Monday, March 28, 2011

Hukum berubat dan akibat sihir tidak dirawati segera!


Telah berkata ulamak:

" Man Lam Yussfihi al Quranu, Fa la SyafahuLLAHU"

"Sesiapa yang tidak dapat disembuhkan oleh al Quran, maka tiadalah dia disembuhkan Allah."

Dengan kata lain: Al Quran merupakan awal dan akhir kemuncak perubatan dan orang2 mukmin hendaklah mempercayai sepenuhnya kepada al Quran sehinggalah kepada penyembuhan SEGALA PENYAKIT!"


Hukum berubat


WAJIB kepada orang awam. Hukumnya wajib sekiranya pesakit tidak dapat menanggung kesakitan. Namun hukumnya berubah menjadi harus sekiranya pesakit mampu bersabar.

HARUS kepadada orang yang khusus iaitu para wali Allah. Insan terpilih ke makam makrifat. Ini kerana kesabaran dan keredhaan mereka yang luar biasa.

Jadi sebagai orang awam... wajiblah kita berubat. Jangan putus asa....teruskan berubat, berubat dan berubat lagi sehingga sembuh...

"Ahhh, saya malaslah berubat ustaz.. Biarlah macam ni.. Kalau berubat pun bukan sembuh. Dah berpuluh2 bomoh saya pergi. Duit dah beribu2 dah...."....

Janganlah berkata begitu... Hukum putus asa rahmat Allah adalah haram dan berdosa... Sudahlah menanggung SAKIT tak tertanggung, BERDOSA pulak tu....

DALIL:

Surah az Zumar ayat 53:

".. dan janganlah kamu semua berputus asa dari RAHMAT ALLAH.."

dan kesihatan dan kesembuhan itu adalah juga merupakan RAHMAT ALLAH... Dan janganlah kita menafikan kekuasan mutlak Allah Taala sebagai AS SYAFI' YANG MAHA PENYEMBUH...

Teruskan rawatan sehingga Allah Taala membenarkan KESEMBUHAN sebagai satu rahmat kepada anda...

Jika lapar; makan, jika ngantuk; tidur, jika dahaga; minum.....

JIKA SAKIT: KITA BERUBAT...

Jika tidak berubat dalam jangka masa yang lama, gangguan jin dan sihir ini boleh menyebabkan:


1) Ketumbuhan dan kanser

2) Strok

3) Gila


..... dan MENEMUI AJAL dengan izin ALLAH...


Oleh itu berubatlah sekarang dan kunjungilah pusat rawatan Islam yang membacakan ayat2 al Quran sebagai jampi yang syarie (ruqyah syariyyah) dan yang benar2 mengikut peraturan syara' bersumberkan al Quran, as Sunnah, al Ijma' dan al Qiyas SEKARANG JUGA!!!

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam!

No comments:

Post a Comment