Wednesday, March 24, 2010

Pusat Rawatan kami yang beroperasi secara LEGAL

Assalamualaukum semua!!!!

Alhamdulillah...

Saya sempat sujud syukur tadi.. Pada hari ini pusat rawatan kami mendapat lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Temerloh setelah saya berhempas pulas selama empat bulan bergelumang dengan karenah birokrasi yang macam2.. Saya paparkan maklumat ini sebagai panduan kepada perawat2 untuk membuka pusat rawatan yang beroperasi secara 'legal' dan mengikut saluran yang betul..

Pusat Rawatan Islam termasuk dalam kategori "Pusat Rawatan dan Kecantikan".

Antara surat kebenaran yang diperlukan adalah:(SILA KLIK UNTUK BESAR)

1) Surat kebenaran dari Ketua Balai Polis Daerah... siap dengan soal jawab sekali dengan ketua balai.. Ini contoh surat..


2) kementerian kesihatan - wakil kementerian datang ke pusat rawatan dan memeriksa pusat rawatan dan soal jawab tentang kaedah perubatan dan bekam.. (ini yang payah ni)
nasib baik kakitangan KKM banyak membantu.. doalah dapat doktor yang menyokong perubatan Islam.


3) dll : beberapa bahagian di majlis perbandaran...


Akhirnya dapat la surat kebenaran ni. . ni yang susah nak dapat...... kalau dapat surat ni kira 90% lulus la....

satu lagi proses yang perlu ditempuhi adalah..:

TEMUDUGA.. ujian yang terakhir.. kalau missed call, tak pi temuduga (akan diadakan secara mengejut) segala permohonan ditolak.. kena mula balik......

Saya hari tu ada majlis dengan Sh Adnan. Terpaksa tinggal isk isk.. alhamdulillah sempat pulang ke Temerloh untuk temuduga...

Inilah hasilnya.. alhamdulillah!!!

Terima kasih sokongan dan doa semua.. Doakan kami berjaya!!!

ALLAHU HAQ!!! HIDAYAT SELURUH ALAM!!!

Sunday, March 21, 2010

Rawatan sihir: Teknik kelima: Dibolehkan menggunakan jampi bahasa ibunda dan daunan serta bahan-bahan lain.




Teknik kelima:

Teknik ini adalah umum.... sekadar menyatakan dibolehkan berjampi dengan menggunakan bahasa ibunda masing2 di samping menggunakan dedaun (atau bahan2 lain) sebagai tambahan kepada ruqyah dengan syarat terbukti khasiatnya secara istiqra' (pembacaan dan pengalaman) orang2 sebelum kita...


Diriwayatkan oleh al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani di dalam satu pernyataan di dalam kitab Fathul Barii syarah Soheh al Bukhari: (10/233):

"Dalam riwayat Abdul Razzaq dari sanad as Sya'biy bahawa as Sya'biy telah berkata: "Harus menggunakan jampi ARAB (atau bahasa ibunda masing; dengan difahami maksudnya) bertujuan untuk mengubati seseorang insan yang terkena sihir dengan mengambil dedaunan di sekitar kiri dan kanannya. Kemudian daun tersebut hendaklah ditumbuk lumat-lumat lalu dibacakan jampi. Selepas itu bolehlah mandi dengan menggunakan (campuran air dan daun yang telah ditumbuk lumat) tadi."

Seelok-eloknya apa2 bahan yang digunakan hendaklah dibacakanm ruqyah.. paling kurang ayatul kursiy dan al mauuzat...

Antara syarat jampi melayu hendaklah:

1) Difahami maksud
2) dan tidak mengandungi unsur pemujaan dan kesyirikan.
3) Tidak menganggap dan beriktikad bahawa jampi tersebut 'berkuasa' dan meninggalkan bekas. Semuanya ikhtiar dan yang memberi manfaat dan mudarat hanya Allah jua....

Antara syarat bahan yang boleh digunakan di dalam perubatan;

1) Halal
2) Bersih
3) Tidak busuk

Promosi Seminar Perubatan Islam




Saturday, March 20, 2010

Tanya sama Ustaz Hayat 1.2


Tambahan: Untuk gangguan tidur juga ada eloknya:

1) Bacaan al Fatihah, ayat Kursiy,dan al Mau'uzat / 3 qul dibaca sambil menadah tangan dalam keadaan duduk di pembaringan dan dihembuskan sehabis nafas lalu disapu ke seluruh badan.

2) Memakai minyak wangi khususnya Rose Dimasyq atau Kasturi Hitam di 32 point tubuh badan.. semua rongga tubuh badan yang menjadi tempat keluar masuk makhluk halus. Sapu juga di kemaluan depan dan belakang dan pakaian pesakit.

3) Maulana Sheikh Nazim menyarankan agar diletakkan sedikit garam (bungkusan garam) di tempat tidur... Ada baiknya garam tersebut adalah garam bukit yang dibacakan ruqyah syariyyah...

Tanya sama Ustaz Hayat 1.1




Ini adalah sesi soal jawab yang dikendalikan saya di dalam forum ruqyah syariyyah.... saya akan kongsi-kongsikan soalan dan jawapan dalam ruangan berkenaan dengan anda semua...

QUOTE (ginger @ Mar 17 2010, 12:43 PM) *
SESEORANG DLM MAJLIS ILMU,ANA KENDALIKAN..MINTA TOLONG..MATA NYA SEBELAH KIRI..BERAIR2,MERAH..DAN PEDIH..GI KLINIK..TAK SEMBUH2 JUGA..TOK BOMOH ,KATA..ORANG SIHIRKAN..NAK BUAT MACAMANA..TK.



QUOTE (ginger @ Mar 17 2010, 12:45 PM) *
seseorang juga,anak muda..dlm majlis pengajian ana..di gua musang...datang jumpa ana..dia tanya nak buat ,macamana..?

bila tidur..dia akan mimpi...menakutkan..dan sentiasa..gemuruh,gerdebar atau kenalin(ore kelate ,,kata)..nak buat macamana?TK.



QUOTE (Mohsa @ Mar 19 2010, 12:52 PM) *
Salam..
Mcm kes nii saya rasa blh terus baca ruqyah kt pesakit la kut.
Mungkin ada reaksi mungkin tak...ke lagu mana UH?



1) Betul Tuan Mohsa... but pertamanya nak tanya adakah benar2 penyakit mata tersebut adalah gangguan.. bagaimana kaedahnya bomoh dapat tahu.. boleh jadi ia penyakit hospital....

Untuk rawatan mata bolehlah dibacakan Surah Qaf ayat 22 sambil memegang mata pesakit dan dihembuskan... boleh juga diambil air embun (esp malam Jumaat) dan dibacakan ayat2 syifa' dan ayat 22 Surah Qaff dan titiskan ke dalam mata pesakit.

Ingat untuk sakit mata ayat 22 Surah Qaff

Situasi tersebut pernah terjadi kepada saya di sebuah musolla, seorang ustaz datang kepada saya dalam keadaan matanya sakit.. Jadi apa yang saya buat? Pegang matanya dan bacakan ayat2 syifa' dan ayat 22 surah Qaff.. Alhamdulillah sembuh biizniLLAH.......

Namun sekiranya betul dia mempunyai gangguan.. hendaklah diikhtiarkan dengan ruqyah syariyyah bagi mengeluarkan unsur gangguan dari dalam badan.


2) Hmmm, sh ginger.. boleh jadi pesakit ini mengalami gangguan 'halus'... hendaklah dia pergi mengunjungi perawat Islam untuk mengesahkan adakah dia benar2 mengalami gangguan lantas mendapatkan rawatan dengan menggunakan ruqyah syariyyah

Jika masalah tidur sahaja.. insomnia:

a) Jangan sekali2 minum teh dan kopi esp waktu malam..
b) Jangan tidur siang
c) Amalkan ayat 10 dan 11 surah al Kahfi sebelum tidur....

WALLAHU waliyyut Taufiq!!!

Friday, March 19, 2010

Pendaftaran seminar masih dibuka

Assalamualaikum semua!

Berita baik untuk semua... Pendaftaran seminar perubatan Islam: Menangani Masalah Gangguan Jin Kaedah al Quran masih dibuka...

Seminar bakal diadakan pada 3 April 2010.... Di Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah, Temerloh, Pahang.

Penyertaan muslimin dan muslimat amat2 dialu-alukan...

Jika berminat sila ke : SINI

Kelas Online Ke - 3 Pada Malam ini

Assalamualaikum semua!

Insya Allah pada malam ini kita akan bersama-sama lagi di dalam sesi pengajian kita mendalami ilmu perubatan Islam..

Masa ke udara:

Masa: 9.30 malam
Hari: Jumaat Malam Sabtu
Aplikasi: Skype


Jika berminat sila ke : SINI