Sunday, April 18, 2010

Muhasabah Perawat Islam 4:

Teguran 4:

Tidak menyandarkan pendapat dan buah fikiran kepada guru rohani dan guru perubatan yang memberi didikan kepada kita...



Sepatutnya kita mempunyai sikap tawadduk yang tinggi dengan meminjam dan berkongsi mutiara2 ilmu guru2 kita dengan sesiapa kita berbicara...


Jangan terhijab jasa guru-guru kita dengan MENAMPAKKAN kehebatan diri kita.. Laungkan2lah siapa guru anda agar jelas lagi bersuluh ketokohannya dalam mendidik anda.. kerana itu adalah hak mereka!

Friday, April 16, 2010

Muhasabah Perawat Islam 3:


Teguran 3:

Tidak mengikuti kelas pengajian berkitab dan berijazah secara intensif... Hanya mengambil ilmu dari internet dan seminar2 ringkas, pengajian kilat dan pembacaan sahaja...........


Inilah yang banyak terjadi dewasa ini apabila ramai perawat muncul bagaikan cendawan tiram di beg cendawan... tidak kurang pula dengan DARUL DARUL baru yang muncul bertalu-talu....

Ada yang membuka DARUL selepas 5-7 jam mengikuti kursus ringkas saja...

Sepatutnya proses pengajian memakan masa yang lama diikuti dengan bimbingan dan praktikal di sisi guru yang muktabar......

Muhasabah Perawat Islam 2:

Serban Rasulullah saw di Muzium Topkapi Turki, warisan Uthmaniyyah yang mewarisi banyak khazanah Nabi Muhammad saw...





TEGURAN 2:

Tidak menjaga sunnah kebersihan dan berpakaian semasa merawat:

Contoh:

Tidak memotong kuku tangan (potong seminggu sekali) dan kaki(paling lama 2 minggu sekali),
menipiskan misai,
melebatkan janggut,
membuang bulu yang tidak sepatutnya di badan (40 hari sekali),
memakai pakaian yang bersih,
memakai pakaian sunnah (sekurangnya memakai penutup kepala (kopiah), sebaiknya berserban... hihi
gosok gigi sebelum membaca ruqyah (atau siwak),- sentiasa bawa sugi ke mana2
membuang bau yang tidak enak pada tubuh badan,
memakai bau-bauan yang menyenangkan


dan lain2.. kaji dan AMALKAN SUNNAH!!!

Thursday, April 15, 2010

Muhasabah Perawat Islam 1:

Ruangan saya dedikasikan khas dari lubuk hati saya kepada semua perawat-perawat muda dan tua, lama dan baru sebagai satu muhasabah untuk diri saya khasnya dan untuk anda secara amnya..

Molek dijadikan panduan berharga buat anda yang bergelar perawat Islam..........



Muhasabah 1

Tidak memasang niat ketika keluar dari rumah dengan kaki kanan menuju ke tempat rawatan bertujuan untuk merawat pesakit...



Pasanglah niat, saya merawat untuk mencari keredhaan dan CINTA ALLAH........ (jika dapat duit itulah habuan di saya di dunia.... alhamdulillah.....) - contoh

Tuesday, April 13, 2010

Rawatan sihir: Teknik ruqyah syariyyah cara keenam: Teknik kencing di atas kapak!




Amirul mu’minin lil muhaddithin; Al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani berkata:

“Aku pernah terbaca satu tajuk tentang Sifatun Nusyrah (perihal jampi) dalam satu kitab berjudul Tibbun Nabawi yang dikarang oleh Sheikh Jaafar al Mustaghfiry dan katanya:

“Daku dapati Nasuuh ibnu Waasil ada menulis di belakang salah satu juzuk dari kitab tafsir Qutaibah ibnu Ahmad al bukhary dan katanya:

“Qatadah pernah bertanya kepada Saaid ibnu Musayyib tentang seorang lelaki yang ingin mengubati seorang wanita yang terkena sihir, adakah boleh dilakukan sebarang jampi kepadanya?

Lalu beliau menjawab: Tidak mengapa. Dia cuma mahu melaksanakan kebaikan sahaja. Apa-apa yang mendatangkan manfaat tidaklah ada larangan buatnya.

Nasuuh selanjutnya berkata: “ Hammad ibnu Syakir pernah mengajukan pertanyaan kepadaku tentang jampi dan penawar sihir. Namun aku tidak mengetahuinya.

Kemudian dia berkata: (contoh sihir) adalah seperti seseorang lelaki tidak berupaya melakukan hubungan seks dengan isterinya, namun muqaddimahnya telah ada. Sekiranya hal yang demikian berlaku padanya, hendaklah:

1) Dia mengambil seutas tali pinggang kulit
2) ..dan sebilah kapak yang mempunyai dua mata.
3) Ikat tengkuk kapak tadi dengan tali pinggang tersebut.
4) Selepas itu salailah kapak tersebut di atas api.
5) Apabila mata kapak tersebut telah benar-benar kepanasan (merah), cepat-cepatlah keluarkan dari api.
6) Kencinglah di atas kapak tersebut.
7) Wap dari pertembungan tersebut berupaya menyakitkan jin.

Syarat menggunakan teknik ini adalah si mangsa hendaklah beriktikad bahawa bukan kapak tersebut yang memberi kesembuhan tetapi ALLAH jua!!!
Kapak adalah sebab kesembuhan sahaja.

Kepulan asap dari bakaran air kencing tersebut mampu membuatkan jin terseksa. Insya Allah dengan izin Allah jin akan keluar dan sembuhlah pesakit tadi.

Namun ini adalah teknik sampingan saja. Jadikanlah bacaan ruqyah tersebut sebagai teknik perubatan yang utama.

Teknik kencing di atas kapak panas sesuai untuk masalah gangguan seksual sama ada sihir jerut zakar, kunci nafsu, homo dan lesbian, mak nyah dan pengkid yang kebiasaannya melibatkan gangguan makhluk halus.

Ceria Selalu!!!

Monday, April 12, 2010

Seminar Percuma di Raub minggu ini!!!



Assalamualaikum semua...

Satu seminar bakal dianjurkan oleh Masjid Tengku Abu Bakar, Bandar Raub Pahang pada ketetapan berikut:

tarikh 17 april 2010 bersamaan hari Sabtu

Tempat: Masjid Sultan Abu Bakar Raub Pahang... (masjid baru)

Masa: 8 pagi sehingga 12.00 tengahari

Yuran: Setakat ni percuma.

Pengendali: Ustaz Hayat an Naqshbandi pengasas dan perawat Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah


Muslimin dan muslimat dijemput hadir..

Sila hubungi: Ustaz Sofwan (perawat KISWAH) di talian: 019 9205349

Jumpa di sana!!!!

Friday, April 9, 2010

Pengumuman gathering RS LIVE di SKYPE


Ukhuwwah fiLLAH abadan abadaa....!!!
Ukhuwwah fiLLAH Lestari Selamanya....!!!!
Kasih Sayang Kerana Allah menuju ke Syurga...

LIVE Sabtu 10 April 2010..majlis Gathering KISWAH Ruqyah
Syariyyah..Download SKYPE secara percuma dan add saya:
hayat.annaqshbandi dan saya akan masukkan anda ke conference..pukul 2 petang - 6..bacaan hizib,ruqyah dan amanat pengasas...