Sunday, March 21, 2010

Rawatan sihir: Teknik kelima: Dibolehkan menggunakan jampi bahasa ibunda dan daunan serta bahan-bahan lain.




Teknik kelima:

Teknik ini adalah umum.... sekadar menyatakan dibolehkan berjampi dengan menggunakan bahasa ibunda masing2 di samping menggunakan dedaun (atau bahan2 lain) sebagai tambahan kepada ruqyah dengan syarat terbukti khasiatnya secara istiqra' (pembacaan dan pengalaman) orang2 sebelum kita...


Diriwayatkan oleh al Hafiz Ibnu Hajar al Asqalani di dalam satu pernyataan di dalam kitab Fathul Barii syarah Soheh al Bukhari: (10/233):

"Dalam riwayat Abdul Razzaq dari sanad as Sya'biy bahawa as Sya'biy telah berkata: "Harus menggunakan jampi ARAB (atau bahasa ibunda masing; dengan difahami maksudnya) bertujuan untuk mengubati seseorang insan yang terkena sihir dengan mengambil dedaunan di sekitar kiri dan kanannya. Kemudian daun tersebut hendaklah ditumbuk lumat-lumat lalu dibacakan jampi. Selepas itu bolehlah mandi dengan menggunakan (campuran air dan daun yang telah ditumbuk lumat) tadi."

Seelok-eloknya apa2 bahan yang digunakan hendaklah dibacakanm ruqyah.. paling kurang ayatul kursiy dan al mauuzat...

Antara syarat jampi melayu hendaklah:

1) Difahami maksud
2) dan tidak mengandungi unsur pemujaan dan kesyirikan.
3) Tidak menganggap dan beriktikad bahawa jampi tersebut 'berkuasa' dan meninggalkan bekas. Semuanya ikhtiar dan yang memberi manfaat dan mudarat hanya Allah jua....

Antara syarat bahan yang boleh digunakan di dalam perubatan;

1) Halal
2) Bersih
3) Tidak busuk

No comments:

Post a Comment