Wednesday, May 19, 2010

Rawatan Sihir; jin dah lali mendengar al Quran???



Salam Ustaz,



Boleh tak ustaz Bantu terangkan pada kami ni mengenai....pendapat yang mengatakan bahawa Jin dan syaitan ataupun penyakit yang menjadi LALI pada AL-Quran.....pendapat ini berlegar sepanjang masa. Saya nak tahu dan fahamkan dari sudut rawatan mengenai perkara ini. Adakah jin atau syaitan boleh menjadi lali pada al-Quran? Atau adakah ayat ayat al-Quran itu boleh menjadi lemah dan tidak berkesan pada Jin dan syaitan sehingga terpaksa menggunakan kaedah rawatan yang lain?....





QUOTE:

kalu tak silap ambo...Tuan Guru… pun ada bagitau pasal ni....masa ambo ikuti kuliahnya dulu.....





QUOTE

TG menegaskan bahawa kombinasi ayat itu penting dalam menghadapi gangguan makhluk halus ini yang lali ni.......lain Jin...lain Dose dia.....tak sama







kena berbalik kepada firman Allah surah al Isra' ayat 82; bahawa Allah menurunkan Al Quran sebagai ubat dan rahmat kepada orang2 yang BENAR2 BERIMAN.

dan sabda nabi saw; sebaik2 ubat itu adalah al Quran...



syaratnya adalah; perawat khususnya hendaklah beriman dengan sbenar2nya bahawa al Quran boleh menjadi ubat...



2) Persoalan lali itu istilahnya saja... jgn silap faham bahawa al Quran tidak memberi bekas kepada jin.. sedangkan al Quran di turun pada gunung batu pun hancur nikan pula pada hati jin.. macam manusia yang keras hati, dah ceramah macam2 dan bagi dalil macam2 tapi tetap tak mau solat.. ibarat mencurah air ke daun keladi….. adakah kita hendak berhenti berdakwah.. teruskan nasihat dan dakwah serta selitkan dengan dalil2… semoga hati kerasnya akan menjadi lembut…





3) cuma pada hemat patik kata 2 TG tersebut adalah; jangan baca mentah2 saja dan kosong.. jin pun lali... sebab tu kena ada khutbah........ nasihat dan ceramah jin tersebut bertalu2 .. “seksalah” jin tersebut dengan nasihat melalui ayat2 al Quran secara bertalu2.. lama kelamaan ia akan menerima kebenaran dengan izin Allah.



4) Ruqyah adalah dakwah kepada jin.. bacaan al Quran adalah dalil dakwah kita kepada jin.. sebab tu kena mahir nak tengok apa jenis gangguan jin tersebut... barulah tahu nak tekan ayat apa nak bagi serasi dan kena pada sebab kemasukannya...



5) COntohnya;



Kalau masalah masuk kerana terlanggar barang jin dalam hutan.. tekankan amanarrasul



Kalau masuk sebab jin missionaries ... tekannya syahidaALLAH



Kalau masuk sebab jin asyik tekankan ayat ar rum ayat 21



Kalau sebab sihir tekankan ayat ibtalus sihir



Kalau sebab khadam tekankan surah al jin



Kalau sebab saja suka2 kacau .. tekankan ayat ..inna rabbakumuLLAH.....



dsb...



kena pandai main dan guna ayat tersebut... dan perayat sikit dalam khutbah...



saya tak pandai .. cuma kongsi pengalaman saje...



Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam...

Tuesday, May 18, 2010

Rawatan Islam: Bacaan Ruqyah dengan Pembesar Suara



Terima kasih semua! Kelihatan set speaker plus build in amplifier dan wireless microfon yang dibeli melalui wang sumbangan anda untuk Pusat Rawatan KISWAH kami. Segala bantuan anda diucapkan ribuan terima kasih. Selagi mana kami menggunakan peralatan ini selagi itulah anda mendapat saham pahalanya... BarakALLAHU fikum!!!

Perubatan Islam dengan menggunakan speaker.

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, kaedah ruqyah syariyyah memerlukan suara yang kuat untuk didengari pesakit. Sebab itulah sesetengah raqi di Insonesia menggunakan cerobong yang dipekupkan di telinga pesakit untuk mendapatkan impak bacaan yang kuat di telinga pesakit. Teknik bacaan kuat ini memang termaktub di dalam kitab perubatan yang muktabar.

Antara sebabnya bacaan kuat ini adalah:

1) Mengelakkan dari fitnah. Ini kerana bacaan yang perlahan dan kumat kamit mendatangkan persoalan kepada pesakit dan keluarga; apakah bacaan yang dibacakannya; sama ada al Quran, serapah atau mentera.

2) Bacaan tartil ataupun hadar dengan tajwid yang baik mampu menginsafkan pendengar. Pendengar yang mendengar bacaan tersebut mendapat pahala tidak kira di kalangan jin atau manusia.

3) Syiar di dalam agama. Perubatan Islam mementingkan syiar dan kekuatan bacaan al Quran dan azan sebenarnya adalah lambang kemegahan umat Islam.

4) Nabi saw suka kepada orang yang melagukan al Quran. Hendak melagukan al Quran mestilah dengan bacaan yang kedengaran atau kuat.

"Laisa minna man lam yataghanna bil Quran' - "Bukanlah di kalangan kami mereka yang tidak melagukan al Quran" - al hadith

5) Bacaan al Quran dan azan sebagai ruqyah adalah;
- Jin Islam; sebagai nasihat, pujukan dan saranan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam.
- Jin Kafir; seruan kepada Islam, templakan, ancaman dan gertakan supaya insaf dan memeluk Islam.

Bagaimana ini boleh disampaikan sekiranya dibaca secara perlahan dan tidak didengari mereka!!!

...dan ruqyah dengan speaker amat mujarab lebih2 lagi sekiranya pesakit ramai.
Saya secara peribadi memang lebih menyukai proses rawatan dan bacaan ruqyah dengan menggunakan pembesar suara.. Menurut pengalaman saya, rawatan dengan suara yang kuat khususnya dengan speakar memudahkan jin untuk keluar dari badan si penderita...

Sekian dimaklumkan..

p/s: Terima kasih kepada yang menderma... Siapa yang ingin menderma; akaun kami masih terbuka!

Monday, May 17, 2010

Obses Kepada Jin Mengundang Penyakit

Sh Adnan Kabbani pernah berkata: Saya boleh saja baca al Quran (ruqyah) kepada pesakit dan jin mungkin keluar, tapi disebabkan kamu obses kpd makhluk itu, akhirnya memberi kekuatan kepadanya untuk masuk balik selepas dua minit saya baca.. kepercayaan kamu kepadanya membuka pintu dan kekuatan kepadanya... (jgn obses jin!)

jangan terlampau takut, percaya kpd jin2 tersebut.. kepercayaan kamu menjadi vitamin dan baja utk ia terus subur di dalam tubuhmu!!!

Ye la, ramai orang yang terlampau obses dgn makhluk halus, sikit2 jin, sikit2jin,sakit perut sbb tak makan dikatakan angkara jin, lelah dikatakan jin cekik dsb... akidah yg terlampau percaya kpd jin & terikat dgn jin mengundang jin datang menganggu kita.....

Petikan dari post2 di dalam facebook.

Sunday, May 16, 2010

Seminar yang bakal diadakan oleh KISWAH secara bersiri...

Siri Seminar KISWAH Terapi Ruqyah Syariyyah

Seminar Satu

Menyingkap Rahsia Jin dan Asas Perubatan Al Quran

Seminar Dua

Keluarga Bahagia Bebas Sihir

Seminar Tiga

4 S plus 1S: Sihir, Santau, Saka, Susuk plus Selusuh

Seminar Empat

Masalah rumah berhantu dan kaedah memagar rumah dan kedai,

plus Rawatan Stroke

Seminar Lima

Perubatan Qurani dan Tabie (Herba)

Seminar Enam

10 Kaedah Ruqyah Syariyyah untuk Rawatan Sihir

Seminar Tujuh

Rawatan Bekam, Urut, Refleksologi dan Pinggan Putih





Saturday, May 15, 2010

Al Fatihah kepada Habib Ali al Idrus Batu Pahat


Al Marhum Habib Ali al Idrus qs bersama al Marhum Habib Muhammad bin Alawi al Maliki al Hasani qs

"Pada 13 hb Mei yang lepas saya mendapat sms dari ramai sahabat2 termasuklah dari dalam forum dan blog yang menyampaikan berita yang sangat menyedihkan tentang pemergian salah seorang arif billah yang tersohor lagi berkat kehidupannya al Marhum Habib Ali al Idrus qaddasa ALLAHU sirrahu... lebih kurang pukul 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431 bersamaan 13 Mei 2010... Kami dari KISWAH Ruqyah Syariyyah baru sahaja bercadang menziarahi al marhum. Namun tidak kesampaian....beliau adalah wangian dari keluarga Rasulullah saw.. Kami warga KISWAH dan forum ruqyah syariyah mengucapkan takziah kepada keluarga al marhum... Maulana Sheikh Nazim juga pernah menziarahi beliau satu ketika dahulu.. dan al marhum sendiri sangat mengasihi maulana sheikh kami..semoga Allah menaikkan lagi darjatnya di sisiNya... Al Fatihah.."

Habib Ali Jaafar Al-Aydarus is known as shaman Ali by the people at his place because of his unsual talent. He is 95 years old (2008) and coming from the family of Prophet(sawaws) through Imam Hassan(as) as told by his grandchild Ibrahim. He is living in batu pahat,Johor,Malaysia.

Anyone who met with him will never forget the memories of meeting with him until their last breathe. His holiness in following Prophet(sawaws)’s sunnah are clearly portrayed by his actions. Among of those character of Prophet(sawaws) that he invented within his heart and potrayed through his action are, he will not turning his back at his guest when he wanted to be in other room . He will slowly walk facing his guest until he get out from the living room. (subhanallah) He love to be entertained by qasidah or burdah that is bringing the salawat in it when he is not in good mood or sad. He will ask his grandchild to recite qasidah or burdah for him.

Anyone who get invited to be a guest for a night in his house will be regarded as lucky by many people who knows him. People can never doubt about his karamah and goodness that are sparkling around him and his guest when they visited him.

His life was tested with many tests from Allah swt. Once he used to be a rich man but then Allah tested him by taking all of his wealth. As someone whom “had choose himself” to be a lover of Allah, he went through the test with full of acceptance.

Among of his saintly signs are his prayer are always got fast effect, he will know about people without they have to tell him, he will know who will come to visit him without no one tells him and many more that’s remaining as secret between him and his Lord.

There’s time when people came to him and telling him about their needs and then he ask his son to take his money under his praying mat. His son knows that there’s no money under it and said that there’s no money under his praying mat. But he insisted, his son went to check and found out that the money is there. He is not living in a big and a good house but rather a kind of wooden village house. Anyone who sees his house will know that its a poor person’s house and he spend all of his time in the house.

Ironically, even though he only spending his life in the house many people get to know him from every where around the world. The famous sunni scholars such as Habib Ali Jufry,Habib Omar al-hafidh and scholar from KSA are among them. Subhanallah. The beauty of a shiny diamond can never be veiled by anything. Allah will spread his lovers’ name and proud of having them as His servant. Subhanallah.

If anyone see him will know the sign of lovers of Allah are with him. His shiny body and his unsual acts are becoming the proof of Allah’s existence.

If anyone knows Ayatollah behjat(ra), visited Habib Ali jaafar Al-aydarus, they will never reject that both of them have the same looks. Ayatollah Behjat(ra) are known a saint among the shias and have his own karamah.

May peace be upon the truthful followers of RasulAllah(sawaws),His family and His righteous sahabah.

" Kata2 Imam Ibn Mubarak: " Inda zikri as Solihin tanzilu ar rahamat"

Maksudnya: Ketikamana kita mengingati orang-orang soleh maka turunlah rahmat yang mencurah2..."

Pengumuman Yuran di Seminar Perubatan Islam

Assalamualaikum semua...

Baru tadi saya dimaklumkan oleh wakil penganjur bahawa seminar perubatan Islam yang akan diadakan di Raub pada 22 Mei 2010 depan tidak lagi percuma.. :)

Yuran yang akan dikenakan adalah RM 10 sahaja..

Segala kesulitan amatlah dikesali...

Harap Maklum.

Wassalam...

Wednesday, May 12, 2010

Jangan lupa esok kelas online; pengijazahan ruqyah!

Assalamualaikum semua!

Jangan lupa kelas esok; 14 Mei 2010. Kita akan ada pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariyyah oleh Us Hayat....

Wassalam:

SINI!