Wednesday, November 25, 2009

Salam Eidul Adha; Eid Mubarak dari Warga TAQ Pahang!!!!



Selamat menghidupkan malam mulia malam arafah dan malam hari raya...moga2 hati senantiasa hidup di waktu kebanyakan manusia MATI HATI....... Salam Iduladha 1430 untuk sahabat seperjuangan semua dari saya sekeluarga dan warga TAQ Pahang!! Selamat berkorban!!! Eid Mubarak!!!!!!

Khutbah Eidul Adha Maulana Sheikh Nazim al Haqqani...semoga bermanfaat!

Assalamu'alaikum...bismillah..meded ya Sayyidi meded ya Syaikh..ya Rijalallah..Destur ya Rasulullah saw



Wahai manusia!!! Islam adalah Haqq, ia adalah agama yang benar kerana jika ianya Bathil, maka tidak akan ada orang disini! 1400 tahun yang lalu, perintah ini diturunkan: Ibadah Haji. Jika kamu tidak dapat menunaikannya (sesiapa yang tidak dapat menunaikan haji), pergilah dan raikannya dengan Solat 'Eid dan lihat, betapa ramai manusia yang menunaikannya. Ramai manusia yang mengatakan "Islam itu mundur, ia berasal dari zaman kejahilan." Ini jelas tidak benar sama sekali. Islam diumpamakan matahari, bersinar bagaikan matahari, sejak hari pertama hingga hari terakhir (Hari Kiamat).


Jagalah iman kamu dan kuatkannya. Dan bagaimana kamu menjadikannya agar lebih kuat? Dengan ibadah dan perbuatan baik. Dan Allah swt akan bertanya, "Bukankah kamu mempunyai 2 minit bagi menunaikan solat 2 rakaat untuk-Ku? Aku telah mengurniakan kepada kamu berbagai nikmat dan kamu tidak memikirkan Aku walaupun dalam masa 24 jam untuk solat 2 rakaat untuk-Ku-sesuatu yang hanya memakan masa 2 minit?!" Pada waktu pagi, cucilah tangan dan wajahmu juga kakimu (berwuduk) dan solatlah 2 rakaat.

Mereka (para murid) datang kepada saya (Syaikh Nazim q.s.) dan mengatakan, "Syaikh Effendi (nama lain bagi Syaikh Nazimq.s.), pekerjaan kami memburuk!" (Syaikh Nazim q.s.) Bertanya kembali, "Bagaimana hubungan kamu dengan Allah swt?" (Mereka menjawab), "Tidak baik." Jika kamu mengkhianati diri kamu dan Allah swt, itu perkara yang teruk, tidak baik!!! Itu bermaksud segala sesuatu akan menjadi buruk. "Syaikh Effendi, tolong doakan kami!" dan Allah swt mengatakan, "Mengapakah Aku harus memberinya? Adakah ia (manusia) mengingati-Ku? Tidak bukan?!! Lalu mengapa Aku harus memberinya? Jika Aku memberinya lebih banyak, ia (manusia) akan lebih banyak kehilangan kepalanya!!!"

Dari yang demikian,Solatlah! Jangan biarkan walau satu hari berlalu tanpa bersujud! Ketika kita Solat sebelum keluar (memulakan rutin harian) di pagi hari, Barakah lebih banyak datang pada hari tersebut. Manusia yang kehabisan rezeki akan meninggal. Tetapi jika kamu hidup, rezeki kamu akan datang dan akan ada malaikat khusus yang membawa Barakah. Malaikat itu akan memerhatikan apakah seseorang itu Solat atau tidak. Jika ia Solat, malaikat tersebut akan memberikannya Barakah. Jika tidak, maka malaikat itu akan mengambilnya kembali. Malaikat itu akan membawa Barakah itu pergi meninggalkannya. Jika kamu tidak mahu pekerjaan kamu merundum, kamu harus mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah swt.

Semoga Allah swt mengurniaan kita taubat yang benar, memohon keampunan dengan cara yang benar. Hari ini adalah hari di mana kamu berkorban dengan mengarah ke kiblat sambil mengucapkan "Bismallahi, Allahu Akbar," dan kemudiannya kamu menyembelih haiwan korban kamu. Setelah itu kamu solat 2 rakaat sebagai tanda syukur kamu. Setelah kamu memutuskan pembuluh darah dan saluran udara haiwan itu, kamu harus segera melepaskannya. Jangan menikam dengan lebih dalam lagi. Kamu mesti membiarkan haiwan itu selama dua ke tiga minit atau lebih, itu adalah haknya untuk bergerak dan sluruh darah akan mengalir keluar.
Jika kamu menyembelih di kawasan yang salah, haiwan itu tidak banyak bergerak sehinggakan seluruh darah tetap berada di dalam badannya dan ini tidak elok bagi manusia.

Kamu berhak mengambil 1/3 darinya dan kemudia bagikan 1/3 lagi kepada fakir miskin. Dengan itu Allah swt akan melindungi kamu, anak-anak kamu dan rumah tangga kamu kesan dari pengorbanan tersebut. Allah swt akan menyingkirkan masalah dari kamu. Jika kamu tidak menunaikan korban pada Hari Raya 'Aidiladha, kesusahan akan datang dan akan menjadikan kamu menghabiskan 10 kali ganda lebih banyak duit dari duit yang sepatutnya kamu gunakan untuk mengorbankan seekor haiwan korban. Allah swt akan menjadikan kamu membayarnya 10 kali ganda lebih banyak. Kemungkinan seseorang akan melanggar kereta kamu, kemalangan berlaku, kamu akan mengeluarkan duit lebih banyak.

Jangan berfikir harta kamu akan berkurang kerana menunaikan korban atau kerana bersedekah. Berikannya, dan jangan membiarkan tangan kamu menggigil ketika memberi. Banyak kesusahan yang akan Allah swt bentengkan dari kamu. Jadi, berikannya dengan ikhlas dan sekarang kita berkumpul disini (Dergah Syaikh Nazim) untuk menunaikan Solat 'Aidiladha. Kita berniat untuk solat. *Apa yang kami katakan dalam khutbah, saya katakan itu disini supaya kita tidak menahan orang terlalu lama, saya memberi khutbah yang singkat.

Semoga Allah swt meninggikan darjat Nabi Suci saw. Wahai Tuhan kami! Jangan biarkan manusia yang berusaha membuat nama Baginda saw.turun (kaum kafir)! Jadikanlah mereka pergi (hapus) dan lidungilah kami dari musuh-musuh Islam dan lindungilah kami wahai Tuhan kami! Juga keluarga kami dan jangan biarkan kami bersama kaum yang jahat! Kumpulkanlah kami dalam kumpulan manuisa yang baik!

Berhati-hatilah mengenai anak kamu, mengenai generasi muda kerana generasi muda ini penting. Jangan biarkan mereka melakukan perbuatan-perbuatan buruk pada masa sekarang. Banyak sekali perkara buruk yang dilakuan manusia sekarang ini-Dadah, Alkohol dan perkara lain, semua kotoran buruk dari barat di bawa masuk kesini. Ketika kamu datang kepada mereka (orang barat) dengan kebiasaan kamu (sebagai orang timur), mereka melihat, "Apa yang kamu bawa kesini?" Apa yang mereka (orang barat) bawa? Hanya hal-hal yang buruk, yang membuat manusia kehilangan jalan baik mereka dan belajar tentang perkara-perkara buruk dan jahat ini! Kita harus berdoa agar Allah swt tidak menempatkan kita dengan orang-orang yang jahat tetapi semoga Dia menulis nama-nama kita di kalangan orang-orang yang baik! Hidup bersih, dan ketika kamu meninggalkan dunia ini, tinggalkanlah dengan bersih!

Salawat...wa minallahi taufiq, wassalam...

*Syaikh Nazim memberikan suhbah ini sebelum solat 'Eid supaya ketika khutbah selepas solat, ia tidak perlu diperpanjangkan lagi supya orang ramai tidak bosan mendengar...

(OLEH: SYAIKH NAZIM AL-HAQQANI Q.S.-29 DIS 2006, CYPRUS)

No comments:

Post a Comment