Wednesday, February 3, 2010
Pendedahan Eksklusif... cerita saya
Kepada yang tertanya-tanya pasal ijazah...
Ijazah ruqyah anda dari Us Malek masih berterusan dan tak ter'delete' dengan pertukaran nama pusat rawatan dsb. Ijazah tak akan terhapus kalau dah diijazah oleh guru kecuali kalau derhaka dan salah guna.
Lagipun kami cuma tukar rumah dan nama sahaja namun hubungan dgn us Malek masih baik dan semakin baik.
Cuma dimaklumkan bahawa saya bukanlah keluaran TAQ Darul Hikmah dan Ustaz Malek bukanlah guru rasmi saya tetapi merupakan rakan seperguruan saya semasa berguru dengan Us Syarhan Syafie at Tobibi bermula tahun 2001 / 2002 yang lalu... until dia sendiri berjumpa tok guru kepada Us Syarhan; Sh Wahid Abd Salam Bali di Mesir... Us Syarhan adalah murid rasmi Sh Wahid.Beliau bukanlah satu-satunya murid Sh Wahid dari Malaysia. Sebelum dan selepas beliau juga telah ramai yang mendapat didikan Sh Wahid. Beliau berguru dengan Sh Wahid selama 6 bulan di Mesir.
Setelah memiliki sendiri ijazah kitab dari Sh Wahid beliau keluar dari Tobibi dan mengasaskan Terapi al Quran Darul Hikmah sambil menegaskan di hadapan saya bahawa Us Syarhan masih gurunya yang dia sangat kasihi dan hormati. Cuma terdapat beberapa perbezaan pendapat di kalangan mereka berdua akhirnya Us Malek berasa lebih sesuai beliau bergerak berasingan... dan mereka sekali-kali tidak bermusuhan seperti sangkaan semua orang sebelum ini!
Begitulah juga perihalnya saya dan Us Malek... kerana saya tidak boleh ikut cara beliau maka Us Malek syorkan saya 'keluar' dan menggunakan jenama saya sendiri... Semua ini terjadi bukan kerana niat saya tetapi saranan yang diberikan oleh Us Malek kepada saya. Perihal yang sama terjadi kepada Ustaz Zailan TAQ Klang (ex).
Adapun saya yang diperintah dan diamanatkan oleh guru saya Us Syarhan untuk berjumpa sendiri dgn Sh Wahid setelah mendapat rekomen dari Us Syarhan untuk menerima ijazah dari Sh Wahid, tidak pula bertindak seperti Us Malek kerana sebab2 tertentu yang saya tidak boleh ceritakan... memadailah dengan guru rohani saya Sh Nazim al Haqqani.
Saya sebenarnya mempunyai autoriti memberi ijazah ruqyah dan perubatan Islam sejak tahun 2004 setelah buku saya dan Us Syarhan siap pada tahun tersebut (PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS)... dan saya telah mula memberi ijazah semasa di Mesir dan Syria terutamanya kepada pelajar2 Singapura dan mengelola berpuluh2 seminar dan diskusi kitab di sana sekitar 2005-2007 dgn menggunakan autoriti yang diberikan oleh Us Syarhan kepada saya selama ini. Cetakan buku tersebut versi MESIR mendapatkan sambutan hangat dari pelajar Melayu Mesir dan Syria sehingga habis di pasaran! Buku terebut mendapat pengiktirafan MANHAL PMRAM iaitu satu badan penyelidik yang dianggotai pelajar2 Master al Azhar dan universiti2 lain di Mesir serta barisan ulamak-ulamak muda di Mesir!
Pada ketika itu hanya Us Syarhan dan saya (yang telah diberi autoriti olehnya) sahaja yang dibenarkan memberikan ijazah ruqyah dan perubatan Islam di dalam perubatan Tobibi melebarkan dakwah dan pengajian perubatan Tobibi di bumi anbiya'.
Sehinggalah saya dipelawa oleh U Malek menyertai team TAQ setelah pulang dari Syria. Saya juga disuruh mendiamkan ijazah dan autoriti saya memberi ijazah yang bersanad dari Us Syarhan....
Walaupun ada beberapa pendapat saya berbeza dengan Us Syarhan tetapi beliau tetap guru saya dan beberapa hari yang lalu beliau menegaskan lagi ijazah dan kepercayaan beliau kepada saya selama ini melalui perantaraan telefon....
Begitu juga Us Malek yang merupakan guru saya secara tidak rasmi dan merupakan seorang yang berjasa menarik saya ke dunia tarekat semasa berada di INSANIAH Kedah... Kami sangat rapat dan berkenalan sejak di zaman sekolah di KISAS lagi. Beliau adalah senior saya. Kemudian sama-sama ke INSANIAH dan ke Mesir.
Begitu juga Us Syarhan yang memperkenalkan saya kepada dunia perubatan Islam, sama-sama tidur sebantal dan biasa berkunjung dan tidur di rumah ibubapa saya di Pahang...Saya juga telah menjalani praktikal bersama Us Syarhan dan selalu menemaninya merawat selama 2 tahun sebelum saya berangkat ke Mesir.
..... kesimpulannya saya masih rapat dan menghormati mereka berdua sebagai orang yang sangat berjasa kepada saya yang jahil dan serba kekurangan ini.
...dan tidak lupa kepada GURU UTAMA saya Sh Muhammad Nazim yang sentiasa mengajar saya dari segenap aspek kehidupan termasuklah perubatan Islam dari dulu sehingga kini dan selamanya!
... Tujuan pendedahan ini bukan untuk mengusutkan keadaan atau menaikkan nama saya yang memang tak naik-naik dari dulu tetapi untuk maklumat semua agar faham apa yang berlaku semenjak dua menjak ini.. AMPUN SELALU, CERIA SELALU!!!
Sunday, January 31, 2010
Rahsia warna ungu



Warna ungu adalah warna yang berupaya menghambat gangguan jin...
Bukan saya yang kata ni... tetapi guru kami Maulana Sheikh Nazim menyarankan bayi-bayi dipakaikan pakaian yang berwarna purple untuk mengelakkan gangguan jin khususnya semasa sedang tidur. Warna purple mempunyai frekuensi yang sesuai menentang frekuensi kejadian makhluk halus... wAllahu a'lam...
Tidak hairanlah guru kami Sheikh Raja Ashman amat amat amat amat menyukai warna purple. Lihatlah jubah dan pakaian Dirajanya...
...dan tidak hairanlah juga kenapa KISWAH Terapi Ruqyah warna rasmi dan logonya kini berwarna UNGU / PURPLE...
p/s: Terima kasih Tuan Azahar Husin.... yang design dan buatkan banner untuk saya. Moga-moga Allah membalas jasa beliau: AZAHAR
Thursday, January 28, 2010
Sepakat membawa berkat -Terima kasih sahabat seperjuang...
Saturday, January 23, 2010
Pengumuman Tidak Lagi Menggunakan Jenama Terapi Al Quran Darul Hikmah

Assalamualaikum kepada semua...
Alhamdulillah dengan izin Allah Taala dan keberkatan Nabi Muhammad SAW serta guru-guru saya akhirnya saya diberi petunjuk oleh Allah Taala untuk memulakan pusat rawatan yang baru dengan izin Allah jua.
Perpindahan ini terjadi atas sebab-sebab yang tertentu dan tidak wajar saya ceritakan kepada semua. Namun semuanya ada hikmah di sisi Allah Taala.
Secara rasminya saya mengasaskan satu pusat rawatan Islam yang baru iaitu; Pusat Rawatan Islam KISWAH "Terapi Ruqyah Syariyyah'; Al Quran Heavenly Healing Medical Centre atau singkatannya 'KISWAH'...
Ini terjadi selepas saya tidak lagi menggunakan jenama Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang atas sebab-sebab yang tidak boleh diberitahu.
Ini juga berlaku kepada Terapi Al Quran Klang, Ustaz Zailan yang juga merupakan Admin Forum Terapi Al Quran selama ini...
Saya menagih sokongan anda semua lebih-lebih lagi mengenangkan saya terpaksa bermula semula; "Start All Over Again"
Sama-samalah kita mendaulatkan perubatan Islam yang sebenar di negara kita!!!!
Wassalam...
Online Group / Social Network KISWAH: SINI
Facebook Group KISWAH untuk mendalami perubatan Islam: (join KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah - Group Perawat Islam)
Harap sokongan semua!!!
Wassalam...
Thursday, January 21, 2010
Rawatan resdung yang mudah di rumah!!!

RESDUNG......
Satu penyakit yang boleh dikatakan semua orang ada... Cuma yang berbeza antara individu adalah kuat atau tidak sahaja...
Memandangkan saya adalah penghidap resdung tegar maka telah 1001 rawatan yang saya cuba sejak di bangku sekolah lagi..... Dari rokok resdung sampai la ke herba dimasuk ke dalam hidung..... nampaknya semuanya kurang berkesan lebih-lebih lagi kalau dah tumbuh polip (yang menghalang pernafasan)... sehinggalah.............
Saya sampai ke bumi barakah Syam as Syariff... Syria..... Seorang akhawat Naqshbandi dari Singapura memberi tahu saya bahawa Maulana Sheikh Nazim menyarankan rawatan dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung...
Caranya begini lebih kurang:
1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan secebok air suam). Garam sebenarnya adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif!!!
2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursiy dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.
3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.
4) Ulang 3 kali sehari.... sehingga reda... Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi....
5) Tawakkal kepada Allah... Insya Allah sembuh...
Cara yang kedua.....: Sheikh Nazim juga menyarankan agar dimasukkan sedikit minyak zaitun dan cili yang dipanaskan sedikit ke dalam hidung... tapi cara ini saya tak pernah buat.. katanya agak menyakitkan...
Setelah bertahun saya mengabaikan teknik ini.... tiba2 kakak saya mencadangkan perubatan menggunakan 'nasal pot' yang menggunakan garam bukit untuk rawatan sinus.......
Oooh, rupanya orang barat dah buat kajian dan mungkin agaknya mereka meniru cara tok2 guru kita mengubat resdung kot... :)
Bezanya mereka memasukkan air garam ke dalam lubang hidung sebelah kanan dan mengeluarkannya melalui lubang hidung kiri dan begitulah sebaliknya...
Seperti yang anda dapat lihat dari video ini:
Atau paling kurang anda jangan sekali-kali meninggalkan amalan istinsya; ketika berwuduk!!!!!
Selamat mencuba!!!!! Insya Allah dengan keberkatan amalan kekasih Allah... sembuh.... Amiin!!! ....
Monday, January 18, 2010
Ruqyah Saratan - Penawar Kanser


Assalamualaikum semua!
Alkisahnya seorang sahabat pengikut setia blog ini sudah beberapa kali meminta saya supaya mendetailkan lagi ruqyah saratan dan rawatan kanser... Sebenarnya saya telah tulis pasal rawatan terapi al Quran untuk kanser tapi mungkin tak detail.... hari ini saya detailkan sedikit namun perinciaannya anda boleh dapati dari eBook terbaru saya; Terapi al Quran merawat Penyakit Kanser, insya Allah di pasaran kelak...:
Teknik rawatan:
1) Dengar ruqyah dan ayat2 al Quran lain
2) Sapu tempat kanser dengan minyak zaitun, kanser darah: minum.
3) Mandi air ruqyah
4) Baca ayat ruqyah saratan
5) Minum air bawang sesudu sehari satu jam sebelum makan
6) Bersedekah
7) Dah usaha, doa, tawakkal dan berserah kepada Allah
Senarai ayat-ayat ruqyah saratan:
1) Surah al Fatihah
2) al Baqarah: 1-5
3) al Baqarah: 164- 165
4) Ayatul kursiy: al Baqarah: 255
5) al Baqarah: - 256 dan 257
6) al Baqarah: 285 dan 286
7) Ali Imran: 1-5
8) Ali Imran: 18
9) Ali Imran: 26-27
10) al A'raf: 54-56
11) al A'raf: 117-119
12) Yunus: 80-82
13) Toha: 25-29
14) al Mu'minun: 115-118
15) al Hasr: 21-24
16) as Soffat: 1-14
17) ar Rahman: 31-33
18) alMulk: 3-4
19) al Qalam: 51-52
20) al Jin: 3
21) Surah al Kafirun
22) Surah al Falaq
23) Surah an Naas
CARA BACAAN DAN RAWATAN:
1) Baca tujuh kali pada air: Mandi sekali sehari, minum 3 kali sehari: Paling kurang seminggu.
2) Baca pada minyak zaitun: Sapu tempat kanser: Paling kurang 21 hari.
..... dan lain2 yang boleh anda dapati dari eBook terbaru kami yang akan berada di pasaran:
Wassalam..
Friday, January 15, 2010
Selawat Sumber Kesembuhan yang AJAIB!!!!


klik untuk besar
JUALAN CD HAQQANI MAULID ENSMBLE KELUARAN HIJJAZ RECORDS SDN BHD
SELAWAT SUMBER KESEMBUHAN
FADHILAT SELAWAT:
Berkata Sultanul Arifin Al Imam Jalaluddin As Suyuthi rahimahulLahu Ta’ala anhu di dalam kitabnya Al Wasail Fi Syarhi As Syamail berkata:
“Rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan mauled Nabi SAW, penghuninya akan dikerumuni oleh para malaikat dan dirahmati Allah. Sesungguhnya malaikat-malaikat al Mutawaqqun bin Nur (Yang Berkalung Cahaya iaitu jibrail, Israfil, Qirbail dan I’nail), as Soffun (malaikat-malaikat yang berbaris), al Haffun (malaikat-malaikat yang mengelilingi A’rasy), dan al Kurbiyyun (malaikat-malaikat yang menolong orang-orang yang di dalam kesusahan) akan memohon keampunan bagi orang yang menjadi sebab kepada pembacaan Maulid Nabi SAW…
SECEBIS KISAH QASIDAH BURDAH… (coretan tentang kesembuhan)
Berkenaan dengan pengarang Qasidah ini, Imam al Bushiri yang merupakan murid kepada Sheikh Abu Hasan as Syazuli... terlalu banyak kisah kesembuhan berkat qasidah yang agung ini... Seumpama yang saya petik di dalam kitab terjemah qasidah burdah karya Sheikh Fahmi Zamzam; Abu Ali an Nadwi al Maliki; (anak murid kepada al Marhum Maulana Abul Hasan Ali an Nadwi dan al Marhum Dr. Sheikh Muhammad Alawi al Maliki al Hasani):
Pernah disebut di dalam sejarah bahawa Imam Bushiri pernah ditimpa penyakit lumpuh sebelah badan. Saban hari sakitnya bertambah buruk. Dalam keadaan ini timbullah harsratnya mengarang qasidah puji-pujian kepada Rasulullah SAW. Sebaik saja selesai menulis qasidah, beliau tertidur dan bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Baginda datang menziarahi beliau yang sakit, lalu menyapukan tangan baginda yang mulia ke atas badan Imam Bushiri. Sesudah itu baginda menyelimuti badan Imam Bushiri dengan sehelai selendang (burdah).
Sebaik selesai diselimuti, Imam Bushiri terjaga dari tidurnya dan mendapati penyakit lumpuhnya hilang dengan izin Allah jua. Ada riwayat menyatakan Imam Bushiri memperoleh burdah di atas badannya apabila beliau terjaga dari tidur....
Begitulah hebatnya KASIH kepada baginda Nabi SAW...
Di dalam satu qasidah dinyatakan: "SOLATAN TAKUNU SYIFA'AN LANA"... 'selawat menjadi penawar kami'!!!!
Solawat adalah sumber penyembuhan yang menakjubkan……
Secara peribadi saya ada pengalaman rawatan dengan menggunakan solawat ketika berada di Mesir. Kami menggunakan solawat Qasidah Burdah (Imam Bushiri) dan Maulid Daibaie (Sheikhul Muhaddithin Abd Rahman al Daibaie) untuk rawatan seorang pesakit gangguan jin plus kanser…. Dipendekkan cerita dengan izin Allah Taala penyakitnya sembuh sedia kala…
Saya juga pernah mendengar dari seorang sahabat saya dari
INGAT!!!! Solawat ini hanya merupakan ikhtiar kesembuhan lebih-lebih lagi ia padat dengan keberkatan kerana ditulis dan dikarang oleh para wali Allah!!!!!! Namun hakikat penyembuhannya adalah mutlak di tangan Allah semata-mata!!!!!
Telah banyak ‘testimoni’ dan istiqra’ pembacaan serta pengalaman orang-orang sebelum kita yang meraih kesembuhan berkat selawat-selawat yang dibaca!!!! Masya ALLAH!!!!
UNTUK ITU:
Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang dengan rasminya melancarkan penjualan album terbaru solawat tradisional di pasaran yang dikeluarkan oleh Hijjaz Records Sdn Bhd:
MENUJU JALAN ABADI
HAQQANI MAULID ENSEMBLE
HIMPUNAN SELAWAT, MARHABAN DAN MAULID POPULAR
Keluaran: Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Ahli-ahli kumpulan solawat ini adalah sahabat-sahabat rapat saya yang sama-sama berguru dengan Maulana Sheikh Nazim…
Anda pernah menonton rancangan al Kuliyah TV3… Tentu ada perasan lagu mauled sebagai lagu latar rancangan tersebut
Sepengetahuan saya sehingga hari ini tidak terdapat satu pun album di dalam main stream yang betul-betul menggambarkan mauled yang asli lagi tradisional dan diberkati guru mursyid kecuali sebuah dua album…… dan yang paling latest album solawat Haqqani Maulid Ensemble yang dinaungi oleh anak Sultan Perak; Sheikh Raja Ashman as Sulthani ini.
Untuk mendapatkan album yang sangat bernilai ini… Sila kunjungi: ke
Sekian, Wassalam…