Qasidah Marhaban Ya Rabial Awwal yang dibaca pada tiap2 hari sepanjang bulan ini. Slpas 15 Rabiul Awwal 'Marhaban Ahlan Wa Sahlan' ditukar kepada 'al Wada' al Wada' "
Assalamualaikum semua...bulan di mana lahirnya sang bulan purnama saw, bulan hijrahnya saw ke Madinah, bulan baginda saw berpindah ke rafiqil a'laa. Pada 12 Rabiul Awwal Nabi saw dilahirkan dan pada 19hbnya diberikan nama MUHAMMAD saw... Perbanyakkanlah solawat di bulan ini...
Dalam kesempatan ini marilah sama2 kita berkongsi tentang amalan pada bulan yang mulia ini menurut Futuhat Haqqaniah Sh Adnan Qabbani qs.
Kelebihan bulan ini diibaratkan seumpama kelebihan Nabi Muhammad saw atas sekalian makhluqat.. Di dalamnya terdapat adab dan wirid2 yang penting ke atas para salikin dalam tarekat Aliah ini.
Dibolehkan khalwah dan riyadah dari permulaan sehingga 10 Rabiul Thani khusus untuk mendapat tajaliyat berupa mahabbah dari Allah Taala dan RasulNya saw yang tercinta sehingga sampailah si salik tadi ke makam FANA' fi Rasulillah saw.
Antara adab2nya adalah:
Apabila masuk sahaja bulan ini maka murid Naqshbandi hendaklah mandi sunat menyambut bulan yang mulia ini.. Kemudian;
-Solat wudu'
-Adab2 tarekat dan kemudiannya membaca qasidah marhaban ahlan wa sahlan. Selepas 15 hb ditukar dengan al wada' al wada'. Kemudiannya membaca doa yang mathur dari Sultanil Awliya'
- Pada setiap hari membaca Surah Al A'na'm.
- Membaca satu hizib dalailul khayrat
-1000 kali selawat dan 100 yang terakhir hendaklah dilakukan secara berdiri menghadap qiblat lalu dihadiahkan kepada Rasulullah saw dan mengambil berkat dengan maulidnya...
- Kalau ada jemaah maka lakukan sambutan maulidur rasul saw.
Setiap malam Isnin, Khamis dan Jumaat diadakan zikir khatam.
Adab malam 12 Rabiul awwal:
- Berhimpun muridin yang kasihkan Rasulullah saw selepas solat Isya'
* Adab tarekat
*Khatam khawajakan
*Maulid as Syariff
* Solat Tasbih 4 rakaat
* Solat Syukur 2 rakaat.
* Kemudian menghidupkan malamnya dengan selawat dan salam kpd nabi Muhammad saw, berzikir sehingga terbit fajar (solat Subuh)..
* Disunatkan mandi pada 12 Rabiul Awwal... Pada siangnya sebagai tanda syukur kepada Allah Taala dan hadiah ke hadaratNya, Nabi Muhammad saw menyembelih dua ekor korban sebagai tanda syukur kepada Allah Taala lalu diagihkan kepada faqir miskin...
Ini juga disunatkan pada hari ke 19 Rabiul Awwal hari di mana nabi Muhammad diakikahkan dan diberi nama Muhammad (hari ke tujuh kelahiran baginda saw)
Adab2 ini sehingga hari ke 10 Rabiul Thani...
Wajib kepada para muridin menjaga adab2 ini dan wiridnya dan masa yang sesuai adalah:
- Sejam / dua jam sebelum azan Subuh sehingga waktu syuruq
- Dari Azan Asar ke waktu Maghrib
- Dari Azan Maghrib ke waktu Isyak
Selamat Beramal...
No comments:
Post a Comment