Thursday, September 10, 2009

Kamus Tafsir Mimpi Menurut kaedah Al Quran


Menurut sebuah kitab arab yang berjudul “Qamus Tafsir al Ahlam” karya Doktor Khalid bin Ali bin Muhammad al Anbari, Mesir mimpi sepatutnya tidak dipandang enteng kerana mempunyai maksud yang tersirat. Kitab lama yang paling ‘reliable’ dalam permasalahan mimpi ini adalah kitab “Tafsir al Ahlam” karya Imam Ibn Sirin.

Saya sering ditanya oleh ramai orang berkenaan tafsir mimpi. Sebagai insan yang lemah dan bukan orang yang arif dalam bab mimpi, saya pun merujuk kepada kitab kamus mimpi yang saya nyatakan di atas. Di sini saya catatkan beberapa tafsiran dari mimpi anda:

Berihram :Terhalang dari bersetubuh dan jauh dari maksiat.
Azan: bermaksud menunaikan haji, kebaikan, kesejahteraan dan berjaya dari tipu daya syaitan
Arnab: lelaki penakut
Istighfar: Murah rezeki, tertolak dari bala,
Singa: Raja yang zalim.
Jarum: Kembali bersatu, kalau jarum patah: berpecah belah
Sahabat nabi: Baik keIslamannya dan mengikut sunnah.
I’tikaf : Berterusan di atas kebaikan
Muflis : Muflis dalam bab agama
Imam solat : jadi pemimpin
ayat al Quran : ayat rahmat: Berada dalam rahmat Allah, ayat azab: Berada dalam azab Allah
Pintu : Terbuka: rezeki Tertutup: gagal
Laut : Kekuasan dan menjadi orang yang berilmu. Bagi perempuan: kahwin
Masjid : Orang yang alim, rumah jadi masjid: Kebaikan mencurah. Bina masjid: Menang. Masjidil Haram: Keselamatan, penuhi janji
Ular : Permusuhan antara keluarga, anak2, jiran tetangga, gangguan jin.
air
: Bersih: kebaikan dan berkat
Lemas : Fitnah dan bergelumang maksiat
Asap / rokok : Duka nestapa
Bismillah : Ilmu dan hidayah
Bawang putih : Lihat tapi tak makan: Kebaikan, kalau makan: Kejahatan
Orang marah : Sempit dada bala
Lembu : Makan daging: bertambah harta
Menangis : Kesedihan
kencing : Dalam rumah sesuatu kumpulan. Petanda akan dihalau
Telaga : Dalam rumah: Kesenangan hidup lepas susah
Ikan : Kekayaan. Memancing: manfaat dan kebaikan
masak : kehidupan yang baik
Budak kecik : kedhaifan, kesedihan, kesusahan dalam kejahilan; gangguan jin
terpenjara : Dihina. Terpenjara dirumah yang tidak diketahui: MATI
Tali : Agama
Haji : Kebaikan dan tetap di atas kebaikan, pahala, rezeki
Syurga : Tak masuk: amal kebaikan, masuk: kebahagian dunia dan akhirat
perempuan : Fitnah, perhiasan dunia dan syahwat
Bintang : Kejayaan. Bintang jatuh: jatuhnya orang alim atau pemerintah. MATI
Lebah : Kaya
Sungai : Kebahagian selepas kesusahan.
Semut : Kaum yang lemah. Semua membawa makanan ke rumah: rezeki
Nikah : sampai wajib mandi: tiada tafsiran: ihtilam, nikah dengan mahram: buat perkara haram.
Nikah dengan wanita bukan mahram: Kesenangan selepas susah.
bersalin : Sihat dari penyakit dan kesusahan.
Yakut dan batu permata: Harta dan kesenangan. Ambil selonggok: nikah perempuan cantik lagi beragama.

…..dan berbagai-bagai lagi…

Nantikan “Ebook Tafsir Mimpi Menurut Kaedah Al Quran” yang akan menemui anda kelak!!!

Saturday, September 5, 2009

Rawatan gangguan makhluk halus menggunakan minyak wangi


klik untuk besar!





Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah;


  1. Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan.
  2. Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakain tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.
  3. Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:

    20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
    2: Dua lubang hidung.
    2: Dua lubang telinga.
    2: Dua kening berdekatan mata.
    1: Sekeliling mulut.
    2: Dua puting payu dara.
    2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
    1: Lubang pusat.”


    Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

    Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut….

    Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah ‘Rose Dimasyq’ dan ‘Kasturi Hitam’. Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi. Bau Rose menjadi kegemaran mursyid saya Maulana Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani. Malah beliau menyelitkannya di serban. Ahli sufi menggunakan bau rose untuk meningkatkan kekhusyukkan ketika beribadat, berzikir dan bersuluk.

Rose mempunyai frekuensi yang tinggi bagi menghambat jin. Sebahagian tok guru menanam rose untuk tujuan ini di samping hiasan. Kajian sains telah membuktikan kuasa wangian terutama rose mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang menakjubkan! Namun penggunaan minyak wangi lain juga dibolehkan dan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Ekoran dari itu, Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang telah memformulasikan koleksi minyak wangi beruqyah berorientasikan moden kontemporari. Minyak wangi ini didatangkan khas dari bumi anbiya’. Koleksi tersebut adalah:


BOTOL BESAR:

C Like Hugo / Lady First (w)

C Like Escape Women (W)

C Like Drakkar / Night Men (L)

C Like Eternity

C Like Hugo (L)

C Like Lusture

C Like Larry

Jasmin

C Like Hunter...semuanya berharga RM35

C Like Tommy Men

C Like Jadore

C Like Polo Sport / Sporty Men...Semuanya berharga RM45

C Like ROSE (sangat HOT!!!!)

C Like Apple Blossom

C Like Issey Miyaki

C Like Erica

C Like Diamond

C Like Dunhill Desire

C Like Tuxedo....berharga RM50

BOTOL KECIL

Hugo (L)

Hugo (W)

C Like Amore ....semuanya berharga RM25

(L) Khas untuk lelaki

(W) Khas untuk wanita..

tiada label: Sesuai untuk semua.

Semua minyak wangi ini adalah pati minyak wangi yang telah diruqyah oleh Ustaz Hayat dan tidak dicampur dengan mana-mana pelarut. Jadi baunya tahan lama bagi memaksimumkan proses rawatan menggunakan teknik minyak wangi ini.

Jika anda berminat untuk memiliki koleksi minyak wangi ruqyah ini sila klik di SINI.

Thursday, September 3, 2009

Merawat penyakit misteri anda di rumah!!!

Darul Hikmah sangat percaya bahawa anda mampu merawat penyakit misteri anda sendiri di rumah. Selain mendapat rawatan wajib dari perawat Darul Hikmah, rawatan lanjutan mesti dilakukan sendiri oleh penderita atau pesakit untuk mendapatkan kesembuhan yang maksimum.

Selain itu, pesakit yang mempunyai pelbagai halangan untuk menemui perawat boleh melakukan rawatan sendiri di rumah dengan ikhtiar pelbagai produk yang telah diformulasikan khas oleh pengasas Darul Hikmah Ustaz Abd Malek bin Ladzim hasil kajian dari al Quran, as Sunnah dan kitab-kitab perubatan Islam serta khazanah amalan para solehin.


Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana teknik rawatan sendiri di rumah; teknik rawatan dan 'bahan-bahannya adalah seperti berikut:


cd ruqyah syari’ah pembasmi semua sihir
1) Didengar sekuat dan sekerap mungkin untuk menghapus pengaruh semua sihir, gangguan jin, santau, saka & histeria. Malah didengar ketika tidur! Jangan didengar ketika memandu kenderaan.


2) Untuk membuat air ruqyah / jampi pasangkan cd dan letakkan air mineral dengan penutup terbuka di speaker.


set rawatan sihir; minum, mandi dan pagar rumah
campuran zam zam, za’faran, air mawar, air bidara dan air penawar hidup.
Minum: 7 titik dicampur dengan segelas air ruqyah untuk diminum. Mulakan dengan bacaan al Fatihah, selawat 3 kali dan ayat Kursiy 1 kali. Minum tiga kali sehari. Selepas Subuh & Zuhur serta sebelum Maghrib. Boleh juga dicampur sesuku sudu garam terutama garam bukit.


Mandi: 7 titik dicampur dengan sebaldi air biasa, segelas air ruqyah, segenggam garam kasar atau garam bukit dan satu plastik air batu. Dimandi sebagai bilasan terakhir. Mulakan dengan bacaan al Fatihah, selawat 3 kali dan ayat Kursiy 1 kali. 2 kali sehari: Pagi tanpa air batu. Sebelum Maghrib dengan air batu.

Sembur: 7 titik dicampur dengan segelas air ruqyah di dalam gayung untuk direnjis. Mulakan dengan bacaan azan 3 kali, al Fatihah, selawat 3 kali dan ayat Kursiy 1 kali. Direnjis 3 kali sehari. Selepas Subuh, sebelum Maghrib dan sebelum tidur. Boleh dicampur dengan 3 sudu garam dan sedikit minyak atar. Boleh juga diletakkan di dalam penyembur seterika sebagai semburan.


losyen halia bidara
Buang angin, bisa badan dan sendi kerana sihir atau sakit biasa. Guna ketika perlu.

Sebelum tidur; sapu di tempat sakit, tengkuk dan tulang belikat untuk memusnahkan sihir.


sabun bidara mambu
Sakit kulit biasa atau kerana sihir dan rawatan sihir. Dalam masa jangan tinggalkan ‘ubat gatal’. Tenyehkan ubat gatal tersebut kuat-kuat. Sekiranya kulit nampak telah sembuh. Lajakkan penggunaan ubat anda selama 2 minggu.


minyak zaitun sauda’
Dicampur air jampi untuk basmi sihir, sakit sendi, penerang hati dan resdung. Campurkan 7 titik ke dalam segelas air ruqyah. Minum selepas Subuh dan sebelum Maghrib. Boleh juga dicampur suku sudu garam terutamanya garam bukit.


Untuk resdung campurkan tujuh titik ke dalam segelas air suam yang dicampurkan suku sudu garam. Terutamanya garam bukit. Istinsya’ (sedut ke dalam hidung) seperti orang mengambil air sembahyang 3 kali sehari. Selepas Subuh, sebelum Maghrib dan sebelum tidur.


pati za’faran
Dicampur air jampi untuk basmi sihir, sakit sendi dan penerang hati. Campurkan 7 titik ke dalam segelas air ruqyah. Minum selepas Subuh dan sebelum Maghrib. Boleh juga dicampurkan dengan suku sudu garam terutamanya garam bukit.


minyak celak zaitun
Disapu pada anggota wuduk dan sendi pesakit dan bayi menangis, basmi sihir dan sakit sendi. Sapu di bahagian anggota sujud dan sendi sebelum tidur malam.


kismis minda al hikmah
Telah diterapi dgn al Quran untuk pelajar, hafiz al Quran dan orang ramai untuk kekuatan minda serta kesihatan badan secara umum. Juga untuk penderita sakit sihir. Dimakan 21 biji setiap hari pada waktu pagi sejam sebelum makan apa-apa.


minyak wangi rose / kasturi ruqyah / koleksi minyak wangi ruqyah
telah diterapi ruqyah untuk disapu di kesemua hujung jari tangan dan kaki di antara kuku dan kulit, mulut, hidung, telinga, kening, puting payu dara, lubang pusat dan kemaluan depan dan belakang serta pakaian anda sebelum tidur bagi memaksa jin keluar dari badan dan pelindungan diri.

Semua produk ini telah diterapi dengan Al Quran oleh pengasas Darul Hikmah al Fadhil Ustaz Abd Malek al Azhari dan Ustaz Hayat an Naqshbandi.
Tempoh penyembuhan adalah selama paling kurang 7 / 21 hari dan paling lama 40 hari. Sekiranya masih tiada perubahan maka bolehlah beralih kepada kaedah lain.


p/s: Jika anda menggunakan produk dengan kaedah yang tepat, berterusan dan kesungguhan serta dalam masa yang sama meletakkan Allah sebagai keyakinan yang utama; insya Allah penyakit anda akan disembuhkan Allah!!!

Tuesday, August 25, 2009

rawatan pinggan putih


Dalil cara rawatan pinggan putih:

Firman Allah Taala:


  • 82. Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang Yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.(82,surah al Isra')

    Hadis: “Ubatilah ia dengan Kitab Allah (al Quran)

    Fatwa ulamak:Kitab Khazinatul Asrar ada dinyatakan : “al Qadhi Husain, al Baghawi dan lainnya dari mazhab Syafie berpendapat jika dituliskan al Quran pada manusia atau makanan, maka tidaklah mengapa.”

    Bentuk perubatan al Quran:

    1. Dengar: Ruqyah Syaraiyyah
    2. Minum: Air yang dibacakan al Quran
    3. Mandi: Air bacaan al Quran
    4. Urut: Air / minyak yang dibacakan al Quran
    5. Tulis : Air yang ditulis ayat al Quran untuk tujuan minum, mandi, urut

    Bahan-bahan yang diperlukan:
    Filamen / debungan za’faran / saffron.
    Ranting kayu resam / buluh / kayu sugi.
    Air mawar.
    Air zamzam / air mutlak yang hidup tiada mati.
    Pinggan putih tembikar tanpa corak.
    Bekas untuk melarutkan dakwat za’faran
    Sarung tangan pakai buang


    Keterangan bahan:
    Filamen / debungan za’faran / saffron.

    INFO ZA'FARAN

Za’faran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setipa bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo!

Za’faran dilarut dengan air mawar sehingga mencapai tahap kepekatan yang sesuai untuk dijadikan dakwat. Tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.


Ranting kayu resam / buluh / kayu sugi.

Ranting diruncingkan secara menyenget untuk dijadikan pen. Batang sama digunakan untuk menulis tulisan khat.

Air mawar.

Air mawar dijadikan ‘pencair dakwat’.

Air zamzam / air mutlak yang hidup tiada mati.

Air zamzam digunakan untuk memadam dan melarutkan tulisan ayat al Quran yang tertulis di atas pinggan putih.

Pinggan putih tembikar tanpa corak.

Digunakan sebagai ‘papan putih’ untuk menulis ayat al Quran yang bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi.

Bekas untuk melarutkan dakwat za’faran

Bekas ini digunakan sebagai tempat untuk membancuh dakwat za’faran.

Sarung tangan pakai buang

Untuk tujuan kebersihan dan keselamatan daripada penyakit berjangkit.

Langkah-langkah rawatan:

Setelah mengenalpasti penyakit pesakit dan bersoal jawab; perawat mengambil wuduk dan duduk di atas sejadah serta menyediakan bahan-bahan di depan sejadah. Pakailah sarung tangan untuk proses seterusnya.

Bancuh dakwat za’faran dengan air mawar di dalam bekas pembancuh.

Menulis ayat-ayat yang berkaitan dengan penyakit di atas pinggan putih.Perawat mestilah mahir dengan penggunaan ayat. Jika perlu sediakan rujukan dan mushaf al Quran di sisi.

Perawat membaca ayat tersebut dan diikuti oleh pesakit. Pesakit hendaklah membaca ayat yang tertulis di pinggan putih tersebut.

Perawat menuang air zamzam / air mineral yang telah diruqyah ke dalam pinggan tersebut.

Pesakit hendaklah melarutkan air tersebut beserta niat khusus untuk penyembuhan penyakit yang dideritainya.

Pesakit minum air pati yang telah dicampurkan dengan air ruqyah yang terdapat di dalam botol selepas membaca fatihah, ayat Kursiy serta selawat 3 kali. Minum dua kali sehari; selepas solat subuh dan sebelum solat maghrib untuk tempoh penyembuhan selama paling kurang7 atau 21 hari dan paling lama 40 hari…

Senarai kegunaan ayat al Quran rujukan (A’lij Nafsaka bil Quran:”Ubatilah dirimu dengan al Quran” karangan Sheikh Abi al Fadaa’ Muhammad, Mesir):

Umum: 6 ayat syifa’ di dalam al Quran:
At Taubah: 14
Yunus: 57
An Nahl: 69
Al Isra’: 82
As Syuara’: 80
Fussilat: 44

Sakit kepala: al Baqarah:178, an Nisa’:28, al Anfaal:66, Maryam:1-3, al Baqarah:186, al Ana’m:13,al Furqan:45, al Hasyr:21.

Penyakit mata: Qaaff: 22,

Sakit gigi: al Mulk:23, al An’am: 13.

Hidung berdarah: Hud: 44.

Pekak: al Hasyr:21-24

Sakit kulit: al Baqarah: 259 dan 266.

Sakit dada: al Insyirah:1-8, Thahaa25-28, Yunus:57.

Jantung, dada, limpa, hati: ayat Kursiy:al Baqarah:255

Jiwa kacau / tak tenang: al Ghaafir, ar Ra’du: 28.

Perut memulas: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas.

Penawar racun dan demam ketar: al Quraisy:1-4.

Penawar bisa ular dan kala: al Fatihah,al Ikhlas, al Falaq, an Naas. Tambah garam kepada air dan sapu / celup.

Sendi / romatizem: Ali Imran:145, al Qadr:1-5, al Anbiyaa’:30

Mudah beranak:

لاإله الا الله الحليم سبحان الله رب العرش العظيم
Al Fatihah:2, an Naziat:46, al Ahqaf:35, al Insyiqaq:1-4 dan ayat-ayat selusuh.

Demam:
بسم الله الرحمن الرحيم بسم الله وبالله محمد رسول الله
Al Anbiyaa’: 69-70

Gangguan tidur: al Kahf: 11 dan 12.


Dukacita, sedih, rungsing pilu: al Insyirah:1-8

rasukan syaitan: ayat Kursiy,as Soffat:158-159, Yaasin, al mu’minun:115-118

otak / tak siuman: Yaasin

sihir: Yunus:81-82, al A’raaf: 117-121, Thahaa:69

Pelupa: al Baqarah: 1-4, 255, 256,257, 284-286

Was was: al Hadid 3,al Ghaafir, as Sajdah, al Ikhlas

Barah: Ruqyah saratan; lebih kurang ruqyah syariyyah dengan tambahan ayat-ayat tertentu.

Nota: Proses pembuatan dan penyediaan air penawar ini hanya dilakukan oleh pakar individu yang mempunyai ketelitian, kesabaran dan keikhlasan serta berakhlak mulia.


ini adalah sebahagian edaran pengajian kilat Ramadhan anjuran Darul Hikmah Pahang...

Saturday, August 15, 2009

Pengajian kilat perubatan Islam sepanjang Ramadan


Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang akan mengadakan "Pengajian kilat perubatan Islam sepanjang Ramadan" pada ketetapan berikut:

Jadual program sepanjang ramadhan

Minggu 1
Ahad mlm Isnin
2 Ramadhan bersamaan 23 Ogos
Tajuk yang dipilih: Rawatan pinggan putih


Minggu 2
Sabtu mlm Ahad
8 Ramadhan bersamaan 29 Ogos
Tajuk yang dipilih: Refleksologi


Minggu 3
Sabtu mlm Ahad
15 Ramadhan bersamaan 5 September
Tajuk: urut

Minggu 4
Sabtu mlm Ahad
22 Ramadhan bersamaan 12 September
Tajuk yang dipilih:-Rawatan batu permata 'Kristal Healing'- antara pro dan kontra
- tafsir mimpi

Tajuk tambahan bagi peserta yang belum pernah mengikut pengajian 'al hijamah' / bekam.
Masa atas kesepakatan Ustaz Hayat dan peserta.

Pengajian adalah berbentuk TEORI dan PRAKTIKAL.
Lampiran dan nota akan diedarkan kepada para peserta.

Masa pengajian: Pengajian selepas solat terawih di pusat rawatan Darul Hikmah Temerloh: 9.30 mlm hingga 11 malam.


Tempat: Pusat Rawatan Islam Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang,143 Jalan Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya, Pahang.



Terbuka kepada semua muslimin sahaja.



Yuran RM 50.00 sahaja untuk sepanjang Ramadan. Pendaftaran rm50 merangkumi semua tajuk. Pendaftaran pada malam pertama program.



Untuk pertanyaan sila hubungi: Ustaz Hayat: 0179065131.



More disediakan...

Thursday, August 13, 2009

mengubati pesakit istihadah


Minggu lepas saya dihadiri seorang pesakit yang telah mengalami istihadah sejak permulaan haidnya. Kini setelah umurnya meningkat 20 an dia masih mengalami istihadah. Haidnya selalu melebihi 15 hari. Kasihanlah kalau dia sudah bersuami nanti...


Menurut sebuah hadis nabi; secara mafhumnya istihadah berpunca dari aktiviti syaitan di dalam rahim wanita yang menyebabkan rahimnya luka dan berdarah. Maka darah yang keluar dari rahimnya tersebut adalah darah penyakit.


Cara rawatan istihadah adalah:


1) Baca ruqyah syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk ruqyah istihadah ini adalah ayat 38 surah Yaasin dan surah al masad. Niat ketika membaca surah ini:Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah.


2) Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rabus bersama air ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air ruqyah.


3) Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis...


Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!

Monday, August 10, 2009

Mencari barang hilang


Kadang-kadang ada orang menelefon meminta untuk ‘menilik’ dan mencarikan barang peribadi mereka yang hilang. Malangnya, disebabkan saya tidak mempunyai kasyaf yang cukup kuat untuk men’scan’ di mana terletaknya barang tersebut dan tidak juga menternak ‘khadam jin’ serta ilmu astrologi atau pun ilmu falak yang dakik (mendalam) untuk mencarinya maka saya katakan bahawa saya tidak berupaya mencarinya.

Walaubagaimanapun saya memberikan mereka satu senjata berbentuk doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

Amalkan doa ini selepas solat atau bila-bila masa. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang ajaib apabila mengamalkan doa ini. Setakat ini, setiap barang saya yang hilang semuanya telah dijumpai setelah membaca doa ini. Itupun dengan izin Allah dan ikhtiar kita dengan membaca doa yang telah menjadi amalan para awliya’ ini! Alhamdulillah!!!

Silalah amalkan! Insya Allah barang anda yang hilang akan dijumpai!!!