Monday, August 9, 2010

Kenangan Seminar di Kuantan

Assalamualikum semua:

Alhamdulillah seminar di Kuantan berlangsung dengan jayanya di Annexe Resort Teluk Cempedak Kuantan...

Seminar dihadiri oleh lebih kurang 58 orang peserta dari seluruh negara amnya dan sekitar Kuantan dan Terengganu khasnya.... Seminar juga dihadiri oleh sebas rombongan dari Madrasah Al Quran dari Perak....

Saya ke Kuantan sehari lebih awal dan diikuti oleh Saudara Zailan yang sampai pada pukul 3.30 pagi.. Kami bermalam di rumah Cikgu Adib...

Seminar memang meriah dengan kehadiran peserta yang 'open minded'... Kami diminta penganjur untuk 'membasuh' peserta yang rata2 sebelum ini didedahkan dengan kaedah rawatan yang tidak jelas.

Seminar yang dianjurkan oleh KISWAH Kuantan. Ir Kamarulazli dan Cikgu Adib mendapat respond yang baik dari semua peserta. Alhamdulillah....

Seminar ini menarik perhatia ramai pihak dari para peserta untuk menganjurkan seminar di tempat / masjid / madrasah mereka pula.


Kehadiran Abang Zailan dari pusat rawatan Klang nampaknya memberi impak yang baik apabila beliau yang sememangnya banyak pengalaman dalam bidang rawatan dan ilmu batin (beliau adalah bekas pengamal silat batin yang tegar, namun akhirnya insaf dan bertaubat dengan taubat nasuha)... Beliau tidak lokek memberikan tunjukajar dan berkongsi ilmu.

Seminar diekori dengan rawatan ruqyah syariyyah secara jamaie yang dibacakan oleh saya.... Beberapa peserta menunjukkan reaksi kerasukan....

Simulasi ini bertujuan untuk mengenengah dan memasyarakatkan teknik ruqyah kepada semua peserta agar menjadi pengalaman dan panduan buat mereka.


Seminar diakhiri dengan ijazah ruqyah, hizib bahar dan selawat.

Terima kasih kepada pihak penganjur khususnya Ir Kamarulazli dan Cikgu Adib, Abang Zailan, pihak annexe dan semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak serta khusus kepada peserta seminar ini....

Semoga Allah membalas jasa anda semua...!!!

Allahu Yubarik Fikum!!!

Kenangan Seminar di Masjid Negeri Shah Alam


Terima kasih kepada 90 orang peserta yang datang!!! Allahu Yubarik Fikum!!!

Assalamuaikum semua....

Maaf terlambat updatekan kisah seminar di Shah Alam tempoh hari....

Saya bertolak dari Temerloh dengan disertai Ustaz Kasim, Kamarul dan Adib (dari Kuantan) selepas Maghrib pada hari Sabtu.. Saya lambat bertolak kerana mempunyai urusan isteri dan anak kedua yang masih di hospital pada ketika itu...

Kami berhenti solat dan makan di Genting Sempah dan meneruskan perjalanan ke Bandar Puteri Klang kerana berhajat bermalam di sana... Kami disambut oleh A Zailan selaku tuan rumah dan Ustaz Khanafiah yang merupakan perawat di Pusat Rawatan Klang....

Saya tidak dapat tidur pada malam tersebut... kerana banyak perkara yang difikirkan pada waktu itu termasuklah perihal anak yang masih sakit di NICU...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk berdakwah dengan berkat dustur dan ijazah yang diberikan oleh Dato' Seri Sheikh Raja Ashman ibn Sultan Azlan Shah...

Selepas solat Subuh berjemaah kami terus ke Shah Alam dan ajk program terus beraksi melakukan tugas2 pengurusan dengan amanahnya.....

Alhamdulillah...seminar di Shah Alam berlangsung dalam keadaan yang amat harmoni walaupun beberapa insiden perebutan dewan masjid berlaku kerana salah faham dari penganjur2 program lain yang turut menganjurkan program pada hari yan sama...

Seminar yang disertai oleh lebih kurang 90 orang peserta memang menepati sasaran penganjur dan sebenarnya dihadiri oleh pelbagai latar belakang peserta.... Ada yang mempunyai asas rawatan dari lain2 pusat rawatan dan ada yang tiada basic dalam rawatan Islam....

Seminar bertambah meriah dengan majlis selawat sempena akikah anak saya yang kedua... Para tetamu dijamu dengan 2 ekor kambing akikah anak saya dengan niat semoga anak saya sembuh sepenuhnya... Saya dimaklumkan oleh isteri saya semasa jamuan berlangsung... doktor pakar telah mencabut saluran oksigen anak saya memandangkan keadaannya yang sudah boleh bernafas sendiri....
Sebelumnya, sebaik sahaja proses sembelih berlaku anak saya ditanggalkan tiub oksigen yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Masya Allah ...

Sesi petang untuk modul kedua ini adalah sesi simulasi ruqyah syariyyah beramai2... Ramai pesakit yang kerasukan..Malah ada yang berlari untuk meninggalkan majlis tersebut. Alhamdulillah... ramai pesakit yang beransur2 sembuh.......


Saya menunjukkan teknik menepuk belakang kepada peserta... Nabi saw menepuk sahabat yang kerasukan sehingga berbekas di tubuh sahabat tersebut.

Selepas Asar, sesi rawatan secara percuma diadakan untuk para peserta dan orang awam yang datang...... Rasanya lebih dari 20 orang peserta yang dirawat pada petang itu. Terima kasih kepada perawat2 yang menabur jasa secara percuma pada hari itu.... antaranya; Us Khanafiah, En Ahmad Hikmahurut, Us Kasim, Adib, Kamarul dan Abang Zailan.....

Kami kembali ke pusat rawatan Klang untuk menguruskan sedikit urusan... dan kemudiannya bertolak balik ke Temerloh... Saya tidak memandu kecuali selama 10 minit sahaja memandangkan keletihan yang amat sangat... Terima kasih Us Kasim yang jadi driver saya malam tu..

Terima kasih kepada penganjur; Abng Zailan sekeluarga sebagai penganjur, Kak Abang Zailan sekeluarga yang menyediakan masakan kambing akikah secara percuma (May Allah bless U All), rakan2 perawat, pihak masjid negeri Shah Alam dan of course semua peserta dan pesakit yang memeriahkan seminar di Masjid Negeri Shah Alam...

Semoga Allah membalas jasa kalian....

Wassalam

Friday, August 6, 2010

KISWAH di Berita Harian Sisipan Ratu Jumaat 6 Ogos

Gangguan jin punca histeria
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2010/08/06

HATI-HATI, jangan sampai menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional yang mengambil kesempatan.

HISTERIA dikaitkan dengan perlakuan, tindakan dan pengeluaran suara individu yang luar daripada biasa. Ia dimulai dengan seorang individu dan boleh berjangkit kepada individu lain dalam sebuah kumpulan seperti dalam asrama, bilik darjah serta kilang.

Walaupun ada mengaitkan individu berkenaan atau mangsa sebagai mengalami tekanan mental, kita tidak seharusnya menafikan wujudkan pengaruh persekitaran luar pemikiran manusia seperti dunia jin dan syaitan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Kiswah, Ustaz Hayat Abdul Rahman, berkata mangsa histeria dikaitkan dengan wanita lantaran ada ‘perkara’ yang tidak dimiliki lelaki, tetapi dipunyai wanita iaitu darah haid.

Beliau berkata, dari segi psikologi ketika datang bulan, emosi wanita menjadi tidak menentu dan merasa lebih lemah akibat darah yang keluar itu, selain pertahanan tubuh menjadi kurang stabil, lemah termasuk perubahan emosi ketika datang bulan.

Kedatangan darah kotor yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh membaca ayat suci al-Quran sepanjang tempoh itu menjadikan mereka pilihan makhluk halus untuk merapati mereka.

Histeria juga dilaporkan sering berlaku di kalangan pelajar dan ia mungkin berpunca daripada pengumpulan tekanan kesan kesibukan belajar dan peperiksaan.

Selain itu, katanya, kedudukan sekolah yang menjadi ‘pusat’ makhluk halus berkampung dan apabila koloni mereka terganggu, tidak mustahil ia akan mengamuk boleh mencetus kepada histeria.

“Ia turut dikaitkan dengan aspek kebersihan. Dalam banyak kes ia berlaku di sekolah berasrama yang mana ketika itu remaja tidak begitu tahu bagaimana menguruskan kebersihan diri termasuk membersihkan darah pada pada tuala wanita sebelum dibuang ke dalam tong sampah, bukannya dibuang sesuka hati. Pengalaman saya selama 10 tahun sebagai pengamal perubatan, membuktikannya.

“Histeria banyak terjadi di kalangan remaja perempuan yang berada di sekolah dan paling banyak membabitkan masalah pengurusan kebersihan. Dalam kes saya kendalikan sebelum ini, seorang remaja perempuan dirasuk dan berjangkit dengan puluhan pelajar lain. Ketika berdialog dengan jin itu, ia menyatakan bahawa remaja itu membuang tuala wanitanya ke dalam kolah asrama, dan kolah berkenaan sebenarnya perkampungan jin. Tindakan remaja itu mengundang marah jin berkenaan lalu ‘menyerang’ pelajar itu,” katanya mengulas mengenai kejadian histeria yang dilaporkan kerap berlaku di kalangan wanita.

Dari sudut amalan perubatan tradisional, histeria dikaitkan dengan sejenis ‘jin yang suka berpindah-randah’. Rasukan boleh berlaku apabila jin memasuki 32 rongga tubuh dan apabila berjaya dilakukan, maka ia akan mulai menguasai manusia dan sebanyak 60 peratus rasukan, duduknya di kepala dan ia diterjemahkan dengan jeritan dan tindak balas.

Apabila seseorang itu kerasukan akibat jin berkenaan, ia boleh menjangkiti pelajar lain, tetapi dilakukan oleh pelbagai jenis jin lain, apatah lagi sekiranya orang berhampiran itu lemah semangat dan mungkin juga berhadapan tekanan sama dengan individu yang mula-mula dirasuk.

Tidak menafikan ia banyak membabitkan pelajar Melayu Islam dan pelajar sekolah agama serta tahfiz, Hayat berkata, ia berlaku bukan kerana pelajar berkenaan dalam kategori ‘nakal’, sebaliknya makhluk halus sememangnya gemar mengganggu golongan yang ingin hampir kepada Allah.

“Manusia ini unik, ada jenis yang dilahirkan jenis yang disukai jin serta lemah semangat. Bila orang pertama merasuk, jin lain akan kacau orang lain, kerana rasukan terhadap orang yang mula-mula terkena histeria itu adalah provokasi terhadap jin lain untuk mengeluarkan diri masing-masing.

“Ada juga yang mengaitkan orang yang mempunyai saka sebagai sasaran histeria. Ini ada juga kebenarannya memandangkan saka bagaikan biji benih yang boleh membesar dan ia keluar dalam bentuk rasukan,” katanya.

Mengenai keadaan histeria, katanya, ia berlaku dalam beberapa cara termasuk ada mangsa yang tidak sedar sehingga tiga jam, tetapi sedar dalam keadaan keletihan kerana dalam keadaan tidak sedar itu jin berkenaan mengawal dirinya.

Ada juga keadaan individu sedar dan membuka mata, tetapi pergerakan dan perbuatannya di kawal makhluk berkenaan. Selalunya mangsa mengeluarkan suara yang berbeza daripada biasa dan mempunyai kuasa yang kuat dan lain daripada orang normal. Tidak kecuali ada segelintir yang ‘buat-buat’ dengan alasan untuk mendapat perhatian ibu bapa.

Mengulas mengenai rawatan, katanya, ia bergantung kepada sekolah atau organisasi, tetapi perawatan yang dilakukan pengamal perubatan Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan rawatan dilakukan bomoh.

“Bomoh selalunya akan menggunakan ‘tangkapan’ seperti memasukkan jin ke dalam tin dan sebagainya yang mana ia berbeza dengan amalan perubatan Islam. Cara perubatan Islam adalah dalam bentuk kitab rawatan menggunakan ayat suci al-Quran, doa, khutbah serta azan. Cara ini membantu menghalau makhluk ini daripada mengganggu manusia.

“Begitupun suka saya memberikan nasihat supaya berwaspada dengan kewujudan pihak tidak bertanggungjawab mempergunakan rawatan tradisional sebagai topeng sedangkan ada yang menyeleweng hingga melakukan jenayah rogol, pencabulan dan sebagainya. Ada perawat hingga meminta untuk tidur bersama mangsa hingga berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Menangani histeria, katanya sekolah atau organisasi perlulah mengambil beberapa tindakan termasuk menjauhi unsur kelalaian seperti hiburan atau konsert nyanyian terlampau sehingga meninggalkan solat, percampuran lelaki dengan wanita tanpa batasan serta tingkatkan kebersihan.

“Individu yang terkena histeria boleh berulang tetapi tingkatkan ibadat untuk mengelakkan ia daripada terus berlaku,” katanya yang boleh dihubungi di 017-9065131 atau layari laman http://www.rukyahsyariah.com

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gangguanjinpuncahisteria/Article

Thursday, August 5, 2010

Kelas Online pada malam ni: SAKA



Mendaftar?? Sila klik di gambar!

Assalamualaikum semua ahli kelas online...

Pengumuman!
Kelas online akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Masa 9.30 malam

Aplikasi SKYPE:

Tajuk: Saka

Jangan lupa ye!

Wednesday, August 4, 2010

Baby selamat keluar dari hospital + cara ikhtiar baby sakit di hospital...

Jangan lupa bacakan ruqyah kepada bayi dan berdoa setiap kali menziarahinya...


Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... baby muhammad nazim selamat keluar dari hospital petang tadi..Terima kasih kepada yang mendoakan baby dan kami sekeluarga. Doakan baby nazim semakin sihat dan tiada masalah berlaku....

Di sini saya berkongsi kaedah dan ikhtiar saya untuk dikongsi ibu bapa yang babynya sakit di hospital.

1) Akikah secepat mungkin.

2) Minta tok guru doakan untuk cahayamata kita dan berikan / izinkan nama yang kita cadang.

3) Banyakkan sedekah dengan niat kesembuhan anak.

4) Bernazar yang mampu dilakukan.

5) Membacakan ruqyah / ayat al Quran setiap kali ziarah anak di nicu.

6) Pohon ampun dengan semua orang yang kita lakukan kesalahan dan pohon doa mereka. Minta bantuan sebanyak mungkin individu untuk mendoakan anak kita.. Mana tahu ada di kalangan mereka doanya dimakbulkan Allah.

7) Solat hajat sebanyak mungkin dan bangun malam bermunajat kepada Allah.

Semoga anak2 yang masih sakit di hospital disembuhkan Allah..

Tuesday, August 3, 2010

Jangan lupa seminar di Annexe Kuantan Ahad ni (modul 1)


Assalamualaikuam semua..
Jangan lupa seminar yang akan diadakan di Rumah Rehat Annexe Teluk Cempedak pada 8 Ogos nanti bersamaan dengan hari Ahad....
Kepada yang mendaftar silalah hadir...
Kepada yang belum mendaftar... pendaftaran masih dibuka khususnya kepada peserta modul 2 yang 'skip' modul satu yang amat penting ini.....
Jumpa di sana!!!

Monday, August 2, 2010

Semoga cepat sembuh... teruskan perjuanganmu!

Assalamualaikum semua..

Ramai yang bertanya tentang anak saya...

Alhamdulillah anak semakin sembuh...... oksigennya sudah dibuka... tapi tiub makanannya masih belum dibuka.....

Kalau boleh bernafas dan menyusu ibu hari ini insya Allah boleh la balik nanti..

Doakan sama ada hari ini / esok / lusa.....

Namanya baby Muhammad Nazim seperti nama Maulana Sheikh Nazim dan telah direstui oleh Maulana Sheikh Raja Ashman.. Alhamdulillah...

Alhamdulillah... Ahad lalu majlis jamuan akikah diadakan semasa seminar...... Sebaik sahaja sembelih akikah dan majlis diadakan... isteri saya call mengatakan oksigen dah buka dan keadaan baby bertambah baik.... itulah berkat dari sunnah nabi saw......

Doakan kesihatan putera saya.. moga cepat2 keluar hospital...

p/s: Saya tak merawat dalam minggu ini kerana pelbagai urusan keluarga dan KISWAH perlu ditunai dan diselesaikan....

Wassalam