Wednesday, May 12, 2010

Rawatan Stroke: Melalui teknik ruqyah dan bekam


Stroke sebenarnya adalah gangguan makhluk halus iaitu jin yang bernama rihul ahmar (angin merah).


Tidak ada seorang pun pesakit stroke yang saya pernah rawat kecuali semuanya ada gangguan jin di dalam tubuh mereka...
Selain dari rawatan stroke asas dengan menggunakan doa rihul ahmar, minyak zaitun dan susu kambing, rawatan yang boleh digunakan adalah:
1) Ruqyah Syariyyah: Secebis kisah untuk dikongsi bersama; satu hari saya pernah merawat seorang pesakit stroke sebelah kanan di Bukit Pinang, Alor Star, Kedah. Tangannya tidak boleh digerakkan sehingga memaksanya berhenti kerja untuk sesuap nasi. Saya meruqyah pesakit disertai dengan azan dan khutbah. Dua lagi ahli keluarga yang berada di rumah tersebut jatuh pengsan ketika rawatan diadakan. Saya diberitakan oleh Ustaz Malek Darul Hikmah minggu lepas bahawa pesakit tersebut telah sembuh dan boleh membawa lori.... dengan izin Allah jua.Alhamdulillah.
2) Bekam: Terjadi beberapa hari lalu di Bukit Damansara KL. Seorang sahabat saya terkena serangan stroke sehingga melumpuhkan tangannya yang sebelah kiri. Saya bekam dengan titik point stroke... (pundak kepala kanan untuk anggota lumpuh sebelah kiri) beserta beberapa point penting di tangan.... Petang semasa majlis selawat bersama Sheikh Hisham Kabbani; tangan pesakit terbabit khususnya jari jemarinya sudah pun boleh digerakkan walaupun tidak sepenuhnya dengan izin Allah jua....
Saya menceritakan kisah rawatan ini bukan kerana hendak mendabik dada. Cuma sekadar ingin membuktikan bahawa ruqyah dan bekam adalah ubat stroke yang mujarab... Insya Allah sembuh dengan izin Allah..
Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!

Tuesday, May 11, 2010

Ziarah Pusat Rawatan Tuan HikmahUrut di PJ

Alhamdulillah Jumaat lalu saya berpeluang menziarahi sahabat saya En Ahmad yang terkenal dengan urut batinnya di dalam akhbar2 tempatan semenjak dua menjak ni...

Pusat rawatannya terletak berdekatan Masjid Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.. walaupun pusat rawatannya sangat sederhana tetapi bilangan pengunjung ke pusat rawatannya adalah amat memberangsangkan! Kalah pusat rawatan saya.... dan blog rawatannya adalah antara yang paling hits di Malaysia! Orangnya berpakaian dan berperwatakan sederhana tetapi sentiasa ceria dan bertenaga....!

Saya berpeluang berkongsi ilmu dengan beliau berkenaan rawatan resdung dan urut batin.. Masya Allah... ilmu yang berharga ini jarang2 dikongsi dengan orang ramai... En Ahmad terkenal sebagai orang yang banyak memberi didikan it kepada ramai perawat Islam dan juga latihan perubatan Islam khususnya bekam, urut badan dan urut batin...

Malah dua tiga orang perawat yang terkenal di Malaysia ini juga pernah mendapat tunjuk ajar daripada beliau... namun malangnya nama En Ahmad sebagai gurunya tidak pula disebut.

Di kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana tidak lokek ilmu berkongsi ilmu, pengalaman dan rahsia kejayaan dengan saya dan 2 orang sahabat saya yang turut serta.. Segala ilmu dan perlatan yang dibekalkan kepada saya semuanya diberi secara percuma... (untuk saya saja tau)......

Terima kasih juga kerana 'menjamu' saya pada hari tersebut... Ilmu tuan tidak akan saya persia-siakan..(jika tiada aral melintang)

Insya Allah saya akan melancarkan rawatan resdung dan urut batin di pusat rawatan saya secara beransur-ansur kelak... Mesti bersedia mental dan fizikal sebelum memulakan khidmat rawatan ini kelak.... (peralatan pusat rawatan masih kurang dan masih menumpu pada rawatan jin).....

Jasamu sebagai jurulatih saya dalam urut batin dan resdung tetap dikenang!

Sunday, May 9, 2010

Seminar Perubatan Islam 2: Keluarga Bahagia Bebas Sihir




Assalamualaikum semua...

Satu seminar bakal dianjurkan oleh Masjid Sultan Abu Bakar, Bandar Raub Pahang pada ketetapan berikut:

Tarikh 22 Mei
2010 bersamaan hari Sabtu

Tempat: Masjid Tengku Abu Bakar Raub Pahang...

Masa: 8 pagi sehingga 1.00 tengahari

Yuran: PERCUMA!

Pengendali: Ustaz Hayat an Naqshbandi pengasas dan perawat Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah

Pengisian: "Tema: Keluarga Bahagia Bebas Sihir dan Gangguan Makhluk Halus"

Menyingkap permasalahan dan teknik rawatan isu berikut:

1) Lambat jodoh - sihir ta'tiluz zawaj

2) Tiada anak - Sihir jerut zakar, kunci nafsu dan mandul

3) Anak nakal - pelembut hati dan penerang hati

4) Anak tidak pulang ke rumah / lari.

5) Masalah rumahtangga - sihir ta'tiluz zawaj - perceraian dan pendamai rumahtangga...


Muslimin dan muslimat dijemput hadir..

Sila hubungi: Ustaz Sofwan (perawat KISWAH) di talian: 019 9205349

Jumpa di sana!!!!



Wednesday, May 5, 2010

Rawatan Islam: Merawat pesakit yang tidak mati-mati

Assalamualaikum semua..


Tetiba saya teringatkan satu pengalaman merawat semasa Idulfitri yang lalu. Kebetulan saya beraya di rumah seorang saudara. Di rumahnya ada seorang wanita tua yang sudah lama terbaring kerana stroke dan penyakit2 lain. Sudah 4-5 tahun begitu.


Kebetulan tuan rumah tahu saya boleh merawat. Jadi tiada kaedah lain yang saya guna selain dari membaca ruqyah dan ruqyah... Kelihatan pesakit yang lumpuh dan tidak boleh bercakap menunjukkan reaksi dengan berguling dan meronta-ronta...


Saya teruskan bacaan sehingga habis dan bekalkan air untuk pesakit... Niatnya supaya pesakit 'pergi' dengan mudah... untuk dibuat minum, sapu dan mandi (kalau boleh).


Selepas dua hari dalam suasana hari raya pesakit pun kembali ke rahmatuLLAH...


2) Dalam situasi sebegini (pesakit terlantar yang tidak mati2) bolehlah dibacakan Surah al Ghafir / al Mu'min di telinganya sebagai ikhtiar untuk melepaskan nyawa pesakit dengan izin Allah jua..


Rawatan yang sama juga kepada pengguna susuk / khadam / memakai atau yang seumpama dengannya untuk 'melepaskan' nyawanya yang seolah-olah disekat-disekat dengan izin Allah.


Ajal dan maut di tangan tuhan.

Tuesday, May 4, 2010

Al Fatihah kepada semua pesakit yang telah meninggal dunia akibat sihir


6 Ayat Syifa' di dalam al Quran; Imam Abul Qasim al Qusyairi...
Assalamualaikum semua..

Saya baru menerima berita kematian salah seorang pesakit saya akibat sihir...

Ini adalah berita menyedihkan kesekian kalinya buat saya setelah ramai pesakit saya dilaporkan telah meninggal dunia akibat sihir dan gangguan jin.

Moralnya adalah; teruslah berubat dengan perawat Islam dan teruskan rawatan walaupun berkali-kali hatta berpuluh kali sekalipun...

Janganlah baru sekali berubat dengan perawat Islam terus tidak mahu dirawat dah ataupun berputus asa dengan rahmat kesembuhan dari Allah..

..atau mengambil keputusan berubah arah berubat dengan bomoh atau dukun kerana putus asa dengan rawatan ruqyah..

...teruskan berubat dan berubat dan berubat selagi mana tidak sembuh. Tiada istilah jalan terakhir dan 'serasi' buat saya apabila berubat dengan kaedah al Quran kerana al Quran adalah penawar dan rahmat kepada orang yang benar2 beriman kepadanya ( sila lihat surah al Isra' ayat 82)

Moralnya kedua; Jangan biarkan diri anda menderita sehingga akhirnya terpaksa dirawat dalam keadaan anda sudah PARAH.......

Al Fatihah kepada mereka yang dizalimi dan menderita sehingga menemui ajal akibat sihir di serata dunia.. Al FATIHAH!!!

Monday, May 3, 2010

Madad Ya RasulALLAH saw..

Assalamualaikum semua...

Mari kita layan qasidah 'Madad ya RasulALLAH saw'

"Give us Support Ya RasulALLAh saw"

Sunday, May 2, 2010

Rawatan Sihir: Teknik Ruqyah Syariyyah Cara Ketujuh: Mandian Rebusan Air Mawar


Cara ketujuh:

1) Kumpullah sebanyak mungkin bunga rose (yang terbaik seumpama dinyatakan di dalam kitab perubatan adalah jenis Rose al Mafazah dan al Basatin) dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air mutlak yang suci bersih.

2) Kemudian didihkanlah dengan api yang perlahan-lahan.

3) Tunggu sehingga 'air rose' tadi suam.

4) Bacakan ruqyah kepada air tersebut.

5) Mandi sehari sekali sebelum Maghrib paling kurang selama seminggu. Jangan lap dan jangan bilas dengan air yang lain; terus pakai baju... Boleh juga mandi dengan mandian air mawar ruqyah plus air batu... (mandi dalam keadaan air sejuk..)

Insya Allah dengan izin Allah, mudah-mudahan pesakit beransur-ansur sembuh.