Thursday, February 24, 2011

Jemputan Ceramah Ringkas / Kuliah Maghrib Perubatan Islam di Chenor


Assalamualaikum semua...

Pada malam ini akan diadakan kuliah Maghrib @ Ceramah perubatan Islam ringkas:

Tempat: Masjid Lama Kampung Jengka BATU 13, Chenor.. (bukan Jengka 13)

Masa: Selepas Maghrib

Penyampai: Us Hayat KISWAH

Tentatif: Solat Maghrib, ceramah ringkas, jamuan ringkas, rawatan untuk mengetahui ada gangguan atau tidak...

Semua muslimin muslimat khususnya di Temerloh, Chenor, Jengka dan Maran dijemput hadir

Jemputan Kepada Semua Pesakit Sekitar Sg Besar Selangor; KLINIK RAWATAN BERGERAK KISWAH!




Jemputan Klinik Rawatan Bergerak KISWAH


Sunday, March 13 · 8:00am - 1:00pm

Pusat Bimbingan al Quran Syatibi Tmn Gemilang, Sg Besar Selangor

* Untuk rawatan gangguan makhluk halus

KLINIK KISWAH

*Tarikh Klinik Rawatan:
13 Mac 2011 ( Ahad ) - Jam 9.00 Pagi

*Daftar:Ustaz Nazri ( 0192360579 )
Ustaz Othman ( 013-5287321 )

* Dgn sedikit bayaran untuk tabung KISWAH

Tuesday, February 22, 2011

Bertuahlah kalian Para Perawat Ahlil Quran.Membaca KALAMNYA yg Tercinta : Hadis2 Kelebihan Al Quran:



Love Al Quran...


Bertuahnya Kalian Wahai Perawat Qurani:

Wahai Mualij Pembaca Al Quran.. Bertuahnya kalian kerana inilah sebaik2 rawatan seumpama yang diberitakan Rasulullah saw...


Membaca kalam Sang Pencipta kerana CINTANYA...



Sebaik2 Ubat Adalah al Quran...
Apabila Kalian Merawat dengan Membaca Kalamnya yang mulia.. Bermaksud Kalian Menyebarkan CINTA ALLAH kepada makhlukNYA...


Sebaik2 Rawatan adalah membaca KALAMNYA "AL QURAN"

Anda adalah Perawat Ahlil Quran........



"Sebarkanlah Cahaya Cinta Kepada Allah Melalui Pembacaan Al Quran" ALLAHU HAQ!! HIDAYAH SELURUH ALAM


Hadis2 Kelebihan Al Quran yang mulia dan Pembacanya:

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
( Riwayat Muslim )


2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya. ( Riwayat Muslim )



3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain. ( Riwayat Bukhari )



4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala. ( Riwayat Bukhari & Muslim )



5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. ( Riwayat Bukhari & Muslim ):



6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. ( Riwayat Muslim )



7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. ( Riwayat Bukhari & Muslim )



8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran. ( Riwayat Bukhari & Muslim )



9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh. ( Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih )



10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.
( Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )



11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya. ( Riwayat Muslim )



12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran. ( Riwayat Muslim )



13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad. ( Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah )



14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya. ( Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan )



15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. ( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Monday, February 21, 2011

Kenangan maulidurasul 1432 KISWAH

Assalamualaikum... Seperti yang diceritakan oleh KamarulAzli:

Alhamdulillah....

kelas taffaquh berlajan dgn lancar dan penuh meriah.... rasanya, setakat ni, ini lah lebih taffaquh yg paling meriah dgn kehadiran ahli jemaah KISWAH yg dalam 34 org.... (kalau x silap laaa)

sy, shahmil and cikgu adip sampai di pusat rawatan dalam pukul 4.15 petang.... time tu, pusat rawatan dah penuh dengan sahabat dari kota tinggi (utz zaki dan jentera) dan geng JURUS dr teluk intan(di ketuai oleh utz nazri, seramai 3 buah kereta turun).....

ptg tu ada beberapa org pesakit yg tgh buat kami..... para ahli kiswah yg lain, turut manjadi pembantu UH dalam merawat pesakit.....

progam malam tu bermula lebih kurang dalam pukul 9.30mlm....

bermula dgn ijazah doa pemusnah sihir..... masya allah, tabbarakallah.... satu doa yg sgt hebat....

diteruskan dengan ijazah bacaan ratib al haddad.... di bacakan oleh UH hayat dan di iringi oleh para jemaah KISWAH...

perbincangan dan rawatan bg penyakit buasir..... banyak info baru yg dapat di ambil oleh para sahabat....

acara kemuncak malam tu adalah bermawlid dan berqasidah beramai ramai.... seronok..... bertapa lunaknya alunan qasidah daru guru kita, Utz hayat di iringin paluan kompang (apa nama alat tu, x ingat....)

of course, penutup acara dgn jamuan ringkas, mee kari....

alhamdulillah, majlis tamat lebih klurang dalam pukul 12.30pagi...






Thursday, February 17, 2011

Qasidah Bagaimana Mungkin Kupuji; Kenangan Sambutan Maulidur Rasul KISWAH 1432



Bagaimana Mungkin Kupuji…..



اللهم صلى وسلم على

سيدنا ومولانا محمد

عدد ما في علم الله صلاة

دائمة بدوام ملك الله



Bagaimana mungkin kupuji

Insan mulia berdarjat tinggi

Yang diberikan oleh Ilahi

Makam yang agung tidak terperi



Kerananya Allah mencipta

Semua makhluk di mayapada

Menjadi raja di alam semesta

Martabat tinggi kepunyaannya



Tiada siapa faham keagungannya

Begitu juga kecantikannya

Akal tak dapat membayangkannya

Segala rahsia hakikat dirinya



Kami datang dengan tiada apa-apa

Kecuali cinta dan taubat ini

Kerana kami kurang memujinya

Ampunkan kami ya Rabbi



Diterjemah oleh: KISWAH 1432 dari qasidah Sh Ali Sayed ; "How Can I Praise"

Cinta Muhamamdku Saw... Tak Kenal Maka Tak Cinta



Kenali Rasullullah
Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
• Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
• Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
• Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
• Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
• Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
• Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
• Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Wednesday, February 16, 2011

KISWAH dijemput ke KKM utk Majlis Taklimat Pusat Rawatan Islam dan alternatif


"Kementerian Kesihatan Malaysia Penyayang, Profesional, Kerja Berpasukan"


Assalamualaikum semua...


Seperti yang ditulis Cikgu Adib dan TA forum:

Pada pagi Isnin yang lalu, Tuan Zailan Ibrahim ketua cawangan KISWAH Klang telah mewakili KISWAH ke Kementerian Kesihatan Malaysia utk majlis taklimat Pusat Rawatan Islam dan Alternatif.

Ini merupakan satu langkah lagi utk kita ke hadapan seterusnya dakwah kita tersebar, insyaallah....

Turut serta perbagai lagi pusat Rawatan tradisional dan akan turut di sertai oleh Jais Jakim dan sebagainya. Antara pusat rawatan yang akan turut serta ialah Darul Syifa dsb...

Banyak akta baru di keluarkan....


Turut hadir ialah Dato Fadhilah Kamsah, Dato Amrin Kasimin.....

Banyak kerja kena buat rawatan islam dan rawatan tradisional Melayu di kategorikan kepada dua benda berbeza.

Dalam pada itu telah di istiharkan pengharaman penggunaan perkataan "BEDAH" Dan juga iklan yang mengelirukan seperti "rawatan darah tinggi, kencing manis, cancer, lumpuh, mati pucuk, frigid (kaku) sakit jantung, .........ada dua puluh penyakit yang di larang iklan dalam papan iklan.

Perkataan "bedah"..bedah batin, Bedah Roh,Bedah suci...........dan semua PERKATAAN BEDAH tidak boleh di gunakan supaya tidak mengelirukan pesakit atau menjadi satu tarikan pada mana mana pusat rawatan.......rasional ini di buat kerana pihak hospital swasta pun tak iklan ada ubat darah tinggi batun karang dan sebagainya..........

Maka semua perkataan yang mengelirukan akan di kaji dari semasa ke semasa.

Ada juga wakil dari pusat rawatan yang mahu berdebat mengenai perkataan bedah ini lalu panel yang di hadiri dari Jakim, kkm, menjawab...


Apa itu bedah?..........Bedah ialah melukakan sesuatu bahagian badan untuk merawat perkara yang di dalamnya. Bedah menggunakan pisau.
Sekiranya seseorang itu menggunakan perkataan bedah tapi tak bedah maka dia telah menipu kerana tak nampak pembedahan itu berlaku.

Saya sempat mencelah mengenai hal ini dan saya menyatakan............sekiranya ada hal bedah batin dalam rawatan islam maka sila kemukakan kitab kitabnya serta dari ulamak mana yang mengatakan ianya boleh dilakukan..........serentak dengan itu saya lihat Dato' Fadilah memandang kebelakang sambil tersenyum hehehehehe..........

Ulasan saya di sambung pula oleh Dato Amran Kasimin...........Katanya bedah batin tak ubah seperti silap mata atau sihir di tepi jalan...........

...bersambung......