Monday, November 15, 2010

Selamat Menyambut Eidul Adha dari Warga KISWAH


Selamat Menyambut Eidul Adha dari kami warga KISWAH kepada muslimin muslimat seluruh dunia khususnya penyokong, peserta seminar, ahli forum, pengikut blog, pesakit dan perawat KISWAH di mana jua anda berada...

Assalamualaikum semua!
Semoga Eidul Akbar ini yang sebenarnya merupakan hari raya yang lebih besar dari Eidul Fitri (lihatlah takbirnya sahaja memakan masa 4 hari!) memberikan kita pengajaran tentang erti sebuah pengorbanan di dalam beragama....

Ampun batin dan zahir.... Terima kasih atas sokongan semua!!!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Love and salams,

Hayat an Naqshbandi, Mulia Karimah, Abdullah Faiz, Muhammad Nazim dan semua warga KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah...

Thursday, November 11, 2010

Jangan lupa Seminar kami di Teluk Intan Sabtu dan Ahad ini.



Assalamualaikum semua...

Jangan lupa seminar kami di Teluk Intan pada hari Sabtu dan Ahad ni:

Sila klik di sini

Saya akan bertolak ke Teluk Intan dengan Saudara Wan Hospital dan Hanif Mesir al Hafiz selepas Solat Jumaat.

Ini kerana safar sebelum Solat Jumaat kata ulamak hukumnya adalah MAKRUH.
Oleh tu kalau nak keluar perjalanan jauh hari Jumaat maka bertolaklah sebelum Subuh atau selepas Solat Jumaat.

Ini kerana dikhuatiri berisiko meninggalkan solat Jumaat. Sedangkan perjalanan safar lebih dari dua marhalah untuk perjalanan dengan niat yang baik bermula sebelum Subuh maka gugur kewajipan Solat Jumaat kerana dianggap tidak bermastautin di tempat itu.

Tapi kalau bertolak selepas Subuh maka wajiblah menunaikan Solat Jumaat.

Apapun doakan perjalanan kami esok!

Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Tuesday, November 9, 2010

Seminar Rawatan Islam KISWAH: 4 S: Santau Saka Susuk dan Kaedah Selusuh.

Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah KLANG

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam Berasaskan Ruqyah Syariyyah di
CIAST PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN
7012, Jalan Petani 19/1, Seksyen 19
Shah Alam
Selangor
Malaysia
40900

Tarikh : 5hb Disember 2010

Tempat : CIAST PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN

Penyertaan: Terbuka kepada peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 90 seorang (nota, sijil dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH KLANG

Tentatif program:

8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:

SAKA SUSUK DAN SANTAU PENGENALAN, SEBAB DAN AKIBAT

-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:

SAKA SUSUK DAN SANTAU AMALAN MENENTANG MERAWAT RUQYAH SYARIYYAH

-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan

tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai



Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda ke nombor di bawah.

Bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Sdr Zailan Ibrahim 018 2027559

Ustaz Hasan 0134651866

Pendaftaran dibuka sehingga 3 hari terakhir sebelum program!

Bayaran boleh di buat melalui

MAYBANK : 162106364673 ZAILAN IBRAHIM EMAIL admin@rukyahsyariah.com

Maklumat lanjut boleh menghubungi

Sdr Zailan Ibrahim 018 2027559

Ustaz Hasan 0134651866

pejabat urusan pusat rawatan KISWAH KLANG 03 51624017

MUDAH MUDAHAN SEMUA PESERTA DAPAT MENYERTAI SEMINAR INI UNTUK MANAFAAT BERSAMA.

Saya juga bermohon agar email ini dapat di panjangkan kepada semua umat Islam yang berminat untuk menyertai program ini untuk manaafaat bersama. Jasa baik tuan puan akan di kenang sepanjang hayat InsyaALLAH

ADMIN www.rukyahsyariah.com

Monday, November 8, 2010

Fadhail as Syam.. Kelebihan Syam as Syarif.. Ku Pasti Kembali ke Sana..

Daripada Saidina Zaid binTsabit radiyallahu anhu, bahawa Rasullullah sollallahu alaihi wa sallam telah bersabda: “Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat radiyallahu anhu yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasullallah?” Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi

KELEBIHAN DAMSYIK (SYAM)

Syam adalah tempat tumpuan para nabi.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam radiyallahu anhu bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebanyak 500 makam para nabi di Damsyik sahaja!

Firman Allah Taala di dalam surah at Tin:

"Demi buah tin dan zaitun. Dan demi Gunung Sinai."
(surah at Tin ayat 1 dan 2)

Qatadah dan Hassan al Basri mengatakan bahawa:

"Buah Tin adalah sebuah bukit yang terletak di Damsyik (Jabal Qasiyun) dan buah zaitun adalah sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis."

Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kamu pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn As berkata: " Satu masa akan tiba apabila manusia akan menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecualinya semuanya berpindah ke Syam."

Saidina Kaa'b bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adal...ah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.


Diriwayatkan oleh Abdul Razzak, Thabari, Wahidi, Ibn Asakir dan lain-lain lagi.

Kesemuanya merupakan simbolik buat tempat yang ada kaitan dengan tiga orang nabi iaitu Nabi Ibrahim, Nabi Isa dan Nabi Musa alaihimus salam.

Menurut Maulana Sheikh Nazim al Haqqani terdapat sebanyak 40 000 makam para nabi, para sahabat dan solihin yang terletak di bumi Damsyik.

Syam adalah tempat tumpuan para nabi, para sahabat dan awliya.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Salam r.a. bahawa bumi Syam adalah tempat di mana terletaknya persemadian 1,700 orang nabi sementara Makhul berpendapat terdapat sebany...ak 500 makam para nabi di Damsyik

Dari Abdullah ibn Hawalah r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah Taala telah memberi jaminan kepadaku tentang keselamatan bumi Syam dan penduduknya."

Hadis masyhur ini diriwayat oleh Abu Daud dan Ahmad dengan sanad hadis ya...ng sahih.

Baginda nabi s.a.w. bersabda:

"Kenabian diwarisi kepadaku daripada tiga tempat: Mekah, Madinah dan Syam. Apabila kenabian telah dibawa keluar daripadanya maka ia tidak akan pulang kembali ke situ lagi."

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula di dalam menafsirkan firman Allah Taala, mafhumnya:

"Kami jadikan Nabi Isa Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat); Kami jualah yang telah menempatkan kedua-duanya (Nabi Isa dan Sayyidah Maryam) di tanah yang tinggi, tempat tinggal yang mempunyai tanaman dan mata air yang mengalir."
(Q:24:50)

Beliau telah menafsirkan bahawa tempat tersebut adalah Damsyik.
Daripada Saidina Zaid bin Tsabit r.a. bahawa Rasullullah s.a.w. telah bersabda:

“Berbahagialah penduduk Syam”. Tatkala itu terdapat sahabat r.a. yang bertanya: “Kenapa begitu ya Rasulallah?”

Baginda s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya para malaikat rahmat menghamparkan sayap ke atasnya”.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tarmidzi.

Saidina Abdullah ibn 'Amr ibn ‘As r.a. berkata:

"Satu masa akan tiba, apabila manusia menyaksikan bahawa tiada lagi orang yang beriman tinggal di atas bumi kecuali semuanya berpindah ke Syam."

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa sesungguhnya ada ...seorang lelaki telah datang menemui Rasullullah s.a.w. Beliau menyatakan yang dia ingin merantau, tatkala itu Rasullullah s.a.w bersabda kepadanya:

“Menetaplah kamu di bumi Syam, sesungguhnya Allah s.w.t. memberi jaminan kepadaku bagi bumi Syam dan ahlinya.”

Baginda s.a.w. bersabda: " Api yang besar akan muncul dari arah Hadramaut atau dari arah laut Hadramaut sebelum hari kiamat yang akhirnya mengakibatkan perpindahan beramai-ramai penduduk." Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu arahkan kepada kami pada waktu tersebut?" Baginda bersabda: " Kamu mesti berpindah ke Syam."

Saidina Ka’ab bin al Ahbar apabila ditanya oleh Ibn Abbas berkenaan sifat Nabi Muhammad s.a.w di dalam kitab Taurat berkata: "Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang ditunjukkan di dalam Taurat adalah seperti berikut: " Muhammad adalah hambaKu yang terpilih. Ia tidak bersikap kasar dan kejam. Ia tidak suka membuat riuh di dalam pasar dan tidak akan membalas kesalahan dengan kesalahan, tetapi memaafkan kesalahan tersebut. Tempat kelahirannya adalah di Mekah, tempat hijrahnya adalah di Madinah dan kerajaannya di Syam.

Al Hafiz Abu Abdullah Muhammad bin Abdul Wahid al Maqdisi di dalam kitabnya yang bertajuk Fadhail Syam mengenengahkan beberapa hadis mengenai perbahasan ini.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Tirmidzi, daripada Ibnu Umar r.a. bahawasan...ya Rasullullah s.a.w. bersabda:

“Ya Allah ya Tuhan kami berkatilah pada kami negeri Syam dan Yaman.”

Hadis ini diriwayatkan oleh al Hafiz Abu Nua’im. Abu Idris al Khaulani mengatakan:

“Sesiapa yang dijamin oleh Allah dengannya (Syam), nescaya tidak akan dibinasakan dirinya.

Hadis ini Masyhur lagi sahih.

Berikut adalah gambar kenangan saya di sana... Semoga kita bersemangat untuk berangkar menziarahi bumi Syam as Syarif:
Insya Allah akan kembali ke sana....

Bersama Sh kesayangan yang paling banyak mendidik diri ini di Syam... Sh Ibrahim.. Bergambar di depan Makam Sh Abdullah Faiz Daghestani bersama rakan pelajar2 Al Azhar Perak di Mesir....

Jamie' Umawi sepakat ulamak menyatakan bahawa Nabi Isa as akan turun kembali ke dunia di masjid ini yang terletak di Dimasyq... Di menara putih sebelah kiri Insya Allah Nabi Isa as akan turun di sini.... Alhamdulillah berkesempatan buka puasa, terawih dan solat Jumaat di sini... Di dalamnya terdapat makam kepala Nabi Yahya as.


Bersama sheikh2 dan kawan satu perjalanan.. Kelihatan Sh Omar dari Jerman, Sh Ibrahim Syria dan Sh Hafiz Jerman...di kiri sekali Sh Zahid kumpulan Maadihul Mustafa yang kini terkenal di Singapore...

Bersama Sh Anuar dan Sh Ibrahim, dua insan yang paling banyak mendidik saya di bumi Syam.. Kelihatan Sh Hardyanto dari Indonesia.. Ini adalah bilik al Marhum Sh Abdullah Faiz melayan tetamu...

Bersama masyayikh dan sahabat di rumah.. Tuan rumah sh Omar dari Jerman buat jamuan...


Bekam sunnah menggunakan teknik bekam api.. Alhamdulillah sempat dibekam oleh Sh Ibrahim yang disayangi... Peralatan yang pernah diguna Sh Abdullah Faiz Daghestani.


Makam arbaien di puncak Jabal Qasiyoun... tempat 40 wali abdal Syam.


Di sisi makam Sh Khalid Baghdadi bersama sahabat2 UM yang bercuti tafaqquh di Syria.

Bersama Laurent yang baru masuk Islam menzirahi makam arbaien... Lauren dari Perancis banyak yang masih perlu belajar... Memeluk Islam melalui jalan sufi.


Bersama sheikh2 dan sahabat Singapore semasa Maulid Shah Naqshband di zawiyah Sh Abdullah Faiz.


Disisi makam Sh Amin Kurdi pengarang Tanwirul Qulub. Bersebelahan makam Sh Khalid Baghdadi


Kursus Mualij di Kediaman Pelajar Singapore sebanyak 7 siri.


Di sisi makam Nabi Zulkifli alaihis salam di Jabal Qasiyoun Dimasyq...

Saturday, November 6, 2010

Terapi Medan Elektrostatik Membantu Rawatan Sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Di dalam kitab Wiqayatul Insan pengarang mengatakan bahawa terapi medan elektrostatik atau aliran arus elektrik membantu menyahkan gangguan jin sihir dari tubuh badan manusia. Ini kerana arus elektrik tersebut membuatkan jin yang berada di dalam tubuh pesakit kesakitan.

Menerusi penggunaan terapi medan elektrostatik, arus elektrik bukan lagi ancaman, sebaliknya berfungsi sebagai penawar untuk membantu merawat sehingga menyembuhkan pelbagai penyakit, malah membantu mengekalkan kesihatan badan.

Saya secara peribadi menggalakkan pesakit untuk mencuba rawatan ini.

Perawat juga sesuai untuk menggunakan teknik ini bagi membersihkan daki2 sihir yang mungkin terhinggap di tubuh para mualij.

Dalam masa yang sama saya kini mengintai2 peluang untuk memiliki sendiri mesin ini dan sedang 'survey' apakah jenis yang terbaik dan economical untuk dimiliki.

Selamat mencuba!!!

Thursday, November 4, 2010

Kenangan Seminar dan Kem Mualij Ulu Tiram Johor

Assalamualiakum semua.. Alhamdulillah seminar 2 hari kami di Ulu Tiram berjalan dengan lancar dan meriahnya... Seminar 1 dan 2 serta Kem Mualij anjuran Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (anak buah Azlan Ghanie) ni mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat Johor khususnya dan seluruh negara amnya...

Seminar satu disertai hampir 60 orang peserta dan seminar dua hampir 70 orang peserta.. Manakalah kem mualij yang dirasmikan oleh qadhi Johor Bharu disertai hampir 50 orang peserta...

Agak mengejutkan apabila peserta kem mualij sudah boleh merawat pesakit semasa seminar dua dan sesi rawatan kepada masyarakat awam pada petangnya.. Saya menyerahkan bulat2 urusan rawatan pesakit pada petang seminar kedua kepada peserta kem mualij dan Masya Allah mereka berjaya merawat pesakit tanpa rasa takut dan kekok ... Alhamdulillah.....

Saya dan Abang Kasim bertolak dengan menaiki SAGA 86 saya pada pagi Jumaat dan kami singgah solat Jumaat di sisi al Marhum Sultan Alauddin Riayat Syah di Pagoh...

Kami meneruskan perjalanan dan sampai 4.30 petang di Ulu Tiram dan dijemput Saudara Syahrul... pada malamnya kami bertemu dengan urusetia dari Lok 9 dan terus survey kawasan yang bakal diadakan program keesokan harinya...

Masya Allah seminar ini mendapat sambutan yg amat baik dari dan kerjasama yang ditunjukkan oleh Us Zaki and da geng sebagai penganjur amat boombastik!!! Saya teruja dengan semangat berpasukan yang ditonjolkan urusetia.

Walaupun berdepan geng2 mantera, jurus, kawin dan bersahabat dengan jin.... saya cekalkan diri menyampaikan mesej dakwah agar difahami semua golongan!

Qadhi Johor Bharu turut hadir memeriahkan program dan beliau merasmikan program kem mualid.. Satu slot bacaan Ratib al Attas dan pengijazahannya turut diadakan... Tuan Qadhi juga menyatakan sokongan penuhnya kepada KISWAH dan program yang dianjurkan adalah julung2 kalinya diadakan di 'wilayahnya'.

Kami pulang pada keesokan harinya dan tiba di Temerloh pukul 1 pagi setelah bertolah pulang pada pukul 6.30 petang...

Terima kasih kepada Us Zaki and da geng dari Keris lok 9 dan semua yang menjayakan seminar dan kem mualij pada kali ini...

Kenagan di Ulu Tiram tidak akan saya lupakan...

Ini adalah sebahagian gambar kenangan di sana...



Abang Kasim membawa saya menziarahi al Marhum Sultan Alauddin Riayat Shah semasa solat jumaat di sana.... Pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Bersama sahabat2 seperjuanagan; anak2 buah Azlan Ghanie; Us Zaki and da Gang malam sebelum seminar..

Anak murid yang cekal bersama saya ke mana2 ; Ustaz Kasim Batu Pahat!!!
Demo mandi ais ditunjukkan kepada peserta.. Ada mualij; peserta muslimat memandikan pesakit yang sudah bertahun2 sakit. Alhamdulillah selepas muntah pesakit mengaku tidak sakit lagi.. Alhamdulllah..


CEPAT BELAJAR>>> Alhamdulilalh sehari selepas kem rakan2 dari Lok 9 dah boleh merawat!!!!


Peserta bertukar pandangan dengan saya.... Alhamdulillah peserta mudah faham apa yang saya cuba sampaikan

Kem Mualij, penyertaan memberangsakan .. Sebelum saya dedah dan ajar teknik rawatan... mereka diwajibkan berikrar dan bersumpah untuk meninggalkan teknik karut marut yang mereka pelajari sebelum ini!!!

Saya mengawal selia perawat baru yang sedang merawat


Suasana ceria menyelubungi Majlis Ratib al Attas dan zikir Asmaul husna bersama al Fadhil as Sheikh Azman Mohsin Qadi Johor Bharu bersama saya dan Us Zaki. Merasmikan kem mualij 2010. Suasana yang seram dan menakutkan menjadi tenang dan damai dengan ZIKRULLAH!!!


KENANGAN KEM MUALLIJ 2010...terasa pilu,hiba,sedih,geram puun ada,,bila melihat ANAK merawat IBU..SUAMI merawat ISTERI..AYAH merawat ANAK...suasana penuh EMOSI.dengan lantunan bacaan ayat2 rukyah syariyyah..ALLAHU AKBAR..


Ole2 dari Ulu Tiram

Alhamdulillah..berkat kesabaran,keikhlasan,,syukur kepada Allah yang melembutkan hati2 kami untuk bersama2 mendalami ilmu perawtan islam bersama Ust Hayat pengasas Pusat Rawatan ISLAM KISWAH..tahniah kepada muallij2 dan muallijah,,laksanakan amanah anda kerana ALLAH..

p/s: Terus terang saya katakan pertama kali menjejakkan kaki di sana; kem terasa suram dan guram dan apabila tiba.. meremang bulu tengkok... (maklumlah sebelum ni dilaporkan banyak kejadian mistik di kem ini) Setelah program tempat ini terasa ceria dan dipenuhi nur.....

ALLAHU HAQQ!!! HIDAYAH SELURUH ALAM!!!

Kenangan Seminar Di Kem Rela Wilayah Selatan

Asslamualaikum semua... Ini adalah sebahagian gambar kenangan seminar di KEM RELA Wilayah Selatan.


Kem yang dikatakan selalu berlaku peristiwa mistik dan gangguan makhluk halus... tetapi pada kami kem ini 'biasa2' saja... Jangan takut dan obses makhluk halus. Sempatlah kami bermalam di sini; Kem Rela Wilayah Selatan untuk 5 buah negeri di Selatan tanahair.


Slot petang di Surau ..iaitu pembacaan ruqyah dan hizib bahar beramai2... beserta simulasi perubatan Islam.




Saya yang tidak sihat kerana selsema meneruskan juga perjuangan ini..... Ya Allah berikanlahku kekuatan dariMU...

Simulasi perubatan beramai2. 6 Peserta kerasukan!


Abdullah Faiz teruja dengan hamper bahan2 makanan tradisional Melaka... Terima kasih RELA!!!

Assalamualaikum semua..

Maaf sudah lama tak update blog sebab agak sibuk dengan seminar semenjak dua menjak ni
Alhamdulillah saya baru pulang dari seminar khas untuk anggota2 RELA Wilayah Selatan yang terdiri dari ketua2 pegawai daerah setiap daerah lima negeri di Selatan Semenanjung...

Alhamdulillah seminar berlangsung dengan meriah sekali dengan keterlibatan pegawai Rela yang ceria dan sporting. Seminar ini adalah sebahagian dari kursus kerohanian pegawai Rela Wilayah Selatan..

Saya dan Abang Kasim bertolak sehari lebih awal iaitu selepas Zuhur hari Selasa dan tiba lebih kurang Maghrib di Ayer Keroh untuk membeli barang di Mydin Hypermart.. Kemudian kami bergerak ke Sungai Udang dan disambut oleh al Fadhil Ustaz Fadhli al Hafiz yang merupakan penyelaras program terbabit... Kami tidur di Kem Rela dengan lenanya... Alhamdulillah...

Keesokan harinya, seminar berlangsung di dalam dewan kuliah kem dengan dihadiri lebih kurang 40 orang peserta yang terdiri dari pegawai Rela, pihak pentadbiran dan urusetia...

Seminar berlangsung dengan meriah dan pada sesi petang seminar berpindah ke Surau Kem untuk sesi pembacaan ruqyah beramai2 dan simulasi perubatan Islam. Lebih kurang 6 peserta yang hadir muntah2 dan menjerit; berkemungkinan mempunyai gangguan makhluk halus...

Kemudian diikuti dengan bacaan Hizib Bahar dan pengijazahn serta solat Asar berjemaah. Kemudian kami berwida' dan makan petang...

Kami bertolak pulang setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Us Fadhli dan kami tiba di Temerloh lebih kurang pukul 11 malam...

Sesungguhnya pengalaman di Kem Rela ini tidak akan kami lupakan sampai bila2!