Tuesday, May 10, 2011

rawatan2u.com kini kembali..


Asslamualikum semua,

Alhamdulillah blog rawatanislam2u sudah kembali ke pangkuan anda...

Terima kasih atas perhatian dan doa kalian terhadap permasalahan blog semenjak dua menjak ini.

Memang blog rasmi KISWAH mengalami sedikit masalah tetapi dengan usaha Tuan Admin Forum Ruqyah Syariyyah dan sahabat2, Allah telah memakbulkan lagi hajat kami untuk menggunakan khidmat domain www.rawatanislam2u.com untuk tempoh seterusnya..

Saya pun dalam proses menaiktaraf blog ini menjadi lebih userfriendly... Doakan...

Terima kasih kepada sokongan semua!

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam..!

Monday, May 9, 2011

Kenangan Ceramah Rawatan Islam di SMA Chenor








Assalamualaikum semua.. Salam sebarkan kasih sayang dan CINTA...

Ini adalah gambar2 KISWAH ketika ceramah ringkas berkenaan alam jin dan rawatan Islam di SMA Chenor Pahang..

Untuk pengetahuan, beberapa bulan yang lalu sekolah ini dilanda dengan masalah histeria yang serius...

Oleh itu.. sahabat saya yang juga tenaga pengajar di sana Us Mujahid yang juga merupakan sahabat karib saya di Mesir dan penganjur utama seminar / daurah saya di rumah Pahang di Kaherah Mesir dahulu, menjemput saya yang hina dina ini ke sekolahnya untuk memberikan sepatah dua kata berkenaan tajuk yang diberi.

Alhamdulillah.... seminar yang berlangsung selama 1 setengah jam itu berjalan dengan jayanya..

Diharap anak2 murid di SMA Chenor dapat mengambil manfaat dan mana2 yang belum sembuh, semoga Allah menyembuhkan anda..

Semoga pengetahuan2 baru berkenaan alam jin dan asas rawatan Islam yang mudah menimbulkan momentum niat di kalangan anda untuk menjadi seorang mualij muslim yang sejati satu hari nanti...

KE ARAH MELAHIRKAN PELAPIS PERAWAT ISLAM YANG SEBENAR DI BUMI PAHANG!!!

Terima kasih sekali lagi kepada U Mujahid, para asatizah, warden, penganjur kem anak soleh SMA Chenor dan semua yang menjayakan program pada malam tersebut..

Kenangan bersama kalian ibarat titisan madu tualang asli yang medu rasanya....

Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam

Wassalam...

Allah My Heart Calls Out To You




ALLAH Hatiku MemanggilMU

Hamba ini sentiasa kagum,
Sambil memohon belas kasihmu,
Terasing di dunia ini setengah bingung,
Allah, hatiku memanggilMU...

Memang sesetengah hanya memburu habuan,
Namun, hamba ini hanya mahu diriMu dan hanya Kamu,
Mereka hanya menyembah berhala (selain Allah),
Allah, hatiku memanggilMU...

..dan tidaklah aku mengejar syurga,
Walaupun keindahannya memanglah benar,
Namun daku hanya mengejar Pemiliknya, ya itulah yang ku lakukan,
Allah, hatiku memanggilMU...

Kalaulah di syurga tanpa WajahMU,
Para bidadari turut kan sedih,
Hanya WajahMu bisa menyerikan tempat itu,
Allah, hatiku memanggilMU...

Allah, hamba ini sedang menderita,
Hatinya, hanya sayu padaMU,
Menjadi mangsa kepada sang serigala (dunia nafsu),
Allah, hatiku memanggilMU...

Kerana cinta ini, hamba turutkan,
Namun, ku hanya mengadu kepadaMU,
Di kala ku jatuhkan wajahku (bersujud), ku lemah,
Allah, hatiku memanggilMU...

Muzik DEBU..

... Terjemahan KISWAH

Saturday, May 7, 2011

"Rasulullah datang berjabat tangan dengan saya"???


Saya: Mana yang telefon saya kata dia dapat mimpi seorang sheikh lepas tu boleh berubat orang

Bomoh muda: Saya (orangnya muda berpakaian ranggi rambut diwarnakan perang)

Saya: Apa cerita? Sheikh apa yang datang

Bomoh muda: Dulu saya sakit. Lepas tu saya berubat dengan seorang bomoh indon anak murid kepada seorang kiyai di Indonesia... Dia telah menulis mantera ke atas badan saya... Sejak hari tu saya boleh mengubat orang. Sheikh tersebut mengajarkan saya ayat al Quran lalu saya amalkan dengan bacaan senafas saja... Sheikh ini bernama....................... merupakan rakan kepada Sh Abd Qadir al Jailani... Saya ni banyak anugerah dari Allah... insan pilihan... Sampai Rasulullah pun datang berjabat tangan dengan saya.

Tetapi mukanya samar2...
Saya amal ayat tu dan saya sekarang alhamdulillah boleh tengok jin.. Kalau ada orang menghantar sihir kepada saya... terus saya dapat kasyaf tahu siapa yang hantar.. Kalau jin sihir tu dah dekat dengan saya.. Terus saya kais, pegang dan lempar jauh2.. Macam tu la saya mengubat orang.. Kemudian bomoh tu pun balik.. jadi saya berhubung dengan cucu sheikh / kiyai di Indonesia dan dia mengirimkan saya cincin ini (Lalu mengeluarkan cincin yang ada gambar kiyai tu dan mengeluarkan gambarnya sekali)

Saya: Saya ambil ye.. (lantas terus saya rendam dengan air ruqyah)

Bomoh muda: Boleh ambil balik ye bang...


Saya: Boleh....
(Bomoh muda terus menceritakan kehebatannya di depan orang ramai yang berada di pusat rawatan)

Ni saya tanya sikit... Solat cukup lima waktu???

Bomoh muda: Diam.....

Saya: Subuh buat.. ke ada tinggal

Bomoh muda: Hmmmm... ada juga tinggal

Saya: Solat cukup lima waktu di masjid? Tahajjud buat tiap2 malam? Puasa isnin khamis??? Sedekah tiap2 hari?????


Bomoh muda: Diam.....


Cikgu Adib: Macam mana dapat anugerah Tuhan sedangkan benda wajib pun tak lepas, tak buat?????

Bomoh muda: Diam.... Saya datang ni nak tahu saya ada saka atau tak je.. (Bukan nak persoalkan ilmu saya ni salah ke tak???- Baginya ilmunya benar!) Lagipun badan saya sakit2 dan tangan saya dah lenguh sangat!!! Tu datang ke sini.... Saya pun tak buat kerja lain dah sekarang ni.. Saya dok mengubat orang je sekarang ni!

Saya: Macam ni.... Orang2 soleh berpendapat haram mengamalkan ayat2 yang didapati dari mimpi sebagai saddur zaraie// langkah berjaga2 takut2 itu adalah permainan syaitan. (tambahan awak tiada mursyid untuk membuat rujukan)


Manusia tidak boleh nampak jin seumpama dinyatakan di dalam al Quran ayat Al A'raf ayat 27:
Sesungguhnya syatan dan kaumnya boleh melihat kamu sedangkan kamu tidak boleh melihat mereka.. Jadi macam mana dengan semudah amalan ABC dan hidup bukan cara agama (ketrampilannya tidak menggambarkan orang yang kuat beragama) serta tidak menunaikan solat awak boleh mendapat anugerah dari ALLAH... Istimewakah kamu???

Kekadang jin sihir masuk ke dalam otak manusia lantas menggambarkan khayalan di otak/ minda / dan memberi kesan kepada penglihatan manusia sehingga menyebabkan penampakan susuk2 tubuh tertentu. Ini dipanggil sihir takhayyul (sihir khayalan) atau halunisasi...

(Selalunya yang didakwa tok wali keturunan bidan , tok wali silat, tok wali bomoh sebenarnya adalah syaitan yang menipu dan memperdaya dengan TAKTIK AGAMA...)

Bomoh muda: Diam.....

Saya: Takpelah... Jom la kita berubat....

(Bomoh muda mula rasa tidak tenteram - )

Dipendekkan cerita - rawatan pun dimulakan.... dan ternyata bomoh muda memang mempunyai gangguan jin.... Dia menunjukkan rasa tidak selesa dan akhirnya termuntah)

Tamat rawatan...

Belum sempat kami menerangkan penggunaan air jampi dan belum sempat si bomoh melakukan sebarang bayaran serta belum sempat si bomoh muda mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal...

Bomoh muda sudah meninggalkan pusat rawatan beserta dengan cincin kesayangannya di dalam bekas air ruqyah.. Entah bila dia ambil cincin.. Entah bila dia keluar.. Saya tak perasan....

..yang saya perasan dia buat2 menelefon seseorang dan buat2 berbincang serta menghaibkan dirinya...

SAYA:

1) Berasa sedikit kecewa kerana mungkin dia tidak dapat menerima nasihat dan dakwah saya demi mempertahankan ilmu perbomohannya.. dan meyakini bahawa dia adalah ORANG SUCI PILIHAN TUHAN walaupun solat tinggal.... Mudahnya berjumpa nabi dalam tidur, sampai baginda datang berjumpa menghadapnya berjabat tangan... (Tu yang saya jadi hot sikit tu)

2) Saya sudah menyampaikan dakwah nasihat saya... sudah merawatnya sepenuh hati dan kesungguhan... mudah2an ilmu bomoh yang ada padanya hilang..

3) Saya berharap agar dia bertaubat... Saya sudah sampaikan hanya Allah yang memberi taufiq hidayah kepadanya...

Marilah kita berdoa agar bomoh muda kembali ke pangkal jalan dan bertaubat serta tidak jadi bomoh lagi...

Dengan niat tersebut al FATIHAH

p/s:

Jangan menceritakan apa2 pengalaman rohani (cthnya bermimpi berjumpa Rasulullah saw) kepada sesiapa pun (kecuali kepada mursyid). Anugerah itu adalah khas UNTUK KAMU SEORANG shj!... Sesiapa yang menceritakan anugerah rohani tersebut kepada org lain.. maka layaklah kamu DISEBAT!!! - Sh Hisham Kabbani...

Friday, May 6, 2011

Hikmat Tangan Berapi!


Diputar2 lantas mengeluarkan API PEMBAKAR JIN!



Terus diaplikasi kepada pesakit!






Sila baca sampai habis...

Assalamualikum semua...
Malam Jumaat yang lalu saya bermimpi bahawa seorang Sheikh menghadiahkan saya dengan amalan sepotong ayat al Quran lalu disuruh beramal selama seminggu...

Sheikh berserban kuning yang putih bersih wajahnya menyuruh saya menjazamkan bacaan tersebut dan diamal secara penuh tawajjuh...

Berkata sheikh dalam mimpi.. Beramallah dengan ayat itu (terpaksa saya rahsiakan kerana ilmu ini untuk saya sahaja) sehingga tanganmu berupaya mengeluarkan AURA. yang apabila diputar2kan akan mengeluarkan tenaga yang berasal dari zikir tadi sehingga boleh membakar jin yang berada di dalam tubuh pesakit...

Berkata sheikh.. ilmu ini akan lebih berkesan jika pulang dari umrah... dan akan diberikan ilmu2 baru apabila pulang dari tanah suci...

Beberapa hari yang lalu dengan izinNya.. dengan kalilmah yang mulia BISMILLAH dan ayat yang dibaca tersebut beserta mantera yang tidak salah dari sudut syara' (walaupun tidak diketahui maknanya ).. ditutup dengan berkat la ilaha illa Allah Muhammadur Rasulullah ....

kelihatan cahaya berapi yang muncul dari tanganku.... Lalu dicuba kepada pembantu yang berada di pusat rawatan....

ZUP!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Syihan mengaku terasa AURA panas menyelinap ke tubuh badan dan urat dagingnya...

Kemudian rasa segar datang mendadak tidak pernah terbayang di fikiran ... sihat tubuh badannya!

Alhamdulillah.. Allah telah memilihku sebagai hambanya yg terpilih berkat amalan ayat2 al Quran yang didapati dari mimpi tersebut....

Terima kasih Ya Allah kerana aku adalah seorang yang istimewa lantas TERPILIH mendapat anugerah itu....

p/s: cerita ini adalah rekaan semata2......

Moral dari cerita ini...

1) Fatwa ulamak: haram hukumnya orang awam macam kita mengamalkan ilmu yang didapati dari mimpi.

2) Tidak boleh beramal dengana apa bacaan jampi dan mantera berbahasa selain Arab yang tidak difahami maksudnya dan ada unsur2 syirik...

3) berhati2 dengan 'sheikh' yang tidak dikenali datang dalam mimpi memberikan ilmu2 macam2.. takut ia sebenarnya adalah syaitan yang menyesatkan dgn TAKTIK AGAMA...

4) Jangan semudah itu dengan amalan ABC menganggap kita sebagai orang suci dan istimewa di sisi Tuhan sehingga mudah sahaja mendapat ANUGERAH dariNYA...

5) Jangan mudah percaya kepada cerita MAGIK dan SUPERNATURAL...dan dari gambar yang PELIK2.... Boleh jadi ia hanyalah TEMBERANG SAHAJA...

buktinya:

a) Saya ambil gambar ni dgn pakai glove construction pusat rawatan yang diguna ketika rawatan... kebetulan warnanya oren striking...

b) Cerita tu rekaan saya sahaja.... :)

Buat apa lagi nuu... pi tido dah malam ni!!!

Sihir Hawatif: Mendengar Bisikan dan Mimpi Buruk



Sihr Al-Hawatif (Mimpi-mimpi Buruk dan Mendengar Bisikan - Bad Dreams & Hearing Voices)


Tanda-tanda/Simptom

1. Pesakit mengalami mimpi ngeri.

2. Pesakit melihat dalam mimpinya seseorang memanggil-manggilnya.

3. Peakit mendengar bisikan berbicara dangannya dalam keadaan dia sedar tetapi tidak dapat memastikan darimana sumber suara tersebut.

4. Mendengar bisikan yang mencetuskan keraguan demi keraguan (Al-Waswas)

5. Timbul rasa ragu dan syak wasangka terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan.

6. Bermimpi melihat dirinya sendiri jatuh dari tempat tinggi.

7. Bermimpi melihat dirinya sendiri dikejar oleh binatang.


Dalam keadaan ini ahli sihir memerintahkan Jin untuk menzahirkan diri samada dalam mimpi atau alam nyata, menyerupai makhluk yang mengerikan menyerangnya, memanggil-manggil namanya dengan suara yang ia kenali atau tidak supaya ia merasa ragu dan syak-wasangka terhadap oarang yang rapat dengannya. Simptom ini bergantung kepada kekuatan sihir tersebut. Rawatannya dengan membacakan ruqyah berulang kali, pesakit turut beramal dengannya serta dimandikan dengan air ruqyah berserta daun bidara.

WalLahhu Aalam....

Drpd Hamba yang lemah lagi faqir .... Prof Shahnor


Komen saya:

Mimpi buruk dalam bahasa Arab- QABUS..

panggilan dan bisikan syaitan semasa gangguan - sihir hawatif.. bisikan2 syaitan dan jin...

Sihir hawatif ni banyak terjadi kepada orang yang bergelar ustaz dan tok imam jugak...

Satu penceramah terkenal Jabatan agama pahang ... masuk kuar radio pun ada datang pusat rawtaan.... sentiasa mendengar bisikan "ALLAH TAALA tiada..." dsb

Minggu lepas ada satu kes besar..... Tok Imam jadi gila..... selalu mendengar bisikan macam2.... akhirnya nak bunuh isteri..... sebab bisikan kata isterinya berzina dengan ustaz yang dia tak berkenan.....

Kena sujud dua jam (dia buat betul- tapi tahan sejam lebih) nak dapat duit seratus ribu lebih....

Sikit2 benda tu suruh sujud... ketika saya mandikan dia di PR... dia sujud dalam tandas....

Dua kali kena rawat... 1) Pak Kasim dan anaknya us saed rawat di rumah... Satu kampung mai jengok tengok tok imam kena kerasukan.. lepas rawat .. gila lagi.. nak sembelih isteri pulak...

Saya nasihatkan hantar hospital kasi cucuk.. bagi slow sikit... suruh mai Sabtu...

2) Sabtu lepas saya tutup pusat rawatan dari orang lain... hanya rawat dia saja..keluarga bawak keluar dari hospital...... Penuh ahli keluarga dia mai.. penuh satu pusat rawatan..... dalam 5 6 bji kereta ada rasanya...

Macam 2 yang berlaku....

Ini adalah contoh sihir hawatif berakhir dengan sihir junun.. (GILA)


Rawatan:

1) Eloklah druqyah..

2) Selepas setiap kali solat.. pegang dada dengan tangan kanan dan baca al Insyirah 7 kali.. dengan niat Allah bersihkan bisikan2 (hawatif) dengan keberkatan KALAMULLAH...

Komen Tuan Admin Forum:

Salam,

Semalam waktu di temuramah saya di tanya soalan ini juga. Pada padangan abg adakah dia sudah sembuh?......jawapan saya.........Saya tak tahu yang tahu sembuh atau tidak ialah pesakit itu sendiri. Saya tak boleh kata dia sembuh kerana dia yang sakit.

Berapa kali lagi kena datang?

Jawapan saya : Itu pun saya tak tahu......kalau dia rasa sakit lagi maka kenalah datang yang pentingnya bukan saya sebab saya tidak boleh menyembuhkan sesiapa pun. manusia tidak boleh menyembuhkan hanya ALLAH saja yang boleh. Pesakit perlulah beramal dgn ikhlas kalau nak benar benar sembuh.........kami hanya membaca dan mendoakan pesakit agar sembuh. Doktor pun tidak boleh kata dia dah sembuh kecuali pesakit itu sendiri merasakannya ........ohh aku dah sembuh..........tapi berapa ramai di kalangan pesakit yang mengucapak syukur benar benar apabila mereka sembuh.......maka kebiasaannya mereka akan lupa waktu mereka sakit....dan bila di serang lagi sakit maka timbul lah berbagai bagai sangka buruk pada ALLAH SWT dan terus mencakupi perawat sekali.

Istiqamah dgn amalan yang ikhlas maka itu lah penyembuhan yang sebenar benarnya. Sekiranya merawat dan kemudian lompat sana dan sini mencari rawatan akhirnya akan terima juga berjumpa dgn orang orang yang mengambil kesempatan.........

AWAS......jangan sampai penyakit menguasai anda....AWAS jangan sampai buruk sangka pada ALLAH sehingga kita lupus dengan mengatakan ALLAH tidak berkuasa........dan akhirnya roh kita tak boleh terima dgn itu terus menjadi gila.........perkara ini memang banyak berlaku apabila gila maka nak rawat jadi susah.....maka sekali lagi jin dikatakan amat berkuasa..........NAUZUBILLAH......

Komen saya:

Ya jangan sekali2 mengata JIN ITU KUAT, SUSAH NAK SEMBUH, PAYAH NAK CAKAP.... cakap saje..

Insya Allah dengan izin Allah moga2 sembuh....

Allahu Haq!! Hidayah Seluruh Alam!!!

Thursday, May 5, 2011

Pemberitahuan Pembekuan Kem Mualij KISWAH


Stop! Berhenti!
Asslamualaikum semua...

Berita terkini dari Buletin KISWAH...

Setelah saya mendengar masalah2 yang timbul dan melakukan pertimbangan pro contra...

Dimaklumkan bahawa...


Program / Modul KISWAH yang diberi nama KEM MUALIJ... akan saya bekukan buat sementara....

Ini kerana pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh peserta2 kem tersebut yang membawa kesan negatif terhadap KISWAH...

Sekian dimaklumkan...

Wednesday, May 4, 2011

SANTAI : SEBAB MENGAPA PORTUGIS GAGAL MENAKLUKI BAHAGIAN UTARA TANAH MELAYU

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah?)


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketua...nan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 1512:

Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,... Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan... Seminggu selepas FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik) Alfonso: selamat pagi Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..?( dengan nada marah dan bongkak) Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang.. Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ. scroll sampai bawah..... lagi.... lagi... Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!

Tuesday, May 3, 2011

Sihir al Khumul (rasa KELESUAN)


Lesu tidak terperi boleh jadi disebabkan SIHIR AL KHUMUL....


Diantara jenis2 sihir adalah disebut sebagai Sihr Al-Khumul (dalam bahasa Inggeris Lethargy):-

--------------------------------------------------

Simptom/Tanda

1. Suka dan gemar menyendiri.

2. Introversi.

3. Membisu/mendiamkan diri berterusan.

4. Anti Sosial

5. Pelupa/Kerap lupa

6. Kerap sakit kepala.

7. Membisu/mendiam diri secara terus menerus.



Bagaimana ia berlaku:-

Tukang sihir akan menghantar Jinn kepada orang yang disasarkan, mengarahkan jin tersebut untuk duduk dalam otaknya dan membuatkan rasa dirinya sangat kosong, introvensi dan menyendiri. Jin akan melakukan apa jua cara supaya psikologi sasarannya amat terganggu. Maka pesakit ini akan menyendiri, mengasingkan diri iaini jauh dari sifat biasanya periang dan tidak anti sosial. Kekuatan sihir jenis ini bergantung kepada jenis Jin yang dihantar oleh ahli sihir.

Rawatan:

1. Dibacakan ruqyah tepat pada ubun2

2. Mandi ais

3. Perawat mengulang-ulangi rukyah

4. Minum madu ruqyah dan cuka epal sejam sebelum makan apa2 pada waktu pagi

5. Kismis berbiji dua puluh satu biji sejam sebelum makan apa2...

credit to: Prof Shahnor...

Monday, May 2, 2011

Soalan dan Jawapan Ringkas kepada KISWAH:

Soalan dan Jawapan Ringkas kepada KISWAH:


Assalamualaikum ustaz,

Saya ada soalan untuk ustaz berkaitan dengan perkara2 ghaib ni.

1) Katalah kita disahkan ada gangguan, tetapi setelah berubat dengan perawat yang menggunakan ruqyah dan mengikut syara', gangguan masih lagi berterusan.

Oleh itu, bagaimanakah untuk kita mengklasifikasikan gangguan tersebut sama ada ianya gangguan jin/ saka/sihir dsb? Adakah salah untuk kita mencari punca/sebab gangguan itu dengan tujuan untuk mencari kaedah terbaik untuk merawat? Bukan untuk mencari siapa puncanya?

2) Jikalau di dalam rawatan, sewaktu mendengar ruqyah, pesakit memberi reaksi agresif ketika mendengar ayat2 berkaitan sihir. Adakah mungkin jin yang mengganggu berpura2/berlakon semata2 untuk memperdayakan pesakit?

3)Bagaimana untuk membezakan sesuatu gerak hati sama ada ia berasal dari a-diri sendiri b-gangguan syaitan atau c-petunjuk dari ALLAH (selepas membuat istikharah contohnya)

4) Jika anda mengesyaki orang sekeliling anda mungkin mengalami gangguan, haruskah kita memberitahu? Bagaimanakah cara terbaik?

Itulah soalan dari saya yang jahil smile.gif


1) Teruskan rawatan dan rawatan dan rawatan lagi sehingga sembuh.. kalau orang ada kencing manis darah tinggi dok berulang alik ke klinik 20 -30 tahun takpe... ni takkan tak mau ulang rawatan.. kekadang diruqyah sekali sahaja tidak cukup..

Mengikut kaedah ruqyah syariyyah, jenis gangguan itu tidaklah penting.. kerana rawatannya semuanya sama... Membaca al Quran kepada pesakit..

Saka, santau, susuk, busung, histeria, gila, kanser dan ketumbuhan... semuanya kita membacakan al Quran kepada pesakit....

2) boleh jadi juga... apapun terus mendengar.... bisikkan kepada pesakit agar bertenang, kawal diri dan jangan overacting...... stop sebentar cd , berwuduk dan solat taubat / hajat kemudian sambung dengar..

3)biasanya gerak hati yang pertama datang dari ilham berpunca dari Allah.... jika bersifat sejuk dan tenang maka dari Allah lah gerak hati itu.. kalau terasa panas dan menyesakkan maka biasanya dari syaitan (jawapan dr sh nazim)

4) Wajib memberitahu sebab orang sakit wajib berubat.... Tunjukkan risalah tanda2 gangguan dan bandingkan dengan apa yang ada pada dirinya...

Simptom-simptom gangguan jin

Ketika tidur

*Dihimpit sesuatu ketika tidur.
*Bunyi gigi ketika tidur.
*Mimpi bayi atau budak kecil yang disayangi ketika tidur.
*Mimpi binatang berbisa seperti ular, kala jengking dll.
*Mimpi menakutkan.
*Mimpi paderi, salib dan gereja.
*Mimpi tanah perkuburan.
*Mimpi benda kotor, jijik dan sampah sarap.
*Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
*Terdengar suara orang datang menyergah ketika tidur.
*Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh.
*Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
*Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
*Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau.
*Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.


Ketika jaga

*Sakit tulang belakang.
*Sakit kepala luar biasa.
*Istihadah. (haid lebih 15 hari)
*Terasa ada benda yang mengekori.
*Takut tidak bersebab.
*Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan.
*Sesak nafas waktu maghrib.
*Ragu-ragu tentang iman.
*Pengsan dan sawan tanpa sebab.
*Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab.
*Sakit tulang empat kerat.
*Takut menziarahi jenazah.
*Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
*Gelisah ketika mendengar al Quran dan azan.
*Rasa seperti hampir mati.
*Nampak bayang-bayang melintas.
*Sukar lelapkan mata.
*Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
*Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
*Sakit bahagian perut tanpa sebab.
*Ketumbuhan ganjil pada anggota badan.

.. Allahu Haq Hidayah Seluruh Alam!..

Sh Azhar: Salafi (wahhabi) Khawarij Masakini dan Perkembangan Terbaru Kebangkitan Wahhabi di Mesir


Sheikh Al-Azhar mengganggap Salafiyyin ((golongan Salafi) sebagai “Khawarij Masa Kini”


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;


TERJEMAHAN BERITA

Kaherah - Al-Hayah
Selasa, 5 April 2011

Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib menyifatkan golongan Salafi (Salafiyyin) sebagai “Khawarij Masa Kini”. Dalam masa yang sama, beliau memberi amaran bahaya tentang wujudnya “rancangan untuk mengubah pemikiran dan manhaj Al-Azhar yang pertengahan dan sederhana yang telah dipelihara oleh Al-Azhar lebih daripada seribu tahun.

Beliau juga menyatakan bahawa:

“Aqidah Al-Azhar al-Sharif adalah Aqidah Al-Ash’ari (Al-Ashairah) dan al-Maturidi (Al-Maturidiyyah) dan (berpegang dengan) fiqh Imam Yang Empat serta Tasawwuf Imam al-Junayd.”


Dr. Ahmad al-Tayyib juga mengkritik pencerobohan golongan Salafi ke atas kawasan perkuburan dan maqam para Awliya’ dan dengan tegas menyatakan bahawa amalan tersebut sebagai bertentengan dengan ajaran Islam yang sebenar, ini dinyatakan di hadapan ratusan pelajar-pelajar asing yang mengikuti pengajian di Al-Azhar semalam. Dan Al-Azhar:

akan terus berkekalan di atas mazhab Al-Ash’ari dan memelihara pemikiran tasawwuf yang benar dan yang telah didokong oleh puluhan (ramai) para shuyukh (ulama’) Al-Azhar di dalam sejarahnya.


Penegasan beliau ini datang pada waktu golongan-golongan ekstrim menceroboh dan memusnahkan masjid-masjid ahli sufi di mana sebahagian golongan Salafi telah menyalakan api di maqam Sayyid Izz al-Din di daerah Manufiyyah (Delta Nil) sehingga maqam tersebut terbakar sepenuhnya sebelum pihak pertahanan awam dan bomba sempat memadamkan api tersebut daripada merebak ke masjid yang bersebelahan dengannya.

Dalam waktu yang sama, Universiti Al-Azhar telah memutuskan untuk membuat penyiasatan ke atas seorang profesornya di Fakulti Kejuruteraan, Dr. Muhammad Ridha Muharram yang didakwa telah menggambarkan (Nabi) Muhammad SAW sebagai “tokoh terbesar sekular di dalam sejarah manusia” di dalam banyak syarahan akademiknya kepada para pelajar yang telah menyebabkan kemarahan terhadapnya bertukar menjadi demonstrasi.

Rektor Universiti Al-Azhar Dr, Usamah Al-Abd telah menegaskan kepada “[wartawan] al-Hayah” bahawa satu komiti/lujnah undang-undang akan dibentuk untuk penyiasatan isu tersebut dengan Profesor (tersebut) dan beliau menerangkan bahawa “pembentukan lujnah tersebut dibuat sebagai satu reaksi kepada demonstrasi yang telah dilakukan oleh mahasiswa fakulti kejuruteraan dan daripada fakulti-fakulti yang lain.” Beliau juga menyatakan bahawa “pihak universiti telah memutuskan untuk menggantung Dr. Ridha Muharram daripada tugasnya sehingga selesainya penyiasatan dan keputusan yang sesuai telah dibuat berkenaan dakwaan yang dikenakan terhadapnya.”

[Selesai terjemahan]

Sumber: http://www.daralhayat.com/portalarticlendah/251994

Komentar penulis:

1. Dr. Mahmud Subayh juga telah menulis mengenai kejahatan golongan Salafi di Mesir pada waktu ini yang telah menyerang banyak maqam-maqam para Awliya’ di bandar Qaliyub pada waktu tengah malam dan mereka telah menghancurkan empat maqam para awliya’ yang bersejarah iaitu : Sheikh Raddad, Sheikh Abdul al-Al, Sheikh al-Gharib dan Sheikh Jamaluddin dan hampir-hampir memusnahkan maqam yang kelima sebelum disedari oleh orang tempatan[Rujuk: http://www.msobieh.com/akhtaa/viewtopic.php?p=40460&sid=bfd24c86a8e09187a8550438a5460f76]


2. Pencerobohan dan pemusnahan maqam para awliya’ dengan biadap juga telah dilakukan baru-baru ini oleh golongan Salafi Wahhabi di Somalia i.e. golongan al-Shabab dan Hizb al-Islami.


3. Ini merupakan lanjutan daripada apa yang telah dilakukan oleh oleh golongan Wahhabi di era kebangkitan mereka. Bahkan, usaha-usaha mereka untuk mengeluarkan maqam Nabi Muhammad SAW daripada masjid nabawi masih kedengaran sehingga hari ini.


4. Atas nama Tauhid Uluhiyyah, mereka mengkafirkan sedara Islam mereka dengan dakwaan menyembah kubur, memusnahkan kubur para awliya’ sedangkan para Sahabat r.a. tidak pernah meruntuhkan binaan rumah Saidatina Aishah r.a. dan Rasulullah SAW yang akhirnya menjadi binaan bagi maqam Baginda SAW, Saidina Abu Bakr r.a. dan Saidina Umar r.a.. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa Nabi Isa a.s. juga akan dimaqamkan di kawasan tersebut nanti. Allah! Allah!


5. Bahkan lebih dari itu, Rasulullah SAW telah dibawa menziarahi maqam Nabi Musa a.s. dan Bayt al-Lahm tempat lahir Nabi Isa a.s. sebelum beliau pergi ke Bayt al-Maqdis dalam peristiwa al-Isra’ dan al-Mi’raj yang menunjukkan kemuliaan tempat wafat dan lahirnya para anbiya’.


6. Lihatlah wahai saudara permusuhan mereka terhadap saudara islam mereka dan para awliya, bahkan anbiya’! di atas nama Tauhid Uluhiyyah ciptaan dan tafsiran mereka! Sedangkan perkara ini telah dibincangakan dengan panjang lebar oleh ulama’ Ahli Sunnah kita …….


7. Sememangnya dan tidak diragui lagi sepertimana kata Sheikh al-Azhar Dr. Ahmad al-Tayyib dan ratusan ulama’ yang lain bahawa “SALAFI WAHHABI adalah KHAWARIJ ZAMAN/MASA KINI”.


8. Ya Allah! Rahmatilah umat ini, berkatilah umat ini, peliharalah umat ini, dan tampunglah kekurangan umat ini dengan berkat kekasih Mu Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarga dan para sahabat baginda serta para ulama’ Ahli Sunnah dan Jama’ah sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Allahumma Amin!


Setelah revolusi Mesir; inilah perkembangannya:

1) Semakin banyak kecurian berleluasa

2) Semakin banyak kejadian rogol

3) Semakin banyak keganasan

4) Muncul Parti Komunis yang diharamkan selama ini

5) Wahhabi semakin mengganas menghancurkan makam para wali dan cuba menguasai Al Azhar dan Dar Ifta'

6) Gerakan Islam Liberal semakin kukuh

7) Jenayah naik 200%

8) Masyarakat tidak menghormati undang2

9) Penguatkuasa tidak dihormati masyarakat...

10) Orang Wahhabi mula menguasai masjid2 dan merampas mimbar khutbah Jumaat di masjid2 secara berleluasa.

(Ruj: Sh Husni Ginting)

Misr Mahrusah.. Doa untuk Mesir...

Allahu Haq! Hidayah Seluruh Alam...!






Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, May 1, 2011

Kenangan Ceramah Rawatan Islam di Roadcare Temerloh

Assalamualaikum semua...

Pada 29 April yang lalu bersamaan hari Jumaat saya diberi peluang menyampaikan sedikit ceramah berkenaan rawatan Islam dan perkara bidaah dan khurafat dalam perubatan menangani masalah makhluk halus di ROADCARE Temerloh pada pukul 9.30 pagi...

Terima kasih kepada ketua pentadbiran dan semua ajk pelaksana program yang berjaya melaksanankan program dengan lancara dan sempurna...

Ini adalah sebahagian gambar2 kenangan program tersebut.