Wednesday, August 18, 2010

Contoh sijil upah haji


Ini adalah contoh upah haji yang pihak pengurusan di Makkah al Mukarramah hadiahkan setelah selesai haji badal dikerjakan...
Hadiah dari tanah suci akan menyusul.

Hukum haji badal / upah haji

Assalamualaikum semua... Di bulan Ramadhan yang barakah ini ramai yang menghubungi saya untuk upah haji... Alhamdulillah saya dan ayah saya diberi peluang oleh Allah untuk menguruskan upah haji yang dilakukan saban tahun dan ayah saya mempunyai pengalaman 11 tahun menguruskan upah haji...

Khas Bagi Yang Uzur atau Telah Meninggal Dunia


PENGENALAN:

Hukumnya WAJIB bagi waris yang MAMPU!!!
Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya.


DALIL:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata, "Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?" Rasulullah saw. menjawab, "Boleh." Ini pendapat Imam Syafi'i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, "Tidak wajib."


Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh:

Maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.
Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mati. Ini pendapat ulama Syafi'i dan Hambali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, "Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan."


Syarat orang yang mengerjakan haji badal:

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak.



Dalil:

Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, "Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah." Rasulullah saw. bertanya, "Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?" Ia menjawab, "Belum." Beliau bersabda, "Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah."
Jadi apa tunggu lagi wahai para muslimin. Tunaikanlah niabah haji untuk bonda, ayahanda, datuk nenek, moyang dan sesiapa sahaja yang masih tidak mengerjakan haji sama ada kerana uzur atau yang telah kembali ke rahmatullah...

Allahu Haq!! Hidayah Seluruh Alam..

Tuesday, August 17, 2010

KISWAH di Majalah MIDI Ogos 2010



Alhamdulillah berkat guru kami yang mulia Tuanku Sheikh Raja Ashman; KISWAH diberi peluang oleh Allah Taala untuk menyebarkan ilmu perubatan Islam untuk tatapan warga Malaysia... Semoga ikrar kami kepada Tuanku Sheikh Raja untuk memerangi perbomohan yang padat dengan kesyirikan dan pihak yang mendakwa pengamal perubatan Islam tetapi tercemar dengan ilmu perbomohan tanpa mereka sedari diberi kekuatan oleh Allah Taala berkat guru kami Maulana Sheikh Nazim al Haqqani..

Berilah kekuatan kepada kami ya Allah...
Bersihkan kami dari fitnah...
Janganlah dakwah kami disalahertikan oleh mad'u kami...
Berilah hidayah kepada mereka Ya Allah... Kasihanilah mereka dengan rahmat dan hidayahMu...


Thursday, August 12, 2010

KISWAH di Sinar Harian Edisi Rehal: Nasional 13 Ogos 2010...





Hari ni KISWAH masuk akhbar membincangkan berkenaan sihir tafriq.. Sila dapatkan Sinar Harian... Keluaran untuk keluaran seluruh Malaysia.... ALhamdulillah.. semoga dakwah tersebar di seluruh dunia... Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!


Seminar (1 dan 2) dan Kem Mualij Ulu Tiram 30 &31 Okt

Seminar Modul 1 dan 2 serta Kem Mualij KISWAH untuk mualij takhasus daerah Kota Tinggi akan berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2010 di Tiram Indah Village, Ulutiram Johor.

Tiram Indah Village

Suasana tempat program...Kita akan bermalam di sini untuk sesi 'modul malam hari'.(hanya untuk yang terpilih sahaja)

Terdapat kolam di sini.. boleh pancing kot???


Assalamualaikum semua...
Seminar Rawatan Islam Ruqyah Syariyyah

anjuran Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 JOHOR
bersama
PUSAT RAWATAN ISLAM RUKYAH SYARIYYAH
30-31 oktober 2010
Tiram Indah Village, Ulutiram Johor

(1) modul 1 (MENANGANI GANGGUAN MAKHLUK HALUS)
bayaran rm 80 (sabtu 30 oktober)

(2) modul 2 (KELUARGA BAHAGIA-BEBAS SIHIR,JIN)
bayaran rm 60 (ahad 31 oktober)

*termasuk makan minum dan sijil
*bayaran pendahuluan 50 % (utk memudahkan pengurusan)
*sekiranya memerlukan penginapan,maklumkan segera penganjur
*TEMPAT TERHAD
*peserta yang ingin membuat rawatan maklumkan segera...

hubungi cikgu Kamal 0127259255
ust mohd zaki 0177600775
PENCERAMAH UST HAYAT-pengasas pusat rawatan KISWAH
www.rawatanislam2u.com

...moga Allah merahmati usaha kita dan sebarkan pada saudara2 kita,,jauhi perkara syirik dan berbomoh................

Tuesday, August 10, 2010

Madu Tualang Yang Asli - telah diruqyah





WAJIB KLIK UNTUK BESAR

MADU TUALANG ASLI Syair Timur (mendapat pengiktirafan Makmal UM; Prof Kamaruddin)
Madu tualang yang benar2 asli sebenarnya mempunyai khasiat 5 kali ganda dari madu lebah ternak. Dihasilkan oleh lebah sialang yang menghasilkan madu GRED A. Agak cair, masam dan menyengat serta berbau pati bunga. Apabila dibakar di atas sudu maka akan menghasilkan belon yang besar dan bukan kecil2. “Menurut kajian, madu yang berwarna gelap dan kehitaman adalah lebih baik kandungan mineralnya”. – Universiti Wisconsin
Sabda Nabi saw:

"Hendaklah kamu semua melakukan dua kesembuhan. Iaitu dengan menggunakan: 1) Madu 2) Al Quran"




Madu Tualang yang terhasil dari lebah sialang di pohon tualang... 5 kali ganda lebih berkhasiat dari madu ternak.







AWAS: MADU TIRUAN:
Kebiasaannya berharga murah dan agak pekat kerana sudah dimasukkan bahan pemekat dan akan merosakkan anggota dalaman seperti buah pingganh, hati dan jantung. Ada juga mencampurkan gula perang, kurma dan polistrin serta bahan hidrokarbon! Asalnya ingin khasiat tetapi dapat mudarat!!! Berleluasa di mana2.




Khasiatnya:

1) Baik untuk masalah pencernaan dan gas dalam perut

2) Baik untuk masalah penghadaman dan penyahtinjaan

3) Masalah kelesuan: Untuk kesegaran badan

4) Baik untuk kesihatan kulit.

5) Menambahkan tenaga badan.

6) Membuakkan gejolak kesuburan suami isteri

7) Baik untuk rawatan sihir dan gangguan makhluk halus









CARA KEGUNAAN:

Campurkan sesudu teh madu dengan segelas air suam dan diminum sejam sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.



Keterangan ringkas penggunaan madu:
Batuk: madu + limau nipis (diperah)



Menguatkan minda: madu + kismis



Menguatkan tulang: madu + susu segar



Menyembuhkan luka dan melecur: Sapukan pada luka



Lelah dan sesak nafas (sufi healing sheikh nazim): madu + lobak putih (diparut dan dicampur)



Pembersih muka: Putih telur + limau nipis (diperah) + madu



Pelembab muka: kobis + madu



Melangsingkan badan: madu + pati kunyit (minum seminggu sekali)



Tenaga batin: 1 sudu madu + kuning telur



Wanita mengandung: 1 sudu teh madu dua kali sehari....
Sakit mata dan katarak: Sapu di kelopak mata bawah 2 kali sehari… Bangun tidur dan sebelum tidur



Sila dapatkan di: SINI



Ramadhan Kareem.... Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan!!!


Ucapan yang biasa diucapkan ketika menyambut Ramadhan:
Ramadhan Kareem...
Jawapan: WALLAHU Akram!

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Firman Allah:

"Bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diturunkan di dalamnya Al Quran yang merupakan petunjuk bagi manusia..." 185 Surah al Baqarah.

Telah bersabda Nabi Muhammad saw: "Telah datang kepada kamu semua bulan Ramadhan yang penuh barakah, yang difardhukan kepada kamu puasa. Dibukakan pada bulan ini pintu2 langit dan ditutup pintu2 neraka."

Berkata Sheikh Adnan di dalam Futuhat Haqqaniah:

Ramadhan ada lima huruf:

Ra': RidwanuLLAH : Keredhaan Allah

Mim: Maghfiratullah lil asin: Keampunan Allah kepada pembuat maksiat

Dhad: DamanuLLAH lil taoin: Jaminan Allah kepada orang yang taat

Alif: UlfatuLLAH lil mutawakkilin: Kejinakan (kelembutan Allah kepada orang yang bertawakkal)

Nun: NawaaluLLAH lis sodoqin: Penerimaan Allah kepada orang yang benar

Pesta ibadah pun bermula... selamat menyambut Ramadhan!!!

p/s: Pusat rawatan tidak dibuka dalam bulan Ramadhan...Saya merawat semula selepas raya nanti. Begitu juga online store..... Kemungkinan produk dihantar lambat sebab saya akan menghabiskan Ramadhan di kampung isteri sambil menumpukan kepada ibadat , penulisan kertas kerja dan buku.......