Wednesday, September 8, 2010

Salam Eidul Fitri & Ampun Maaf Batin dan Zahir + Amalan Hari Raya



Assalamualaikum,



Pada semua pelawat blog yang di muliakan sempena menjelangnya Syawal yakni hari raya yang harinya sudah tidak berapa jauh lagi Saya disini ingin mengucapkan SALAM IDUL FITRI MINAL A'IEDIN WAL FAIZIN.....



Terlalu banyak yang saya dah typekan didalam blog dan forum ini menjawab soalan dan mengemukakan pandangan. Sepanjang panjang bercerita, sepanjang panjang menjawab itu maka terlalu banyak kesalahan yang telah saya lakukan harap dapat sudilah hati tuan tuan dan puan puan untuk memaafkannya. Sekiranya saya tersilap kata atau telah menyakiti mana mana satu individu maka ampunkanlah saya.



Setiap kali menjelang Syawal saya akan teringatkan semua pengunjung pusat Rawatan Kiswah di Pahang dan juga pesakit yang mengunjungi kami untuk rawatan begitu juga pesakit yang telah kami ziarah . Maaf juga kami pohon pada semua sekiranya berlaku kekasaran, tersilap kata dan mohon di halalkan makan minum dan juga pemberian tuan tuan pada kami.



Pada peserta kursus/seminar kami mengucapkan terima kasih banyak banyak kerana memberi sokongan pada kami dan sekali lagi kami mohon di ampunkan sekiranya terdapat sebarang kekurangan pada apa yang telah berlangsung sebelum ini. InsyaALLAH kami akan memberbaikinya dan seterusnya memperbaiki lagi.





Pada semua yang pulang ke kampung halaman mohon agar memandu dengan cermat dan banyak banyak bersabar. Kampung atau destinasi yang di tuju tidak akan lari dari kita jadi memandulah dengan perlahan dan cermat hatta membawa kereta yang baru di beli sekalipun. Periksalah kenderaan elok elok dan pastikan semua kelengkapan di bawa. Pada yang dah ada anak kecil itu dan pertama kali di bawa ke kampung halaman maka pastikan bekalan air panas, susu, pampers telah di kemas kini dengan rapi. Periksa juga tayar spare tu dah lama tak tengok tayar spare tu.



Kami doakan agar semua warga KISWAH agar bergembira di hari yang mulia ini khususnya anak anak kita yang tidak sabar lagi nak beraya. Sekiranya terdapat salah sangka pada mana mana anggota keluarga maka hari ni merupakan adat terbaik untuk kita memohon ampun dari mereka dan mudah mudahan dengan itu kita beroleh kesembuhan hati diantara manusia rakan rakan saudara kita AMIN.



Sekali lagi saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI pada semua muslimin muslimat...MAAF BATIN ZAHIR .......



AMALAN HARI RAYA:

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut :

a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar

(riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )

b. Telah sabit bahawa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.

c. Telah sabit juga bahawa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.

d. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyerpurna dalam berhias.

2. Memakai sebaik-baik pakaian

Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.

3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya

a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan.

(riwayat imam Bukhari dan Ahmad)

b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban.

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya

Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim)

Setengan ulama’ mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.

5. Melaungkan takbir pada hari raya

Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temapt solat hari raya.

( Riwayat Baihaqi dan al-hakim )

6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya

Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari)

7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin

Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.



Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya.

Monday, September 6, 2010

Habib Ali al Jufri menziarahi Maulana Sheikh Nazim


Masya Allah, indahnya kalau kita boleh berada di sana... Inilah adab dan kasih sayang orang2 soleh... Semoga kita mencontohinya...

Saturday, September 4, 2010

Komen Sheikh Nuruddin berkenaan Wahid Abd Salam Bali; 2 kitabnya dan kaedah Ruqyah Syariyyah

Sheikh Nuruddin Marbu al Banjari al Makki. Tokoh ulamak yang terkemuka di Malaysia dan Mesir. Dikenali sebagai al Azhar kedua di Mesir oleh pelajar2 Azhar Malaysia. Saya sempat menumpang pengajian dengannya sekelumit cuma, semasa bertandang ke Pondok Derang, Pokok Sena Kedah, PAKSI Alor Star, Rumah Tafaqquh Alor Star, Masjid Sultanah dan Taman Uda, Alor Star dan pengajian2 di Mesir... Masya Allah...
Ilmunya mencurah2 ibarat air yang mengalir deras dan penuh keberkatan, berkat guru2nya yg mulia Sh Uthman Zein dan Sh Yaasin Fadani
.

Ini adalah penjelasan yang diberikan oleh Tuan Tosan Aji; salah seorang ahli majlis forum rukyahsyariah.com yang bertemu Sheikh Nuruddin di Bogor baru2 ini. Beliau meminta penjelasan Sh Nuruddin berkenaan Wahid Abd Salam Bali, 2 kitabnya; Wiqayatul Insan dan as Sorimul Battar dan kaedah ruqyah syariyyah mengikut timbang tara syariah Islamiyyah yang benar dan tepat!


{Salam,
Maaf rasa bersalah plak tak cerita pasal benda nih...
Tapi apa yang diulas panjang lebar oleh Ust Hayat sudah clear lagi bersuluh
Baru2 ni saya ada jumpa Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari di madrasah beliau di Bogor.

Dan saya ada bertanya Sh tentang perihal Ab Wahid Salam Bali dan 2 kitab karangan beliau. Dan saya ada bagitahu Sh tentang isu yang berlaku ketika itu. Sh tersenyum
Sh. Nuruddin kenal Ab Wahid dan tahu tentang 2 kitab karangannya.
Mengikut pandangan Sh., dibolehkan untuk mengikut kaedah rukyah syariah dan 2 kitab iaitu Wiqayatul insan... dan As Sarimul Batar.... boleh diguna pakai memandangkan ia tidak bercanggah dengan syariat.

Sh juga ada menggalakkan untuk menambah lagi ilmu dengan sheikh2 yang lain. Setelah mendengar dari Sh. lega hati saya. Apa yang terkusut akhirnya terurai. Ini jawapan pada persoalan yang lama terbuku.

Macam2 pandangan telah diberi tentang isu ini, pada saya , rujuklah pada ahlinya. Orang didalam bidangnya tersendiri. Jangan tanya cara nak pelihara ayam dari seorang jurutera. Tanya lah pada penternak ayam sendiri. (tapi ada gak jurutera yang berjaya menternak ayam setelah dia mendalami betul2 ilmu ternakan ayam-selingan sikit http://mariafirdaus.blogspot.com/) Wallahuaklam

Ada masa, ingat nak lagi ke sana. Sapa ada anak umur belasan tahun, boleh la kalau nak antar ke madrasah, antar la ke sana... Tak rugi...

Saya juga sempat merujuk beberapa amalan dengan Sh. (Sh bagitau dia ada ambil zikir Ahmadiah dari Allahyarham Hj Lah Lubuk Tapah). Surat Abu Dujanah, Doa Nurun Nubuah dsb... Sh kata baca la amalan apa pun selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat, yang penting 3 benda nak kena ada

1)yakin
2)istiqamah
3)ikhlas

itu kunci segalanya....

ada sikit lagi nak sambung tapi nanti la dulu... nak tidoq dulu...

tapi yang penting SH NURUDDIN BENARKAN GUNA KAEDAH WAHID AB SALAM BALI DALAM RAWATAN...

bukan saya kata (saya belajar enginering), bukan dari TA (TA pun engineering gak) tapi ni dari Sh Nuruddin sendiri.Tuan2 lebih arif dari saya. Saya org jahil...

Wallahuaklam...

ps: ni link pengajian Sh
http://www.almuttaqin.tv/

PEACE NO WAR
NO MORE WAR 7x }

Selamat Mencari Malam Lailatul Qadar!

Assalamualaikum semua!
Sempena 10 terakhir Ramadhan, KISWAH mengucapkan selamat beribadat pada malam Lailatul Qadar... Kalau di Mesir dan Syria; 10 malam terakhir, orang ramai tidur dan beriktikaf di masjid2 seluruh negara; tidak pulang ke rumah.
Sesetengah tempat; seperti di Mesir seolah2 telah menetapkan malam 27 itulah malam Lailatul Qadar.(Di luar negara malam 27 adalah malam ni). Antara dalil yang digunakan oleh sebahagian ulamak adalah rahsia di dalam Surah al Qadr.
Lailatul Qadr disebut 3 kali di dalam al Quran dan ejaan setiap lailatul qadar di dalam bahasa Arab adalah 9 huruf. Jadi 9 x 3 kali adalah = 27...
Apapun qaul yang paling rajih adalah tidak diketahui bilakah berlakunya Lailatul Qadr namun yang pasti adalah malam2 ganjil 10 malam terakhir Ramadhan.
Bertuahlah sebahagian murid yang mengikut jalan salikin; sesetengah guru mursyid mengkhabarkan akan rahsia; bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr setiap tahun...
Apapun, beramallah pada setiap malam akhir Ramadhan... Allah merahsiakannya supaya kita saban malam senantiasa mengejar malam yang diibaratkan 1000 bulan = 82 / 83 tahun tersebut.
Antara amalan yang boleh dilakukan apabila tiba malam Lailatul Qadr seumpama yang tercatat di dalam kitab Futuhat Haqqaniah; Sheikh Adnan Thohir al Kabbani:
  • Niat untuk menghidupkan malam kerana Allah
  • Selepas itu Solat Isyak, ba'diah dan adab2 tarekat
  • Niat untuk mengerjakan puasa esok hari
  • Solat terawih 20 rakaat
  • Solat Tasabih 4 rakaat secara berjemaah
  • Solat sunat Syukur 2 rakaat secara berjemaah
  • Solat Witir
  • Khatam dan zikir
  • Menghidupkan malam dengan bacaan al Quran sekadar yang mampu sehingga terbit fajar.
  • Disunatkan solat sunat Tahajjud dari 20 - 100 rakaat semalaman.
  • Sembelih dua ekor korban pada siang esoknya. Satu kaffarah untuk kekurangan puasa kita dan tebusan untuk ahli tarekat dan umat Nabi Muhammad saw lalu dibahagi2kan pada faqir miskin. Sunnah ini tidak pernah ditinggalkan oleh Sheikh Abdullah Faiz ad Daghestani.

Ini adalah sebahagian contoh amalan menyambut Lailatul Qadar. Selamat beribadat!

Friday, September 3, 2010

Qasidah Marhaban dan al Wada' Ya Shahra Ramadhan

Di dalam Kitab Futuhat Haqqaniah karya Sheikh Adnan Kabbani:

Qasidah Ahlan Wa Sahlan Ya Syahra Ramadhan,(selamat datang wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas solat Asar oleh murideen Naqshbandi Haqqani; dari 1 - 15 Ramadhan...


Qasidah al Wada' al Wada' Ya Syahra Ramadhan, (selamat tinggal wahai bulan Ramadhan) dibaca selepas Asar... dari 15 - 29 / 30 Ramadhan.....
p/s: Habib Ali Al Jufri Menziarahi Maulana Sheikh Nazim di Cyprus; 1 September 2010: SUFILIVE.COM

Harapan Ramadhan...

Thursday, September 2, 2010

Ruqyah adalah teknik rawatan Wahhabi???




Ruqyah adalah cara Wahhabi???


Ruqyah adalah cara Rasulullah saw dan awliya’ Allah.


Assalamualaikum semua..


Salah satu isu lapuk yang sudah lama saya terangkan di dalam forum adalah ruqyah adalah cara Allah, Rasullah saw, imam 4 mazhab dan para wali. Seseorang yang menggunakan cara ruqyah bukanlah semestinya Wahhabi kerana ia adalah cara yang paling benar dan dianjurkan oleh Allah, RasulNya, imam 4 mazhab dan semua guru tarekat dan para mursyidin serta para wali.



Janganlah disebabkan beberapa kitab ruqyah yang ditulis oleh segolongan pemuka wahhabi maka habis disapu semua pengamal ruqyah sebagai wahhabi lantas dicop di dahi para raqi "wahhabi". ni bukanlah proses pemikiran yang kritis dan sihat, malah padat dengan unsur provokasi dan perkelahian... Allahumma ihdina ila sawa' as sabil... Amin....


Sebelum saya menjelaskan dengan lebih lanjut: Mari sama2 kita renungkan:

Muqaddimah: Ada baiknya bagi yang tidak mengetahui, mengetahui bahawa:

1) Makna ruqyah syariyyah adalah: Jampi yang direstu syara’…. Dan ia bukanlah satu nama atau istilah yang diperkenalkan oleh mana2 puak tetapi diberitakan sendiri oleh Saidina Jibril as dalam ruqyah Jibril: BISMILLAHI ARQIKA….“ dengan nama Allah saya menjampi kamu.” Arqika dari ruqyah… iaitu jampi… (Raqa. Yarqi dan masdarnya ruqyah…) .. Jadi istilah ini adalah istilah yang diajarkan oleh Saidina Jibril as kepada Nabi Muhammad saw.


Juga dari hadis riwayat Imam Muslim: " La ba'sa bil ruqa ma lam takun syirkan". Maksudnya: "Tidak mengapa menggunakan jampi selagi mana ia tidak mempunyai unsur syirik."


Jadi dalam hadis sohih ini perkataan ruqa; ruqyah .. jampi digunakan.


Jampi dibolehkan dalam bentuk:

- Khususnya ayatul Quran al Karim.

- Nama dan sifat Allah.

- Hadis Nabi saw

- Pengamalan orang2 soleh yang amalannya muktabar

- Menggunakan bahasa ibunda selagi mana:

1) Difahami maksudnya,

2) Tidak mengandungi penafsiran yang boleh membawa kesyirikan yang jelas atau tersembunyi

3) Meyakini hanya Allah yang memberi manfaat dan mudarat. Meninggalkan bekas. Bukan jampi tersebut


2) Al Quran takrifnya: “ Iaitu KALAMULLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw melalui perantaraan Jibril as sebagai satu mukjizat yang membacanya dikira ibadah (walaupun tidak difahami maksudnya) yang dimulai dengan Surah al Fatihah dan diakhiri dengan Surah an Naas.



Masya Allah.. inilah al Quran yang mana pusat2 rawatan muktabar berusaha untuk mempopularkannya kembali di kalangan masyarakat Islam di negara kita agar mereka meninggalkan perbomohan dan penipuan.



Al Quran inilah perlembagaan pertama dalam masadir at tasyri’ (sumber perundangan Islam) yang diikuti oleh as Sunnah, al Ijma’ dan al Qiyas.



Al Quran adalah sumber kejayaan, kebahagiaan, ilmu, kesenangan, kunci SYURGA malah KESIHATAN umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya….



Bertitik tolak dari itu marilah kita memahami bahawa pembacaan al Quran sebagai satu jampi (ruqyah) adalah cara yang paling selamat dan benar pada umat Islam.. Kaedah ini bukan milik mana2 golongan atau puak2 tertentu… tetapi al Quran ini diturunkan secara sanadnya (mutawatir) kepada semua umat manusia dan jin… Bukan untuk satu golongan atau kegunaan puak2 tertentu di dalam perubatan sahaja.. Ini merupakan salah faham dan fitnah kepada Al Quran…



Jadi kenapa perlu benci sangat kepada kaedah al Quran yang percaya kepada, memahami, bermal dan menghayatinya itu adalah sebahagian dari rukun iman.



Ini berdasarkan dalil berikut.



1) Allah berfirman di dalam al Quran:Surah al Isra’ ayat 82.

“ Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

Jelas kepada kita bahawa Allah Taala menyuruh hambaNya supaya berubat dengan al Quran!


Bacalah al Quran untuk tujuan perubatan!!


Jadi adakah Allah Taala mengajar kita untuk menjadi Wahhabi kerana menggunakan ruqyah al Quran di dalam perubatan???



2) Hadis Nabi Muhammad saw: “Sebaik2 ubat itu adalah al Quran”… Masya Allah! Ini adalah perakuan nabi saw… Tiada ubat, mantera dan teknik boombastik lain yang dapat menandingi kehebatan al Quran!



3) Sabda Nabi saw: “A’lijiha bi kitabillah”. Ubatilah (Saidatina Aisyah ra itu) dengan membaca al Quran”… Nabi saw tidak menyuruh wanita tersebut berubat dengan kaedah makrifat dan hakikat serta mantera yang mempunyai tafsiran syirik yang jelas.. Tapi baginda menyuruh pembantu wanita tersebut merawati isterinya Saidatina Aisyah ra dengan kaedah ruqyah dengan al Quran..



4) Saidina Jibril mengajar Rasulullah saw dengan kaedah ruqyah seumpama yang diriwiyatkan dalam hadis ruqyah Jibril:


“Aku memohon perlindungan dengan kalimah2 Allah yang sempurna yang tidak dilampaui akan dia orang mereka yang jahat dan melakukan maksiat……..” dan ruqyah “ Dengan nama Allah saya jampi kamu…..


Ini adalah cara Malaikat Jibril mengajarkan ruqyah / jampi kepada Nabi Muhammad saw dengan menggunakan doa2 penawar yang direstui Allah.


Jadi adakah Saidina Jibril juga Wahhabi apabila menggunakan teknik ruqyah???



5) Nabi Muhammad saw merawat dengan menggunakan ruqyah ayat2 al Quran:

“ Hadis yang diriwayatkan oleh Ata’ bin Abi Rabah menceritakan perihal seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw mengadu sakit angkara jin. Maka Nabi saw membacakan ruqyah dengan menggunakan ayat2 al Quran dan akhirnya wanita tersebut sembuh dengan izin Allah Taala..


Jadi adakah Rasululah saw seorang Wahhabi apabila membaca ruqyah???



6) Hadis Yaala bin Murrah menceritakan seorang budak lelaki dibawa oleh ibunya berjumpa Rasululah saw kerana penyakit al lamam (gila). Lalu Rasulullah saw membacakan ayat2 al Quran sebagai ruqyah lalu menepuk belakang budak tersebut yang akhirnya memuntahkan objek hitam yang kemudiaannya hilang… Hadis ini terdapat di dalam kitab Musnad Imam Ahmad.


Jadi adakah Rasulullah seorang Wahhabi apabila berubat menggunakan ruqyah?



7) Dalam satu hadis yang sahih, Rasulullah saw pernah cuba disihir oleh seorang Yahudi bernama Labid bin al A’sam. Saidina Jibril mengajarkan al Muawwizat sebagai satu ruqyah untuk mengubati sihir tersebut? Adakah Saidina Jibril as mengajar Rasulullah untuk menjadi Wahhabi apabila baginda menggunakan al Quran sebagai ruqyah (jampi)?



8) Sahabat nabi bernama Ibn Masud membacakan ayat 115-118 Surah al Mukminun lalu dibacakan kepada seorang pesakit lalu ia sedar dari kerasukan. Nabi saw bertanya apa yang dibaca? Lalu beliau membaca ayat tersebut dan diiktiraf oleh Rasulullah saw..


Jadi adakah Saidina Ibn Masud seorang Wahhabi?



9) Imam as Syafie ra disoal oleh Imam ar Rabie tentang berjampi dengan al Quran. Lalu beliau menjawab:

“ Tidak mengapa berjampi dengan kitab Allah SWT dengan sesuatu yang diketahui dengan zikrullah…”


Jadi adakah Imam Syafie Wahhabi?



10) Imam ql Qurtubi menyatakan: “Harus berjampi dengan KALAMULLAH dan juga nama2nya….



11) Pendapat ulama2 Syafie di dalam kitab Khazinatul Asrar:

“ al Qadhi Hussain, al Baghawi dan lainnya dr Mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al Quran pada manusia atau makanan tidaklah mengapa.”



12) Masya Allah... Semasa saya di Dimasyq Syria... Sheikh2 Jami' membaca ruqyah untuk merawat pesakit dengan suara yang lantang... seperti yang saya lihat secara berdepan dengan imam masjid abu nur, jabal qasiyoun, dimasyq syria yang membacakan ruqyah kepada pesakit depan saya dengan nada yang kuat. Saya pernah menuntut di Abu Nur; Majma' Sheikh Ahmad Kiftaro yang diasaskan oleh al Marhum Sheikh Ahmad Kiftaro yang merupakan bekas mufti Syria dan Sheikh Tarekat Naqshbandi Khalidi al Kurdi yg juga merupakan sahabat karib Maulana Sheikh Nazim. (Banyak video2 lama pertemuan Sheikh Nazim dan Sheikh Ahmad ada dalam simpanan saya)


Sheikh2 ini menggunakan ruqyah syariyyah di depan mata saya dan of course mereka bukan Wahhabi….



13) Ruqyah adalah teknik sheikh2 tarekat: Antaranya Sh Abd Aziz Iskandariah Mesir. Ramai pelajar2 akhawat berubat dengan sheikh ini yang menggunakan teknik ruqyah syariyyah dan beliau bukan Wahhabi.



14) Pelajar2 Malaysia di Mesir juga berubat dengan seorang Sheikh yang of course memang bukan Wahhabi yang tinggal berdekatan Masjid Al Azhar Mesir.



15) Guru saya Maulana Sheikh Nazim juga menggunakan teknik ruqyah 40 kali bacaan al Fatihah untuk mengubati pesakit khususnya pesakit ketagihan dan airnya diminum… Sila rujuk buku Maulana Natural Medicines, Traditional Sufi Healing Methods.



16) Sheikh Adnan dan Sheikh Hisham juga menganjurkan bacaan ruqyah al Fatihah 40 kali terhadap pesakit kerasukan… Ini terjadi kepada sahabat kami Abang Megat yang mengadu kepada Sh Adnan…. Sh Adnan adalah sheikh tarekat Naqshbandi dan beliau menggunakan kaedah ruqyah syariyyah .. Sapa kata sheikh2 tarekat esp Naqshbandi tidak menggunakan teknik2 ini….

Sheikh Hisyam membacakan ruqyah kepada Presiden Indonesia SBY sambil memegang dada beliau.



17) Saya biasa melihat Sh Raja Ashman merawat pesakit kerasukan dengan membaca ayat2 suci al Quran dan memicit kaki pesakit… Pernah satu kejadian Sh Raja membaca ruqyah dengan meletakkan tangan di atas kepala seorang pesakit sehingga akhirnya ia jatuh meronta2 di atas lantai di depan mata saya… Sh Raja, Sh Hisham dan Sh Adnan biasa membaca ruqyah dengan meletakkan tangannya ke atas kepala dan dada saya… Isteri dan anak2 saya biasa dijampi sheikh2 naqshbandi dengan membaca al Quran dan meletakkan tangan di atas kepala. Saya dan anak biasa dijampi dengan memegang dada kami…



Jadi jangan memperkecilkan sheikh2 Naqshbandi dengan mengatakan mereka tidak layak memberi ijazah perubatan. Ijazah beragama dan segala pengamalannya kami dapat melalui baiah.. Inikan pula ijazah perubatan dan ruqyah….



Seperti yang dipetik dari buku Sufi Healing: Sebab itu ada ramai bertanya kepada seorang murid Naqshbandi dari London. Ramai yang terkejut dan takjub dengan kehebatan sheikh2 Naqshbandi dalam rawatan Islam. (malah saya jika tak tahu ubat untuk certain penyakit saya akan bertanya kepada Sh Raja)….


Mereka berkata, “Biar betul… mereka adalah guru2 rohani, bukan perawat.”


Berkata sahabat dari London, Zero Quensel tersebut. “ Memang, ia memang memerlukan sedikit masa kepada sesetengah orang sebelum mengetahui sedikit sebanyak apa yang awliya’ Allah MAMPU BUAT!”



Pada pengikut Naqshbandi; Sheikh Nazim adalah Sultanul Awliya’ pada zaman ini. Khalifah2nya seperti Sheikh Raja, wakil Sheikh Nazim di kawasan Timur. Teringat saya ketika di pangkuan Maulana di Dergahnya di Cyprus pada tahun 2006.


Katanya kepada saya.. “Peganglah sungguh2 Sheikh Raja Ashman!!!”.



Baiah yang lebih dominan mampu mereka berikan, inikan pula ijazah2 dan keizinan lainnya seperti perubatan Islam dan bekam.



Siapa kita untuk memepertikaikan kredebiliti awliya’ Allah dalam melakukan sesuatu tindakan… Bagi saya, sekiranya ada orang mempertikaikan ijazah dan izin guru2 tarekat; sama ada mereka bukan ahli mana2 tarekat sehingga mereka tidak faham konsep bermursyid dan autoriti seorang mursyid, mereka iri hati ataupun sebenarnya mereka wahhabi… Itu sahaja…


Rahsia2 rohani yang bersifat rahsia di sebalik rahsia dan keagungan agama Tuanku dapat dari Maulana.. inikan pula cabang2nya dalam bab2 lain... Para guru rohani mengetahui rahsia kita khususnya rahsia kerohanian kita lebih dari diri kita sendiri!


Jangan underestimate apa yang wali2 Allah dan guru2 mursyid mampu buat!



18) Ada pihak yang menyatakan bahawa semua kitab ruqyah syariyyah adalah tulisan pemuka Wahhabi maka saya jawab: Ini adalah banyak kitab ruqyah syariyyah dari mesir dan Syria yang bukan ditulis tokoh Wahhabi:

Dalilul Mualijin : Sheikh Riyadh Ahmad Samahah

Minhajul Qurani: Sheikh Usamah Mihd Iwadi

Alij Nafsaka bil Quran: Sheikh Abil fada’

Tibbun Nabawi: Abi Abdillah Muhammad.

Al Ilaji al Qurani: Abd Aziz Ma’mun Isa

Alamul Jin Wa Syayatin: Abdul Khaliq al Attar

At Tadawi bil Quran: Abdul Munim Qandil

Al I’jaz Tibb al Quran: Dr Sayyid al Jamili

As Sihir: Ibrahim Muhammad Jamal

… dan banyak lagi……



19) Ruqyah adalah asas perubatan Darussyifa’… Jadi apakah TGU Harun Din Juga Wahhabi…


Sila rujuk buku terbaru Tuan Guru: “ Ruqyah Asas Perubatan Islam. Siapa kita untuk mempertikaikan kredebiliti dan ketokohan Tuan Guru sebagai pelopor Perubatan Islam di negara kita!!!

Buku terbaru TGU Harun Din; RUQYAH ASAS PENGUBATAN ISLAM



20) Sebagaimana subjek MANTIQ diambil dan diimport dari golongan Yunani dan penyembah dewa; Aristotle dan Plato serta Socrate….. Maka Imam Abdullah al Muqaffa’ mengambil ilmu akal mereka lalu dijadikan ilmu mantiq (akal) yang wajib dipelajari oleh pelajar jurusan Usuluddin Universiti al Azhar……Begitu juga pengasas Asyairah wal Maturidiah salah seorang dari mereka adalah berasas dari aliran Mu’tazilah; bagaimana mereka menggunakan teknik mantiq dalam muktazilah untuk menentang mereka kembali… inikan pula ilmu yang masih tidak bercanggah dalam ASWJ yang ditulis oleh puak2 lain….


Selagi mana ia masih tidak terkeluar dari Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf Ahlussunnah wal Jamaah…

- Buktinya TGU Harun Din juga melakukan rujukan dengan buku Wahhabi seperti al Fatawa az Zahabiyyah fil Ruqa as Syariyyah karya bin Baaz untuk menulis buku Menjawab Persoalan Makhluk Halus. Juga kitab as Sorimul Battar dan Wiqayatul Insan Wahid Abd Salam Bali. Siapa kita hendak mempertikaikan tindakan ulamak… Alimkah kita sehingga mempertikaikan tindakan ulamak besar Malaysia?

- Buku Hakikat Jin dan Pengubatannya karya Us Ismail Kamus.. Cuba lihat rujukannya… Ada atau tidak as Sorimul Battar dan Wiqayatul Insan, Wahid Abd Salam Bali sebagai rujukan. Sebagai tokoh ulamak dan pengasas Darus Salam sudah tentu beliau mempunyai dalil dan alasannya.



Cubalah menhayati kaedah yang digunakan oleh Imam Syahid Hassan Al Banna dalam membincangkan “Adabul Ikhtilaf”


Kaedahnya: KITA BERLAPANG DADA DENGAN MANA2 TITIK PERTEMUAN ANTARA KITA DAN BERSIKAP TEGAS DENGAN PENDIRIAN KITA DENGAN PERKARA YANG BERTENTANGAN DENGAN KITA.


… Ulamak menggunakan Sabda Nabi Muhammad saw:


“Khuzul hikmah min ayyi wiain kharajat”….. "Ambillah hikmah dari mana jua ia keluar"…


Walaupun dari Yahudi, Ateis atau Wahhabi……


.. dan kata2 Saidina Ali krmjh: “Unzur ma qala wa la tanzur man qala” Lihatlah siapa yang berkata dan jangan dilihat siapa yang berkata…



Kalau ia benar dan hikmah serta tidak bertentang dengan ASWJ dan kesufian, kenapa katakan TIDAK.. yang tidak adalah perbomohan dan penipuan saja…


Contohilah Tuan Guru Ustaz Harun Din dan Ustaz Ismail Kamus yang berlapang dada merujuk kitab tersebut dalam bab perubatan... malah isi pengajian mereka juga saya lihat ada yang diambil bulat2 dari kitab2 tersebut.... alimkah sangat kita melebihi TGU Harun Din dan U Ismail Kamus sehingga kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka.....

Mereka mempunyai penilaian dan prinsip mereka... Titik pertemuan antara kita dan Salafi sekiranya ada hendaklah diakui dan mana yang berselisih kita tetap dengan pendapat kita...

Tentang penulis tersebut Wahhabi atau Salafi itu pegangan personal penulis kitab2 tersebut.. biar dia jawab sendiri depan Allah Taala kelak.

Saya masih ingat seorang Sheikh Tarekat Syazuli bernama Sheikh Ahmad Badran al Syazuli al Qawakuji di Iskandariah Mesir yang sentiasa menghormati semua orang yang mengucapkan kalimah syahadah hatta golongan wahhabi... sehingga apabila beliau meninggal ramai sheikh2 wahhabi dan orang wahhabi menziarahinya.. ini adalah dakwahnya semoga mereka meninggalkan ajaran tersebut mengenangkan peribadinya yang sangat menghormati semua orang walaupun kafir ataupun wahhabi......


Sebab itu ulamak berkata; dalam kes2 sebegini kita hendaklah kita mengambil jalan tengah dan bersikap sederhana seperti kata ulama' sufi: BAINAL IFRATI WAT TAFRIT......... PEGANGAN YANG TIDAK TERLAMPAU TERTUTUP DAN TERLAMPAU LONGGAR / TERBUKA...


Ambillah jalan tengah... wasato... itu lebih tidak mendatangkan kerosakan....


21) Seperti yang diperkatakan oleh Ustaz Syarhan kepada saya ketika saya membangkitkan isu Wahhabi di hadapan beliau pada pertemua baru2 ini, beliau memberikan jawapan:


  • Kita hanya mengambil kaedahnya sahaja, bukan akidah peribadinya.. Ibarat seorang pelanggan pergi ke kedai membaiki kereta Cina; kita guna alat dan kemahirannya sahaja yang tidak melanggar syariat.. Maka kita ikut saja apa yang dia lakukan terhadap kereta kita; tetapi apa cerita kalau kita nak ikut akidah tokey tersebut.. Itulah perumpaannya secara akliah.


  • Tambahan saya; sekiranya Us Syarhan Wahhabi kenapa beliau menggunakan limau, garam, lada hitam malah kayu kokka..... beliau telah menapis dan memformulasikan kaedahnya sendiri yang beliau pelajari lebih dari 10 orang guru; selagi mana tidak melanggar syarak....


Sehingga apabila kita menggunakan Ruqyah Syariyyah maka dituduh wahhabi pula... bukannkah al Quran haq Allah Taala dan merupakan kalam Allah yang qadim... membacanya merupakan ibadah..

Mudah bukan!!!


Kita hanya menggunakan teknik yang sebenarnya secara kebetulannya digunakan oleh golongan Salafi, dan dalam masa yang sama, sejak sekian lama; guru2 mursyid telah menggunakan teknik yang sama iaitu membaca al Quran... Sekali lagi teknik berubat dengan al Quran bukan hak rasmi mana2 golongan; tetapi milik umat Islam secara khususnya dan manusia sejagat amnya....


Saya biasa melihat sheikh2 tarekat menggunakan ruqyah syariyyah merawat pesakit kerasukan malah sheikh2 Naqshbandi pernah mengajar ruqyah al fatihah 40 kali kepada ahli Naqshbandi untuk merawat pesakit kerasukan.....seperti yang saya sebutkan tadi.

Cuma kebetulan ini sesetengah tokoh wahhabi mesir mensilibuskan teknik ini dalam bentuk tulisan buku yang formal; diguna pakai sebagai rujukan oleh ramai orang di seluruh dunia..

Anggap sajelah... baca buku2 tu mase baca, rujuk dan ambil manafaat ilmu dari buku spt...


1. martindale's dlm bidang farmasi...
2. medical pharmacology dlm bidang perubatan...
3. body reflexology dlm bidang reflexology...
cth 3 buku kat ataih ni ditulis oleh 'non-muslim'...

Namun bab sanad ilmu dan amal... tu dah bab lain... tu. Jadi KISWAH ambik pakej dgn mursyidnya.


Itulah dia 21 dalil untuk dijadikan panduan kepada semua pengamal ruqyah supaya istiqamah dengan cara pembacaan al Quran yang ada dan jangan mencampuradukkan dengan teknik bomoh, pawang, dukun + penipuan..


Sebenarnya menyerang teknik al Quran tidak lebih dari cara terakhir untuk menutup dan mempertahankan perbomohan sesetengah pihak .


WALLAHU A’lam…