Monday, March 15, 2010

Rawatan sihir: Teknik keempat: Bacaan bertalu-talu ayat 23 Surah al Furqaan





Alhamdulillah kita berjumpa lagi dalam segmen 10 teknik utama ruqyah syariyyah...

Kaedah ini saya petik dari kitab 'as Sorimul Battar':

Teknik keempat:

Selain dari membaca ruqyah, bolehlah kita bacakan dengan kuat ke telinga pesakit :


Ayat 23 Surah al Furqan:

وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا

"dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik) Lalu kami jadikan ia terbuang sebagai debu yang berterbangan..."

Niatkan untuk membasmi sihir tersebut pada bacaan yang dihitamkan.. (dipanggil syahid ayat)

Niatkan :

"Ya Allah Yang Maha Berkuasa, dengan keberkatan ayat ini jadikanlah sihir ini hilang / terbatal/ dibasmi seumpama debu yang berterbangan."

Bacaan ini hendaklah dibaca ditelinga pesakit sebanyak 366 kali!

Boleh juga dibaca sambil perawat memegang ubun-ubun atau menepuk-nepuk belakang pesakit sekali sekala...

Insya Allah dengan izin Allah sihir tersebut akan terbatal dengan izinNya jua.....

Selamat mencuba!

Thursday, March 11, 2010

Rawatan sihir: Teknik Ketiga: Ruqyah plus Daun Bidara




Teknik ruyqah dan menggunakan daun bidara:

1) Ambil 7 helai daun bidara yang masih hijau.
2) Tumbuk lumat daun tersebut dan dimasukkan ke dalam bekas.
3) Masukkan air dan kacau sambil membaca ayat-ayat berikut dengan mendekatkan mulut anda pada bekas tersebut. Ayat tersebut adalah:

- 7 kali ayat Kursiy
- 7 kali 3 Qul dan tiupkan sehingga habis nafas ke dalam bekas.

4) Suruhlah pesakit mandi dan minum air tersebut selama paling kurang 7 hari.
5) Peringatan!:

- Jangan ditambah air tersebut.
- Jangan dipanaskan air tersebut dengan api.

Insya Allah penyakit sihir akan beransur-ansur terbatal. Selamat mencuba!

Monday, March 8, 2010

Rawatan sihir: Teknik Kedua: 3 ayat Ibtalus Sihr- Ayat-ayat Pembatal Sihir

Molekul air yang dibacakan ruqyah dan doa!




Teknik kedua:

Baca ayat-ayat ini sebanyak 7 kali (atau lebih dari itu dalam bilangan ganjil) pada seberkas air ( atau kuantiti yang sesuai) ...

3 ayat utama ini dikenali sebagai 'ayat Ibthalus sihr' - AYAT-AYAT PEMBATAL SIHIR.

Air tersebut hendaklah digunakan sebagai:

1) Al Syarab bil Quran: Minum air ruqyah ibtal as sihr selama tujuh hari berturut-turut

2) Al Ightisalu bil Quran: Mandi air ruqyah ibtal as sihir selama tujuh hari berturut-turut.

Ayat-ayat pembasmi / pembatal sihir yang dimaksudkan adalah:


1) Surah al A'raf : ayat 117 - 122

2) Surah Yunus: Ayat 81 - 82

3) Surah Tohaa: Ayat 69

Bentuk-bentuk Perubatan Al Quran





Insya Allah dalam topik ini kita akan membincangkan teknik2 utama ruqyah syariyyah......

Namun sebelum itu mari kita kaji bentuk2 PERUBATAN AL QURAN:

1. Qiraatul Qur'an bil jahriah ( bacaan al-qur'an dengan jelas di hadapan pesakit )

2. Sama'atul Qur'an ( pesakit wajib mendengar bacaan al-Qur'an setiap hari)

3. Al-Ightisal bil Qur'an ( mandian al-Qur'an )

4. Al-Syarab bil Qur'an ( minuman al-Qur'an )

5. Al Kitabah bil Quran (tulisan al Quran dilarut dan diberi minum)

6. Al Mashu bil Quran (Sapu air atau minyak yang dibaca Al Quran)

7. At Taattaru bil Quran (Pakai minyak wangi dibacakan al Quran

Semoga bermanfaat!!!

Kembali kepada perubatan al Quran yang sebenar!!!

Saturday, March 6, 2010

Rawatan sihir: 10 Teknik Rawatan Ruqyah Syariyyah


Teknik Pertama:

Bacalah keseluruhan ayat-ayat ruqyah syariyyah dengan meletakkan tangan kanan ke atas kepala (ubun-ubun) pesakit dan mendekatkan mulut ke telinga pesakit.. Bacalah dengan TEGAS, KUAT dan TARTIL... dan diselangi dengan nasihat, azan dan khutbah.

Sekiranya terdapat jin yang bercakap; gunalah sepenuhnya ilmu dialog yang anda miliki dan jangan lupa bertanyakan tentang barang sihir jika ada. Selepas diperolehi hendaklah barang tersebut dibasmi.

Suruhlah jin keluar dari mangsa. Sekiranya jin tersebut telah keluar, insya Allah bermakna sihirnya juga sudah berakhir dan penderitaannya mungkin tamat dengan izin Allah.

Sekiranya ruqyah sudah dibaca, namun jin tidak menunjukkan apa-apa reaksi tukarlah kepada teknik-teknik seterusnya.

....akan bersambung.

Tuesday, March 2, 2010

Blog Team Ruqyah Syariyyah


Assalamualaikum semua!!

Memperkenalkan blog team ruqyah syariyyah yang menggabungkan Pusat Rawatan Temerloh Pahang dan Pusat Rawatan Ruqyah Syariyyah Klang, Selangor...

Blog ini dikelolakan sepenuhnya oleh seorang lagi ahli team ruqyah syariyyah Pusat Rawatan Petaling Jaya, Tuan Hikmah Urut (En Ahmad )

Selamat melayari blog tersebut:

RAWATAN ISLAM

p/s: Terima kasih Abang Ahmad!!!

Kelas online ke-2:

Kelas Perubatan Islam secara Online kali ke 2 akan menemui anda pada 9.30 malam hari Jumaat malam Sabtu bersamaan 5 Mac 2010..

Kali ini akan membincangkan berkenaan:

RAHSIA ALAM JIN DAN SYAITAN...

(Ilmu yang wajib bagi perawat Islam; sebagai satu muqqaddimah)