Tuesday, December 21, 2010

Pelancaran Web Jualan Handbook Ruqyah!!!!:


http://handbookruqyah.com/

Terkena Gangguan Penyakit Misteri? Berlaku Histeria Di Sekolah Atau Asrama? Tapi Tak Tahu Nak Buat Macam Mana?

Usah risau! Anda akan ditunjukkan CARA BERKESAN dan MEMENUHI TUNTUTAN SYARA' untuk menanganinya. Teruskan bacaan...

Daripada : Ustaz Hayat Annaqshabandi

Tarikh : SELASA 21 DISEMBER 2010

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Kita selalu dipersoalkan dengan berbagai-bagai soalan yang kita sendiri tidak dapat memahami cara untuk menjawabnya.

Dalam konteks disini saya ingin berkongsi mengenai perihal makhluk halus,sihir, saka, santau dan penyakit-penyakit fizikal yang lain.


SEBELUM ITU SILA BACA FAKTA YANG MENAKUTKAN INI TERLEBIH DAHULU:

Ramai diantara masyarakat Islam di Malaysia telah SYIRIK kepada Allah kerana meminta bantuan daripada bomoh atau dukun yang tidak menuruti cara Islam. Mereka bukan hanya tidak sembuh daripada penyakit yang dihadapi, malahan boleh mendatangkan syirik kepada Allah (NAUZUBILLAH)

Ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi mengharapkan tukang-tukang tilik apabila merawat sedangkan perkara itu nyata HARAM. Penyediaan semahaan (pulut kuning, telur, ayam, kambing), penyediaan mayang untuk membuang ancak, menggunakan darah sebagai tulisan wafak, dan banyak lagi.

Ramai dikalangan umat Islam Melayu yang masih lagi menurut kata-kata bomoh yang memerlukan pesakitnya melakukan perbuatan mensyirikkan ALLAH demi untuk penyembuhan. Penggunaan kain berbagai warna tanpa ada sebarang fakta, penggunaan tangkal yang langsung tiada mempunyai apa- apa didalamnya melainkan hembusan-hembusan bomoh.

Ramai lagi umat Islam Melayu yang hanyut dengan penipuan sehingga membelanjakan ribuan ringgit pada perkara khurafat yang akhirnya membinasakan diri mereka sendiri. Disuruh berbogel dan dimandikan oleh yang bukan mahram, rawatan berlaku di tempat gelap, penggunaan lilin sedangkan eletrik ada, penggunaan alatan perasapan bagi tujuan memuja.

KINI PUSAT RAWATAN ISLAM KISWAH TAMPIL UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN INI !!!

Justeru itu kami dari gabungan Pusat Rawatan Islam Kiswah ingin mengambil peluang berkongsi bersama anda dalam usaha memartabatkan seruan Islam iaitu menjadikan Al-Quran sebagai kaedah merawat diri (KAEDAH RAWATAN YANG TERINDAH DAN TERBAIK SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DALAM AL-QURAN DAN AS SUNNAH)

Gunakanlah Al-Quran sebagai PENAWAR (Ikhtiar Penyembuhan). Tiada keraguan dan was-was lagi. Yakinlah dengan menuruti kehendak Islam, segala masalah atau penyakit berkaitan makhluk halus yang lazimnya berlaku dapat diatasi dengan mudah.

Amalkan ayat-ayat amalan para Ulama' yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w untuk penyembuhan (syifa') diri, keluarga, rumah tangga dan masyarakat dari sebarang ganguan makhluk halus secara berkesan.

MEMPERKENALKAN HANDBOOK RUQYAH:

Handbook Ruqyah Syariyyah beserta Khutbah KISWAH yang disusun oleh pengasas dan pengarah urusan KISWAH, Ustaz Hayat an Naqshbandi untuk kegunaan perawat dan pesakit

Sebuah handbook ala-ala buku Yaasin malam Jumaat yang boleh menjadi panduan perawat dan pesakit untuk dibacakan kepada penderita sihir, santau, busung, saka, susuk, kanser, pukau, histeria, pesakit misteri dan sebagainya....Padat dengan:

Senarai ayat-ayat ruqyah syariyyah

Khutbah dan teknik serta skripnya disertakan sekali

Koleksi doa-doa rawatan

Koleksi Selawat-selawat Kesembuhan

Amalan Pendinding Diri

Senarai Syahid ayat dan maksudnya sekali

Ijazah ruqyah ( perlu berjumpa sendiri dengan penyusun - Ustaz Hayat Annaqshabandi)

CARA PENGGUNAAN:

Perawat boleh merujuk handbook ini ketika membacakan ruqyah kepada pesakit. Lengkap dengan contoh khutbah dan doa.

Sesuai untuk semua pesakit sihir, saka, santau, susuk, busung, kanser dan hysteria sebagai amalan penyembuhan diri. Pesakit membaca sendiri handbook ini untuk rawatan diri sendiri setiap hari.

Keluarga pesakit membacakan isi kandungan handbook ini kepada keluarga yang menderita sakit makhluk halus.

Boleh dibacakan guru, ustaz, warden dan diiringi jemaah pelajar ketika berlakunya histeria di sekolah dan asrama. Dibacakan secara berjemaah dengan seorang menjadi kepalanya.

Boleh dijadikan amalan pelajar, guru, pekerja kilang dan sesiapa sahaja di sekolah, kilang, tempat kerja dan di mana sahaja tempat yang terdapat banyak gangguan.

Boleh digunakan sebagai panduan untuk membuat air ruqyah / jampi untuk diminum sendiri atau orang lain.

Boleh digunakan sebagai ruqyah panduan untuk memagar rumah dan tempat kerja dengan dibacakan kepada air dan disembur ke seluruh kawasan rumah / tempat kerja.

KEISTIMEWAANNYA:

Handbook ini disusun khas untuk para perawat yang menggunakan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama rawatan dan para pesakit serta ahli keluarga mereka yang sedang berikhtiar untuk sembuh.

Anda juga boleh mengamalkan bacaan ruqyah ini untuk pelindungan diri dan juga boleh membacakan ruqyah ini kepada ahli keluarga yang mengalami gangguan makhluk halus.

Untuk membantu proses kesembuhan, anda hendaklah perbanyakkan solat hajat, banyakkan sedekah dengan niat membayar kafarah dosa serta niat kesembuhan, bernazar seperti ingin berpuasa sehari sekiranya sembuh dan selalu bertaubat dari dosa.

Sekiranya telah sembuh jangan lupa sujud syukur dan mengadakan kenduri kesyukuran serta menjamu orang miskin dan anak yatim. Yakinlah bahawa ini adalah teknik paling berkesan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. InsyaAllah sembuh.

Saudara yang budiman;

Firman Allah Taala;

Surah Al Isra’ ayat 82:

82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar

dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya.

Dari ayat ini jelas kepada kita bahawa:

1) Pengiktirafan Allah bahawa al Quran adalah sumber penawar.

2) Penawar tersebut berhasil hanya kepada mereka yang bergelar mukminin. Prasyarat bahawa al Quran menjadi ubat kepada mereka adalah ‘yakin dan percaya’ bahawa al Quran mampu menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.

Sabda Nabi saw:

1) “Sebaik-baik ubat adalah al Quran,

2) Ubatilah ia (Saidatina Aisyah ra) dengan kitab Allah.

3) Hendaklah kamu melakukan dua kesembuhan; Madu dan Al Quran.”

HANYA

RM20

RM15

RM10

RM7

(Tidak Termasuk Kos Penghantaran)


Ikhlas,

Ustaz Hayat Annaqsyabandi

Monday, December 20, 2010

Kenangan Seminar 2 di Batu 10 Kuantan

Ini adalah sebahagian gambar kenangan sepanjang seminar di Masjid Batu 10 Kuantan baru2 ini!














Seperti yang ditulis Ir. Kamarul Azli.. KISWAH Kuantan di dalam forum ruqyah syariyyah:

alhamdulillah....
seminar modul 2 di masjid al makmur batu 10, berjalan dengan lancar....
dengan kehadiran uts hanif, abg wan, abg zizan dan org yg sy kasihi Uts Hayat yg sudi bermalam di rumah saya.... seronok saya rasa.... seperti biasa, di malam sebelum seminar, sesi diskusi geng geng kiswah sehingga lewat 3 pagi....

di pagi seminar, bersarapan sedikit dgn roti di rumah saya dan terus ke masjid batu 10.....

seminar bermula pada pukul 8.45 pg.... peserta yg hadir dalam 45org.... alhamdulillah, ramai gak tu.....

sebelah petang lak, kem mualij berjalan lancar dengan 21 peserta yg berazam untuk menjadi perawat.....

seminar tamat dalam pukul 6ptg.... geng kiswah menuju ke kuantan parade utk repair hanset UH, dalam perjalan ke kuantan parade, kereta UH di serang oleh jin minyak... habis minyak da.... tengah jalan..... say pusing semula utk beli minyak.....

perjuangan kami tamat pada hari ni dgn closing makan malam di tanjung lumpur, restoran ana ikan bakar petai....... UH dan geng temerloh meneruskan perjalangan pulang dalam pukul 11malam....

KENANGAN YANG INDAH BERSAMA SAHABAT2 SEPERJUANGAN SEMUA!!!

ALLAHU HAQ!!! HIDAYAH SELURUH ALAM!!!

Terima kasih Tuhan!

Sunday, December 19, 2010

Pelancaran Handbook Ruqyah KISWAH Esok:


Handbook @ buku pertama saya di dalam KISWAH....

Anda boleh dapatkan secara online bermula ESOK:

Akan dilancarkan djualannya secara online pada hari esok.
Description:
Sebuah handbook 'ala buku Yaasin malam Jumaat' yang boleh menjadi panduan perawat dan pesakit untuk dibacakan kepada penderita sihir, santau, busung, saka, susuk, kanser, pukau, histeria, pesakit misteri dsb.... yang disusun oleh Ustaz Hayat an Naqsyabandi, pengasas, pengarah urusan dan perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah.

Padat dengan:

1) Senarai ayat2 ruqyah syariyyah
2) Khutbah dan teknik serta skripnya disertakan sekali
3) Koleksi doa2 rawatan
4) Koleksi Selawat2 Kesembuhan
5) Amalan Pendinding Diri
6) Senarai Syahid ayat dan maksudnya sekali
7) Ijazah ruqyah ( berjumpa sendiri dengan penyusun)

Thursday, December 16, 2010

Jangan Lupa Seminar Kami di Kuantan Sabtu ini!!!!


Masjid al Makmur Batu 10 Kuantan


SEMINAR PERUBATAN ISLAM

TAHAP 2

Oleh:

PUSAT RAWATAN KISWAH RUQYAH SYARIYYAH

Anjuran:

Masjid Al Makmur Batu 10 Kuantan

TARIKH CADANGAN

-18 Disember 2010 ( Sabtu ) : Tahap Dua.

MASA

- 8.00 pagi – 5.00 petang ( Tahap Dua )

TEMPAT

- MASJID BATU 10 KUANTAN

YURAN PENYERTAAAN

RM 50.00 ( TAHAP 2 )

Tahap 2:

Tajuk: Keluarga Bahagia Bebas sihir dan Gangguan Makhluk Halus

Masa/Hari

Ahad ( 14/10/2010 )

7.30 pg - 8.30 pg

Pendaftaran Peserta

8.30 pg - 9.30 pg

Masalah sihir perkahwinan /andartu/ ta’tiluz zawaj & rawatan

9.30 pg - 10.00 pg

Masalah mandul/ sihir jerut zakar/ tiada anak & rawatan

10.00pg-10.30pg

Masalah anak nakal/ penerang hati/ pelembut hati & rawatan

10.30 pg - 11.00 pg

Rehat / Minum Pagi

11.00 pg -11.30 pg

Masalah anak lari/ suami lari/ isteri lari & rawatan

11.30 pg -11.50 pg

Masalah sihir penceraian/ sihir pergaduhan/ pendamai rumahtangga & rawatan

11.50 pg - 12.00 tgh

Amalan Pendinding

12.00tgh- 12.30tgh

Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam secara ringkas

12.30 tgh - 2.00 ptg

Rehat/Makan Tgh / Solat Zohor

2.00 ptg - 4.30 ptg

Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan pembacaan ruqyah syariyyah & Pengijazahan ruqyah syariyyah, hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah

4.30 ptg - 5.00 ptg

Solat Asar, Wada’ dan Sesi fotografi ukhuwwah

Terhad kepada peserta terawal sahaja !



Pendaftaran & Maklumat lanjut sila hubungi:

Ustaz Khairul: Imam Masjid Batu 10: 019 9040191

Tuesday, December 14, 2010

Blessing From Shaykh Hisham Kabbani (qs)

Sokongan Dari Sheikh Hisham Kabbani:

Tuan Admin, Saudara Zailan menulis:

Assalamualaikum,

Semasa Ziarah dari Syeikh Hisham Kabbani ke Malaysia saya berkesempatan pergi. Ada banyak juga gambar yang di ambil. Sewaktu itu Ustaz Hayat, U.Hasan, U.Hanif .........semua mengikutinya.


Sewaktu bersalaman dgn Syeikh Hisham saya terus melontarkan perkara ini

Saya : Assalamualaikum Syeikh, please blessed me and give madad to me as I and my friends are doing the Ruqyah for healling the muslims in this country. We are small yet we need all the support exspecially from you.

SYEIKH BERKATA :

AMIN , SUCCESS FOR YOU AND YOUR FRIENDS MADAD ..........(Tak dengar lagi apa dia kata sebab suasana bising)

Sambil menepuk kepala saya (saya buka kopiah masa tu) sebanyak tiga kali.........

keluar saja dari rumah itu saya senyum sampai telinga ............

Saya kata:

Saya pun berjumpa sheikh dengan kata2 yang hampir sama....

"Syakh i'm perfoming ruqyah for sick people here in Malaysia, please make doa for us Shaykh."

dan shekih hisham mengangguk merestuinya sambil memegang kepala saya dan berdoa.............



“Jadikanlah dirimu beserta dengan Allah. Apabila engkau tidak mampu, jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang beserta dengan Allah. Bila engkau tidak mampu juga, maka jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang dekat dengan Allah SWT. Dia akan menghantarkan dirimu sampai ke hadrat Allah SWT”

(H.R. Abu Dawud)
We Love U Ya Shaykhana.....

Sunday, December 12, 2010

Cara Membuat Laban / Yogurt / Susu Masam / Tairu


Sheikh kami di Syria, Sheikh Anuar bekata: "al Labanu Afiah lil badani" Yogurt baik untuk kesihatan!

Assalamualaikum semua...

Ada yang bertanya tentang resepi yogurt kepada saya... Sebab saya bangkitkan dalam seminar baru2 ni bahawa sheikh2 di Syria menggalakkan pemakanan yogurt untuk 'supplement' tubuh badan dan baik untuk kesihatan ibu mengandung dan anak dalam kandungan... Baik juga untuk pesakit insomnia yang membantu proses untuk tidur yang lena selain minum susu....

Pesakit tak boleh tidur malam eloklah:

1) Jangan minum kopi dan teh langsung
2) Jangan tidur siang
3) Pakai minyak wangi di pakaian dan 32 point di tubuh badan
4) Minum yogurt dan susu selepas Maghrib dan Isyak BANYAK2!
5) Amalkan ayat 10 dan 11 Surah al Kahfi selepas Solat Isyak.
6) Selepas Isyak BERNIAT untuk terus tidur.
7) Jangan biasakan tabiat tengok cd / TV / main internet /FB / borak kosong lepas isyak sampai pagi,,

Apapun:

Isteri saya menyampuk: Ini resepinya:

Bahan-bahan:
1) 1 kotak susu segar dutchlady . marigold (marigold lebih sedap dan pekat)
2)2 bekas yogurt apa-apa perisa pun takpe janji yogurt yang harganya seringgit lebih tu...ini untuk mendapat sanad kuman yogurt...takde ni tak jadi yogurt....

Cara membuatnya:

1)Masak susu segar di dalam periuk sehingga pekat sedikit dan ada lapisan atas.

2)Masukkan kedalam bekas sederhana tinggi (jangan tinggi sangat macam jug air tu.

3)Sejukkan susu sehingga suam-suam kuku.

4)Masukkan dua bekas yogurt tersebut semasa susu masih suam-suam kuku dan kacau sehingga sebati.

5)Tutup bekas tersebut dengan kain tuala seperti tuala good morning.

6)Ikat dengan getah penutup tuala tersebut. Jangan sesekali tutup dengan penutup tupperware.

7)Peram susu tersebut dengan suhu bilik selama 8 jam.

8)Setelah 8 jam, buka tuala dan tutup tupperware dengan penutup hakikinya.

9)Masukkan di dalam peti di tempat biasa..Bukan frozen.

10)Setelah sejuk.....Nah....sedia untuk di makan....sedap dimakan begitu sahaja atau dicampur perisa mengikut hawa nafsu anda.....

Selamat mencuba....mudah bukan.....rasanya inila resepi yang paling mudah sekali.. tak gitu...di negeri arab yogurtnya lebih sedap dan masam tapi best...

"AL LABAN A'FIATU LIL BADAN"

YOGURT MENJAMIN KESIHATAN TUBUH BADAN......

p/s: saya sungguh teruja dengan resepi isteri saya....walaupun rasanya tidak tulen seperti yang asal punya tapi bolehla nak lepas rindu pada LABAN....badan jadi fresh dan best....senang nak buang air....dan macam2 kelebihan lagi.....tak percaya.....cubalah hari ini juga!!!!