Monday, July 19, 2010

gambar2 kenangan seminar kota tinggi

Foto Seminar di Kota Tinggi Johor:




Peserta dari Seluruh Johor hadir termasuklah dari Singapura seramai 130 orang


Para peserta sedang mendaftar. Pengurusan program yang sistematik oleh ABIM, Silat Keris Lok 9 dan Masjid al A'laa


Peserta muslimat yang khusyuk mendengar pengisian.... Majlis ilmu adalah taman dari taman2 syurga...


Peserta muslimin dari pelbagai latar belakang... terima kasih kerana datang.. Sama2 kita berkongsi ilmu...



Simulasi perubatan Islam beramai2; memasyarakatkan perubatan Islam... bertujuan memperkenal dan mempromosikan kaedah rawatan al Quran... ( Dalam modul ini; ada pesakit yang mengamuk, menangis dan sebagainya..semoga lekas sembuh......)

Semoga berjumpa lagi dalam modul 2 selepas raya nanti....!!! Jumpa di sana!!!




Kenangan Indah di Seminar Kota Tinggi ep 3:


Seramai 130 peserta hadir.. alhamdulillah, terdiri dari ramai ahli ABIM, peserta silat (termasuklah pesilat batin yang ramai menyerah diri untuk berubat) dan para muslimin dan muslimat yang dahagakan ilmu perubatan Islam yang indah dan mudah...


Peserta mencura baik air yang datang kedatangan mereka umpama Rahmat ALLAH yang mengiringi kami ALLAH balas kepenatan kami dgn ramainya peserta kursus yang sememangnya mahu mencungkil dan mengetahu mengenai rawatan Islam..........syukur pada ALLAH SWT yang memberi segala kekuatan pada kami untuk mengharungi seminar ini. Kelihatan terus hilang tanpa tidur dalam perjalanan Ustaz Hayat pulak dengan powerrrrrrrrrrrrrrrrr rooooooooooooooooooooooooooot hehehehe........

Yang datang kebanyakkannya dari kumpulan Abim, pesilat pesilat,,,,,,,,,,,dan kaum wanita yang mahu tahu mengenai rawatan islam dari segala ceruk. Malah ada yang dari Klang turut serta (bukan saya) orang singapura juga hadir........suasana di dewan solat masjid tidak boleh di nafikan amat amat sesuai untuk majlis sebegini.......

*seperti yang diceritakan oleh Admin forum ruqyah syariyyah*

Kenangan Indah di Seminar Kota Tinggi ep 2:


Saya menunjukkan cara rawatan kepada wanita sekiranya terbaring; hendaklah ditutup dengan kain selimut yang tebal...

selesai saja sesi itu kami memberikan cendermata pada Puan Hasliza dan pembantu beliau dan saya pula bergerak ke shah Alam kembali untuk mengambil MOTORSIKAL BARU PUSAT RAWATAN biggrin.gif .......(ini kisah lain nanti kalau minat saya cerita)

Selesai semua perkara pada jam 8.00 Kami pun bergerak ke KOTA TINGGI.......Saya, Ustaz Hayat.....dan Abg Kassim bertiga saya di beri penghormatan sebagai DRIVER NOMBOR SATU HEHEHE.......

Perjalanan ke kota tinggi yang di iringi hujan lebat sepanjang perjalanan menyebabkan kami bergerak perlahan sepanjang perjalanan. Dan setelah jam berdetik 12.30 maka Abg Kassim pula menjadi pilot sementara saya pula memulakan engine kedua........tidur dengan sound speaker (keletihan amat sangat)

Setibanya di kota tinggi lebih kurang jam 2.30 pagi kami pula sesat dan panggilan telephone dari Ustaz Zaki pula tidak henti henti bertanyakan keselamatan kami .........sayang juga dia biggrin.gif ........

Sampai di rumah Ustaz Zaki kami di jamu pula dengan makan perghhhhhh sodappppppp wei......sampai bertambah tambah mee hoon goreng ala kampung dan juga bubur kacang durian (jam telah menunjukkan pukul 5.00 pagi.........biggrin.gif nampaknya tak tidur lah kami untuk seminar kali ini.............

Berbagai peristiwa berlaku dari mula perjalanan sehingga selesainya seminar ini............

pada jam 6.15 pagi di rumah Ustaz Zaki.....sedang Ustaz Hayat, abg Kassim menghabiskan zikir waktu subuh.......tiba tiba lampu semua terpadam.....dan sejurus selepas itu kami mendapat berita mengatakan masjid yang bakal di adakan seminar juga tiada letrik..............Dugaan ALLAH......

sesampainya di masjid letrik masih tiada dan pihak pengurusan mula mencari generator bagi menampung eletrik.....tetapi dgn izin ALLAH sampai sahaja generator terus gilang gemilang letrik kembali........ALHAMDULILLAH

Kenangan Indah di Seminar Kota Tinggi ep 1:


Tema yang baik; Satu Keluarga Satu Perawat!!!


Seperti yang diceritakan oleh Root Admin Forum Ruqyah Syariyyah:

Assalamualaikum,

Sedikit kisah di Kota Tinggi.......

Perjalan Ustaz Hayat bermula di Pahang ke Kelang untuk menghadiri satu sesi temuramah dgn Majalah MIDI (karangkraft) Alhamdulillah tepat sebelum Solat Jumaat saya terima SMS mengatakan Ustaz Hayat telah tiba di Masjid Sultan di Kampung Jawa (berhadapan dengan KISAS) Saya waktu itu berada di Masjid Subang Jaya.

Selesai Solat saya pun balik ke Klang ( pusat Rawatan ) Dan menerima panggilan dari Wartawan Puan Hasliza dan pembantunya seorang juru kamera...... mereka telah tiba di Caltex Berhampiran pusat rawatan.

Sampai di Pusat Rawatan terpampang satu kereta 4 wheel drive yang di pandu oleh Ustaz Hayat terpandang saja kereta dan Ustaz Hayat lega rasa hati dan bila terpandang wajah Abg Kassimmmmmmm wahhhhhh bertambah ceria hati saya.........Alhamdulillah......

Alhamdulillah sejurus selepas itu tibalah Wartawan ke pusat rawatan dan kami semua naik ke atas untuk sesi Temu ramah.......eh eh lupa nak kasi tahu.......Puteri dan Putera pun hadir best ni.......

Sedang kami semua di temuramah terpancar wajah yang tercenggang oleh wartawan itu atas kenyataan kenyataan yang kami buat mengenai rawatan islam dan baru lah dia sedar yang terlalu banyak penipuan berlaku dalam rawatan islam oleh ramai yang mengaku Ustaz......tapi kita nantikan dalam majalah MIDI nanti.......ehhhhhhhhh kejap.......kejap.......tiba tiba.........Tuan Hikmah Urut pun masuk ALHAMDULILLAH dia pun datang bantu kami dalam sesi ini......

Sesi demonstrasi dimana Puteri di Ruqyah oleh Tuan Ustaz Hayat sendiri.....dan wartawan itu memerhatikan dan mencatat perjalanan demonstrasi itu.....Alhamdulillah..........

Sunday, July 18, 2010

Hari yg Sangat Menyedihkan Saya; Al Fatihah kepada Zahari Rami (SB)



Al Fatihah kepada anak murid yang paling saya sayangi; Allahyarham Zahari Ramli (Abang SB) yang pulang ke rahmatuLLAH Maghrib Semalam di HKL .. AL FATIHAH
Assalalamualaikum semua..

Saya baru beberapa minit sampai di Temerloh... pulang dari seminar Kota Tinggi yang disertai 130 orang peserta.... Dalam perjalanan pulang saya dikejutkan dengan kematian salah seorang murid kesayangan saya Abang Zahari Rameli atau panggilan mesranya Abang SB yang telah menjadi anak murid saya sejak hampir dua tahun yang lalu.. Pegawai polis yang sangat amanah ini tidak pernah ponteng kelas tiap2 minggu selama 2 tahun kecuali atas sebab yang tidak dielakkan..

Beliau pulang ke rahmatuLLAH setelah bertarung nyawa hampir 3 hari kerana penyakit ketumbuhan dalam otak dan pendarahan otak yang dirahsiakan kepada kami selama ini...

Segala kenangan manis bersama A Zahri semasa kelas, seminar, rawatan, pagar sekolah, sembang2 dan detik2 ketika Ramadhan dan Idulfitri tahun lalu tetap tidak akan saya lupakan.. Sudahlah anak murid core yang masih aktif bersama saya boleh dibilang dengan jari, kini seorang pula dipanggil Ilahi... semuanya qada' dan qadar Allah, jodoh dan maut di tangan Tuhan..

Apabila mengenangkan anak2nya yang masih kecil dan isterinya yang menderita gangguan, sebak rasa di hati....

Semoga Allah merahmati rohnya dan meletakkannya di dalam golongan orang yang soleh...
AL FATIHAH

p/s : Solat Jenazah akan diadakan di Masjid Pangsenam Temerloh, bersebelahan rumah saya pada pagi esok.... Semua kita ramai2kan jemaah kita.....



AL FATIHAH!!!!

Friday, July 16, 2010

Merawat Pesakit yang Tak Insaf


Saya nak sihat tapi tak mau solat tak mau baca al Quran....

Assalamualaikum semua... Saya ni tengah on da way ke Kota Tinggi sebab esok ada seminar di sana. Saya masih di pusat rawatan Islam Klang sementara menunggu Abang Zailan bersiap. Saya ke sini atas urusan temuramah dengan sebuah majalah tempatan. Insya Allah, nantikan keluarannya nanti...

Sambil2 menunggu, saya ingin mencoretkan kisah pesakit2 saya yang tidak insaf walaupun telah sakit. Ada pesakit saya yang datang ke pusat rawatan langsung tidak solat sehingga habis waktu... saya ajak menunaikan solat pun susah.. Datang sebelum asar... balik Maghrib, langsung tak solat... Malah keluarga pesakit juga tidak solat walaupun saya dah ajak berjemaah...

"Ustaz solat dululah.." kata mereka....

Ada juga pesakit datang tidak memakai tudung, sedangkan saya mensyaratkan pesakit yang datang supaya memakai tudung.. Yang peliknya apabila saya suruh pakai tudung kalau nak dirawat, kakaknya pula yang tanggal tudung dan memakaikannya dengan tudung.. akak pulak tanggal tudung.. pelik pelik....

Ada yang baru saya nak nasihatkan pesakit untuk jaga solat dan amal ibadat, tak sempat-sempat nak balik......

Kekadang ada yang datang dengan sombong dan mulutnya asyik nak mengena kita. Kekadang saya terfikir lebih senang handle jin dari handle pesakit.......

Kekadang saya rasa, patutlah kamu sakit.....

Allahu Haq !!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Wednesday, July 14, 2010

Jangan lupa seminar di Kota Tinggi Sabtu ni ye!!!


Seminar akan berlangsung di Masjid Al A'laa Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor.. Semoga dakwah akan terus tersebar ke seluruh alam...

Assalamualaikum anda semua....

Jangan lupa buat anda yang telah mendaftar untuk seminar di Kota Tinggi Johor untuk hadir pada seminar ini nanti.

Insya Allah saya akan bertolak ke Klang dahulu pada pagi Jumaat kerana urusan tertentu dan akan bertolak ke Kota Tinggi pada petangnya. Saya mungkin akan sampai pada malam Sabtu nanti...

Setakat ini dimaklumkan bahawa peserta yang mendaftar sudah menjangkau angka 80 orang dan dijangka meningkat sehingga 100 orang. Jadi kalau dah mendaftar, sila datang ye....!!!

JUMPA DI SANA ORANG JOHOR!!!

Berikut adalah pendetailannya:


Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah dengan kerjasama Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 Cawangan Johor serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Menganjurkan:

Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran (MODUL SATU)

Tarikh: 17hb Julai 2010 bersamaan hari Sabtu

Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Masjid Jamek Al A'laa, Bandar Mas, 81930 Kota Tinggi, Johor

Penyertaan: Terbuka kepada 30 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 60 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat

Anjuran: Persatuan Silat Melayu Keris Lok 9 (Cawangan Johor) dan ABIM Kota Tinggi serta Masjid Jamek Al A'laa.

Tentatif program:
8.00: Pendaftaran peserta

9.00: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: Perawat KISWAH

10.30: Rehat - Minum pagi

11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.

12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur

2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: Perawat KISWAH

3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah

4.30: Solat Asar

5.15: Sesi perubatan khusus oleh perawat KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

(Mohd Zaki bin Wahir; Maybank: 101076017231)


…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!

Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ustaz Mohd Zaki bin Wahir (017 7600775)

Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.