Wednesday, April 7, 2010

RAWATAN ISLAM : KAEDAH MERAWAT BAYI YANG MENANGIS TANPA HENTI




Pernahkah anda melihat bayi anda tidak berhenti menangis selama berjam-jam lamanya ? Disini saya menurunkan kaedahnya untuk anda lakukan sendiri dirumah.

1) Baca tepi telinga bayi kuat-kuat 2 ayat terakhir qursy "walaya'uduhu hifzuhuma wahuwal aliyyul adzim" sebanyak 33x dan tiup 10 saat pada seluruh muka dan ubun-ubunnya.

2)AZAN dengan kuat sebanyak 3x.

3)Baca yasin ayat 9 7x lalu tiup pada tapak tangan kanan lalu sapu seluruh mata bayi niat "supaya ditutupkan penglihatannya kepada alam jin".

InsyaAllah sembuh dan berhenti menangis...

Kaedah alternatif boleh juga dibacakan surah Sajadah keseluruhannya dan tiup di bubun bayi.

Makhluk yang boleh melihat jin



-sebahagian binatang spt keldai

-manusia tidak dapat melihat jin dalam bentuk asal tetapi boleh melihat dalam bentuk jelmaan:





*rupa wanita (bunian / pari)

*rupa binatang buas-harimau

*rupa binatang bisa-kala, ular,lipan

*manusia kerdil

*asap,awan tebal, gelombang gas

Jin masuk ke dalam tubuh manusia

Jin masuk ke dalam tubuh manusia melalui 32 point rongga pada tubuh semua hujung jari,telinga, mata, hidung, mulut, payudara, pusat, kemaluan depan belakang.



Kemudian jin duduk di anggota tertentu khususnya otak untuk mengawal perbuatan, emosi dan tingkah laku mangsa (60%). Ada juga duduk di anggota lain untuk memberi impak sakit kepada manusia. Sebab itulah perawat Islam menyarankan agar pesakit menyapu kesemua point tersebut dengan minyak wangi ruqyah sebelum tidur... Termasuk juga pakaian dan suasana tempat tidur hendaklah wangi dan tidak kotor....



Minyak wangi yang terbaik adalah Rose dan Kasturi....



Sumber: Kitab al Minhajul Qurani li Ilaji as Sihri wal Massi as Syaithani

Monday, April 5, 2010

Seminar Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah di KLANG



Seminar Perubatan Islam:
Menangani Gangguan Jin Menggunakan Kaedah Al Quran

Tarikh: 5hb JUNEl 2010 bersamaan hari Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Dewan Rawatan Pusat Rawatan Islam KISWAH Terapi Ruqyah Syari'ah
Lokasi: NO 63A LORONG SANGGUL 1D BANDAR PUTERI KLANG 41200 KLANG
Penyertaan: Terbuka kepada 50 peserta terawal yang mendaftar

Yuran: RM 50 seorang (nota dan jamuan serta tabung pusat rawatan)

Penyertaan: Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat
Anjuran: Kiswah RUQYAH SYARI'AH

Tentatif program:
8.30: Pendaftaran peserta
9.30: Slot pertama: Pembentangan Kertas Kerja:
(Menyingkap alam jin dan keterlibatannya dengan sihir)
-Penyampai: TUAN USTAZ HAYAT
10.30: Rehat - Minum pagi
11.00: Tayangan perubatan Islam dan ulasan tentang konsep perubatan Islam.
12.00tgh: Rehat – makan tengahari dan solat Zuhur
2.00ptg: Slot kedua: Pembentangan Kertas Kerja:
(Kaedah rawatan dan kupasan ruqyah syariyyah sebagai teknik utama menangani kejahatan makhluk halus)
-Penyampai: TUAN USTAZ HAYAT
3.00: Slot ketiga: - Pembacaan dan pengijazahan ruqyah syariah,hizib bahar, selawat syifa’ dan tafrijiah
- Simulasi perubatan beramai-ramai dengan menggunakan ruqyah syariah
4.30: Solat Asar
5.15: Sesi perubatan khusus oleh Perawat Kiswah RUQYAH SYARI'AH
6.00: Selesai

Cara pendaftaran: Sila SMSkan nama penuh, no. kad pengenalan anda dan kaedah pembayaran (bank in ke akaun / semasa program) kepada no telefon di bawah dan bank in kan yuran pendaftaran ke:

ZAILAN IBRAHIM: MAYBANK AL- WADIAH : 162106364673


…. Atau bayar semasa pendaftaran. SMS terlebih dahulu bahawa anda akan hadir!
Untuk daftar atau pertanyaan lanjut sila hubungi:
ZAILAN IBRAHIM 0182027559 ENCIK KHANAFIAH 0199940839

nombor telepon pusat rawatan Kisway Ruqyah Syari'ah : 0351624017

Sebarang pertanyaan boleh di kemukakan di :

www.rukyahsyariah.com

email : admin@rukyahsyariah.com


Pendaftaran berakhir 3 hari sebelum tarikh seminar diadakan.

Sunday, April 4, 2010

Jemputan Seminar Perubatan Islam di RAUB


Assalamualaikum semua...

Satu seminar bakal dianjurkan oleh Masjid Tengku Abu Bakar, Bandar Raub Pahang pada ketetapan berikut:

tarikh 17 april 2010 bersamaan hari Sabtu

Tempat: Masjid Tengku Abu Bakar Raub Pahang...

Masa: 8 pagi sehingga 12.00 tengahari

Yuran: Setakat ni percuma.

Pengendali: Ustaz Hayat an Naqshbandi pengasas dan perawat Pusat Rawatan KISWAH Ruqyah Syariyyah


Muslimin dan muslimat dijemput hadir..

Sila hubungi: Ustaz Sofwan (perawat KISWAH) di talian: 019 9205349

Jumpa di sana!!!!

Thursday, April 1, 2010

Gathering @ ijtima' KISWAH Ruqyah Syariyyah


Date:
Saturday, April 10, 2010
Time:
2:00pm - 5:00pm
Location:
No 63A, Lorong Sanggul 1D, Bandar Puteri, Klang, Selangor (bersebelahan dengan Klinik Alam Medic Bandar Puteri)

Assalamualaikum semua sahabat yang budiman,

..dengan rendah hantinya saya menjemput anda semua ke gathering / ijtima' Forum Ruqyah Syariyyah dan Facebook Group Ruqyah Syariyyah di Pusat Rawatan Ruqyah Syariyyah Cawangan Klang...

Sesiapa yang berminat bolehlah sms kan nama anda ke

0126504559 (Tuan Zailan) dan nyatakan anda akan hadir..

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi beliau...

Atrucara dan pengisian majlis...... pengisian dan makan2 ukhuwwah.... taaruf serta berkasih sayang sesama muslimin......

Muslimin dan muslimat dijemput hadir......


Jumpa di sana!!!!

Kisah2 rawatan Islam yang berakhir di tangan doktor

1) Seorang makcik datang ke pusat rawatan dan mengadu berdesing dan sentiasa berjalan terhuyung hayang.. Lalu saya membacakan ruqyah dan merasakan bahawa dia tiada masalah gangguan. Walaupun saya menerangkan berkali-kali dia tetap mendakwa dia terkena rasukan. Setelah beberapa lama dia menghubungi saya dan menyatakan bahawa doktor mengesan kecederaan di salur separa bulat di belakang telinga yang mengawal keseimbangan badan. Saya bertanya ada terjatuh ke.. dia kata ye...... Kan dah kata bukan masalah jin...

2) Semasa di Mesir saya pernah merawat seorang sahabat yang kembung perutnya.. (orang Melayu panggil busung).. setelah meruqyah saya membawanya ke klinik Arab dan mengesahkan mengalami hepatitis kronik.. Lantas dia dibawa pulang ke Malaysia.. sebenarnya tiada gangguan jin dalam kes ni.. cuma perlu berkunjung ke klinik / hospital saje....

WALLAHU A'laa wa A'lam