakit tua yang terlantar selalu dituduh saka....... Asal tua saja saka, asal tua saja saka..

Persoalannya adakah semua pesakit lanjut usia saka????

Sebahagian KECILNYA mungkin ya...

Namun pengalaman saya yang sekelumit ini memberi jawapan sebaliknya..... atas point berikut:

1) Tahukah anda ramai warga emas yang tinggal sendirian di rumahnya di kampung halaman mengalami gangguan makhluk halus... maklumlah ditinggalkan sendirian oleh anak2.

2) Tahukah anda tentang FITNAH JIN KE ATAS ORANG TUA.. sehingga ada jin yang masuk ke dalam tubuh warga tua dengan harapan menyukarkan proses 'pemergiannya' dan melakukan pelbagai onar semata2 untuk merosakkan imejnya dan menjayakan misinya: AGAR SEMUA ORANG INGAT SEHINGGA 50 tahun akan datang bahawa; ingat tak; Mak Minah tu rupanya membela hantu raya, susuk, benang cindai dan SAKA..... tak pasal2 kena tuduh saka padahal.......

3) Golongan jin juga berusaha untuk memberikan tanggapan negatif anak cucu ke atas atuk dan nenek mereka... agar mereka mengenang arwah (setelah mereka pergi) sebagai orang yang membela saka dan mengamal ajaran salah lagi hodoh agamanya..

4) Memburukkan nama keturunan sesuatu keluarga.. agar orang kampung melabelkan warga tua tersebut dan keturunannya sebagai pengamal amalan salah.

5) Membantu bomoh mencari rezeki... apabila ada warga emas yang sakit, maka berduyunlah bomoh datang / dipanggil lantas menjadi sumber rezeki mereka... ada di kalangan mereka yang sewenang2nya mentakwil dan menuduh bahawa atuk dan nenek yang menderita kesakitan akibat gangguan tersebut adalah; saka.... Kalau nak berubat kena panggil semua anggota keluarga yang berjumlah 30 orang tu.. satu kepala rm 50... berapa rasanya yang bomoh dapat apabila merawat 30 orang tu... (contoh saje)

...walaupun dalam keadaan tertentu memang ada sesetengah pesakit memang memelihara khadam saka... apapun pengalaman perawat saja yang menjadi penilai sekiranya memang itu adalah saka...... (bab ni kena belajar secara mendalam)... malah sekiranya tau pun perawat Islam yang bijak tidak akan mentakwil dan mendedahkannya di hadapan keluarga mangsa.. Hanya yang boleh dikata.. INI HANYALAH GANGGUAN.... apa cerita dan hikayat di sebaliknya kita serahlah kepada Allah........

... sekadar berkongsi pengalaman yang sedikit ni.......

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!

p/s kasihanilah kepada al marhum2 yang pergi menemui Allah setelah bertarung nyawa akibat gangguan makhluk halus yang akhirnya sehingga kini dikenang sebagai pembawa SAKA.... padahal mereka tidak bersalah...... al Fatihah

Seminar Rawatan Islam KISWAH di Tempat Anda???

Assalamualaikum ahli forum...

Di sini saya ingin membuat sedikit promosi...

Saya buka kepada semua pihak sekiranya ada yang sudi menjadi penganjur seminar KISWAH di tempat anda sendiri.. kami sudi untuk mengconduct (modul dan pengisian) seminar tersebut di tempat anda.....

Antara topik yang akan dibincangkan adalah:

Siri Seminar KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Seminar Satu
Menyingkap Rahsia Jin dan Asas Perubatan Al Quran

Seminar Dua
Keluarga Bahagia Bebas Sihir

Seminar Tiga
4 S plus 1S: Sihir, Santau, Saka, Susuk plus Selusuh

Seminar Empat
Masalah rumah berhantu dan kaedah memagar rumah dan kedai,
plus Rawatan Stroke

Seminar Lima
Perubatan Qurani dan Tabie (Herba)

Seminar Enam
10 Kaedah Ruqyah Syariyyah untuk Rawatan Sihir

Seminar Tujuh
Rawatan Bekam, Urut, Refleksologi dan Pinggan Putih

Thursday, May 20, 2010

Jangan Lupa Seminar Rawatan Islam di Raub Esok!!!


Assalamualaikum semua..

Jangan lupa ye esok kita akan berseminar di Masjid Sultan Abu Bakar Raub.

Yuran: RM 10 sahaja

Tema: Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Makhluk Halus

Topik:

1) Andartu dan rawatan
2) Anak nakal dan rawatan
3) Mandul dan rawatan
4) Anak lari / isteri lari / suami lari dan rawatan
5) Sihir perpisahan dan rawatan

Masa: Daftar: 8 pagi dan diakhiri dengan simulasi perubatan ruqyah beramai2 dan ijazah ruqyah. Berakhir lebih kurang pukul 1 tengahari.

Masih dibuka! Pergi sahaja ke masjid terbabit!
Jangan lupa ye.... Jumpa di sana!

Wassalam