Saturday, October 10, 2009

Rawatan sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi secara tabi'e




Telah berkata guru kami: Maulana Sheikh Nazim tentang penyakit-penyakit ini:

1) Jantung: Bakar bawang dengan abu...bila dah masak makan bawang tu- bawang merah / holland. Caranya masukkan bawang yang bersaiz sederhana ke dalam tin dengan abu panas (abu kayu biasa yang dibakar) dan panaskan sehingga bawang masak. Makan bawang tersebut sejam sebelum makan apa-apa selama empat puluh hari...Jika tidak sembuh boleh beralih ke ikhtiar lain atau teruskan sahaja sehingga sembuh...
2) Diabetes: Makan sebiji lemon dengan kulit2nya sekali dalam masa 40 hari.
3) Darah tinggi: Bekam di kepala dan bahu 2 kali setahun...Jadikan rutin tahunan!!!WAllahu A'lam!!!
Insya Allah sembuh dengan izin Allah dan keberkatan amalan para wali!!!

Monday, October 5, 2009

Projek Tabung Surau al Munzirin!!! Menderma sambil berubat!!!

Projek "Tabung Surau Al Munzirin"
Dalam banyak-banyak kaedah perubatan yang ada; saya sangat teruja dengan teknik perubatan menggunakan metod bersedekah... Yakinlah bahawa 'SEDEKAH' adalah ikhtiar penyembuhan yang sangat mustajab!!!

Kami sering merujuk kepada guru kami tentang kaedah perubatan yang digunakan untuk penyakit tertentu...Kekadang jawapannya adalah 'SEDEKAH'. Mursyid saya memang menyarankan kaedah dan konsep 'bersedekah sumber kesembuhan'.

Lazimnya, banyak penyakit yang dideritai pesakit sembuh setelah bersedekah setelah berputus asa berulang alik menemui doktor dan perawat rawatan Islam... Ajaib bukan!!!

Bagi orang yang berakidah 'rasionalisme' mungkin sahaja terpacul di lidahnya "apa kaitan sedekah dengan sakit kanser / 'gangguan' aku." Namun telah terbukti sebelumnya penyakit yang sukar diubati berjaya sembuh di tangan 'SEDEKAH'. "SEEING IS BELIEVING!!!"



Justeru, kami di Darul Hikmah menyarankan agar pesakit kami bersedekah untuk tempoh empat puluh hari walaupun sedikit dengan niat kesembuhan...Bukankah apabila kita membantu orang maka Allah tidak menunggu pun untuk menolong kita. Yakinlah!!!
Kesimpulannya: Sehubungan dengan itu Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang melancarkan "TABUNG SURAU al MUNZIRIN" bagi memudahkan anda bersedekah!!!

Surau hasil usaha ayah mertua saya dan rakan seperjuangannya ini memerlukan bantuan para muhsinin seperti anda yang sedang membaca post ini untuk bersedekah, menderma, mengeluarkan zakat, bayar kafarah dan sebagainya bagi menyiapkan pembinaan surau yang terencat hampir sepuluh tahun ini. Hampir RM70 000 diperlukan untuk menyiapkan surau yang terletak di Kampung Batu Sawar, Temerloh, Pahang ini!
Dalam masa yang sama saya mengumumkan setiap pembelian produk di blog ini...sebahagiannya akan didermakan kepada surau ini. Bermaksud: membeli sambil menderma!!! Menderma sambil mengubat!!!

Projek ini kami namakan "Projek Tabung Surau Al Munzirin". Untuk tujuan itu, anda yang budiman boleh bank in derma anda di:

Surau al Munzirin,
Kampung Batu Sawar,
Mukim Jenderak,
28050, Kuala Krau,
Temerloh, Pahang

Akaun bank Islam: 06028010050971
Jadilah orang yang pertama menderma dan bersedekah pada hari ini!!!

Selamat Menderma wahai anda yang dermawan!!!

Sunday, October 4, 2009

Penawar sengatan binatang berbisa...


Minggu lepas saya sempat ke kebun mencari rezeki di muka bumi Allah Taala ini. Dalam suasana hujan renyai-renyai saya tekadkan azam untuk meneruskan kerja-kerja saya di kebun. Nak dijadikan cerita....sedang saya melalui satu kawasan semak, satu makhluk Allah terbang dan menyengat kening saya...Allahu Akbar!!! Punyalah bisa. Setelah menyengat makhluk tersebut tanpa segan silu lari menyembunyikan diri entah di mana...

Tidaklah diri ini mengetahui sama ada lebah, peringat(betul ke eja???), tebuan,kerawai atau serangga berbisa lain yang menyengat saya...

Tanpa berlengah saya mempraktikkan apa yang saya telah pelajari...Ini caranya...

  1. Baca al Fatihah 7 kali... / al Ikhlas 3 / 7 kali
  2. Ludah-sapu di kawasan yang disengat.
  3. Sapu dengan niat penyembuhan
Insya Allah sembuh...

Testimoni: Alhamdulillah dengan IZIN ALLAH , ikhtiar saya berjaya. Serta merta bisa tersebut hilang!!!

Dalil:
Hadith Riwayat Abu Said al Khudri...

Beberapa orang sahabat Rasululah SAW bermusafir dan terserempak dengan sebuah kabilah yang mana penghulunya terkena sengatan ular atau binatang berbisa. Setelah diminta salah seorang sahabat berikhtiar dengan membaca 7 kali Fatihah dan meludahkannya di tempat yang terkena sengatan. Akhirnya penghulu tersebut sembuh dan para sahabat dihadiahkan dengan 30 ekor kambing. Apabila pulang mereka bertanya kepada baginda akan tindakan mereka itu. Maka Rasulullah SAW membenarkan indakan mereka tersebut!!! Hadith ini adalah Riwayat Muslim.

Tambahan:
Guru saya; Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani menyarankan agar mereka yang terkena sengatan agar diubati dengan air liur dan garam.

SELAMAT MENCUBA!!!

Thursday, September 24, 2009

PROMOSI CD RUQYAH SYARI'YYAH


KLIK UNTUK BESAR

PROMOSI CD RUQYAH SYARI'YYAH
HANYA RM25
+ RM 7 (belanja pos)
CD yang WAJIB anda miliki!!!!
Sebuah rumah satu cd ruqyah!!!
Untuk pembelian / pembayaran sila klik SINI!!!

Wednesday, September 23, 2009

PROMOSI EBOOK!!!


EBOOK TERAPI AL QURAN PENAWAR GANGGUAN MAKHLUK HALUS
RM10

Anda berminat mengetahui konsep perubatan Islam yang tulen dan ‘BERSIH’ dari campurtangan sihir dan penggunaan khadam?

Anda berminat untuk mendalami ilmu perubatan Islam khusus dalam menangani masalah gangguan makhluk halus?

Anda berasa terpanggil untuk membantu ibu bapa, ahli keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai anda yang menderita terkena sihir dan ingin menanganinya dengan kaedah Terapi al Quran?

Anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perubatan Terapi al Quran melalui kaedah bacaan ruqyah syariyyah?

Anda ingin mendapat ijazah ruqyah dari ‘sanad’ yang muktabar lantas beramal untuk membenteng diri sendiri dan keluarga?

……malah anda ingin menjadi perawat gangguan makhluk halus yang suci lagi murni dari sebarang unsur dan campurtangan jin atau khadam, ilham jin, unsur-unsur 'permuafakatan dengan jin' serta bersih dari sebarang unsur tahyul dan silat jurus?

…semata-mata inginkan AL QURAN sebagai ikhtiar penyembuhan anda dan seisi keluarga…..????????

Sila dapatkan
EBOOK TERAPI AL QURAN PENAWAR GANGGUAN MAKHLUK HALUS
sekarang! Jangan berlengahlagi
! Dapatkan khazanah berharga dari Darul Hikmah ini sekarang!!!!


Karya al Fadhil Ustaz Abd Malek al Azhari
dan susunan Ustaz Hayat an Naqshabandi

Buku diinspirasikan dan merupakan ekstrak dari dua kitab perubatan yang terkenal karya Sheikh Wahid Abd Salam Bali; ‘Wiqayatul Insan’ dan ‘As Shorimul Battar’.

Setiap pembelian akan mendapat pengijazahan ruqyah syariyyah secara automatik dari Ustaz Abd Malek dan Sheikh Wahid bin Abd Salam Bali, Kafr Sheikh, Tanta Mesir!!!

Kandungan:
Konsep Rawatan Islam
Tanda-tanda gangguan makhluk dan bahayanya
Kaedah asas rawatan gangguan makhluk halus


JANGAN TUNGGU LAGI. SILA DAPATKAN SEKARANG!!!

Cara pembayaran ada di bawah:

EBOOK SOAL JAWAB YANG WAJIB DALAM ILMU TAUHID
RM10
Anda tiada pengusaan dalam ilmu Tauhid?
Anda mencari sumber ilmu Tauhid yang sebenar?
Anda khuatir terpengaruh dengan aliran Tauhid yang berlainan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah Al A’syairah al Maturidiah?
Anda mencari bahan rujukan Tauhid yang mudah difahami?

SILA DAPATKAN BUKU EBOOK SOAL JAWAB YANG WAJIB DALAM ILMU TAUHID

Diinspirasikan dari kitab ‘PATI FARIDATUL FARAID’
Karya Tuan Guru Haji Nik Abdullah bin Haji Nik Mat al Jambawi
Kitab yang sangat terkenal di alam Melayu Nusantara!!!

Diringkas dan dipermudahkan oleh
Al Haqir wal Faqir ila Allah al Ghani Hayat an Naqshbandi


Kandungan:

Mukaddimah ilmu Tauhid
Sifat dua puluh lengkap
Perihal sifat nabi
Rukun Iman
Perkara Sami'yyat
Permasalahan-permasalahan dalam ilmu Tauhid

Setiap pembelian ebook di atas akan mendapat ebook; "27 Soal Jawab Ibadah Korban" di bawah dengan percuma!!!

27 Soal Jawab Ibadah Korban

Susunan Hayat an Naqshbandi

Dipermudah dari kitab Matla'ul Badrain karya Tuan Guru Muhammad bin Ismail Daud al Fathani...

Dipersembahkan dengan gaya yang santai dan mudah difahami. Dalam bentuk soal jawab. Dalam masa 15 minit anda boleh mengusai bab korban dengan jayanya!!!


JANGAN TUNGGU LAGI!!! SILA DAPATKAN SEKARANG!!! Jangan berlengah lagi! Dapatkan khazah berharga dari Darul Hikmah sekarang juga!!!

Cara pembelian di bawah:

1. Sila ‘bank in’ duit dengan kaedah-kaedah di bawah.
2. Kemudian, sila sms saya di no 0179065131 (USTAZ HAYAT) dengan menyatakan:
a. Nama
b. Tarikh
c. Bank apa dan bila dimasukkan duit
d. Alamat email

3. Kemudian, dengan berbesar hatinya kami akan menghantar ebook ke email dengan format PDF.

4. Bolehlah anda menikmati ebook kami dengan penuh penghayatan…

KAEDAH PEMBELIAN



Sebarang pesanan ebook kami bolehlah hubungi:
Ustaz Hayat di talian (017 9065131) atau e mail hayat_annaqsyabandi@yahoo.com.


Kaedah pertama:
Offline:
ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun


Muliati binti Saad.
no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau
no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)


Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in serta alamat email.




Kaedah kedua:
Offline
: Cek atau wang pos.Perlulah ditulis atas nama:
Muliati binti Saad
di alamat: 35, Taman Jaya 2, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur
.



Anda perlulah menulis nama di belakang wang pos atau cek tersebut.




Kaedah ketiga:
Online: BANK ISLAM: 14162020055479 (MULIATI BINTI SAAD) atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)


Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in serta alamat email.


Jika sudah sampai atau tidak sampai-sampai sila maklumkan kepada saya!!!

Tuesday, September 22, 2009

Video Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah

Assalamualaikum semua...
Salam Idulfitri...Sambil-sambil menikmati suasana hari raya, saya terlintas hendak memasukkan video-video rawatan Ustaz Malek untuk tatapan anda semua...Rakaman ini disiarkan di dalam rancangan Expose Mistik Astro Prima. Selamat menonton!!!















Friday, September 18, 2009

Eid Mubarak dari Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang!!!

Salam Eidul Fitri dari kami warga Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang.
Selamat Hari Raya Maaf Batin dan Zahir!!!
Allahu Haq!!! Hidayah Seluruh Alam!!!