Monday, November 30, 2009

Rawatan termudah sakit kepala!!!


Anda selalu sakit kepala? Nak cari ubat yang paling mujarab dan cepat!!!??? Cari-cari, belek-belek tak jumpa panadol????

Di dalam kitab A'lij Nafsaka Bil Quran ada menyatakan teknik yang mudah dan praktikal:

1) Pegang kepala anda dengan menggunakan tangan kanan. Jari telunjuk di sebelah dahi kiri dan ibu jari di dahi belah kanan, lekapkan ke atas kepala. (dlm bahasa Arab baina sodaghaini: antara dua tepi dahi /kepala)

2)Bacalah al Fatihah 7 kali dengan keyakinan penyembuhan dari Allah... Niat untuk kesembuhan masa baca 'Iyyaka....".

3)Tawakkal kepada Allah setelah mencuba!!! Insya Allah sembuh!!!

...Masih tak sembuh...cubalah berbekam sunnah!!! Banyakkan bersedekah!!! Semoga sembuh!!!

p/s Masya ALLAH!!! Telah banyak kali saya cuba dan berikhtiar.... Alhamdulillah kepala saya segera sembuh dengan izin Allah!!!!! Hebatnya KALAMULLAH!!! Sebaik-baik perubatan adalah AL QURAN!!!! Yakinlah!!! Marilah sama-sama mempromosikan al Quran sebagai sumber kesembuhan!!!!!


Cubalah hari ini!!!

Wednesday, November 25, 2009

Salam Eidul Adha; Eid Mubarak dari Warga TAQ Pahang!!!!



Selamat menghidupkan malam mulia malam arafah dan malam hari raya...moga2 hati senantiasa hidup di waktu kebanyakan manusia MATI HATI....... Salam Iduladha 1430 untuk sahabat seperjuangan semua dari saya sekeluarga dan warga TAQ Pahang!! Selamat berkorban!!! Eid Mubarak!!!!!!

Khutbah Eidul Adha Maulana Sheikh Nazim al Haqqani...semoga bermanfaat!

Assalamu'alaikum...bismillah..meded ya Sayyidi meded ya Syaikh..ya Rijalallah..Destur ya Rasulullah saw



Wahai manusia!!! Islam adalah Haqq, ia adalah agama yang benar kerana jika ianya Bathil, maka tidak akan ada orang disini! 1400 tahun yang lalu, perintah ini diturunkan: Ibadah Haji. Jika kamu tidak dapat menunaikannya (sesiapa yang tidak dapat menunaikan haji), pergilah dan raikannya dengan Solat 'Eid dan lihat, betapa ramai manusia yang menunaikannya. Ramai manusia yang mengatakan "Islam itu mundur, ia berasal dari zaman kejahilan." Ini jelas tidak benar sama sekali. Islam diumpamakan matahari, bersinar bagaikan matahari, sejak hari pertama hingga hari terakhir (Hari Kiamat).


Jagalah iman kamu dan kuatkannya. Dan bagaimana kamu menjadikannya agar lebih kuat? Dengan ibadah dan perbuatan baik. Dan Allah swt akan bertanya, "Bukankah kamu mempunyai 2 minit bagi menunaikan solat 2 rakaat untuk-Ku? Aku telah mengurniakan kepada kamu berbagai nikmat dan kamu tidak memikirkan Aku walaupun dalam masa 24 jam untuk solat 2 rakaat untuk-Ku-sesuatu yang hanya memakan masa 2 minit?!" Pada waktu pagi, cucilah tangan dan wajahmu juga kakimu (berwuduk) dan solatlah 2 rakaat.

Mereka (para murid) datang kepada saya (Syaikh Nazim q.s.) dan mengatakan, "Syaikh Effendi (nama lain bagi Syaikh Nazimq.s.), pekerjaan kami memburuk!" (Syaikh Nazim q.s.) Bertanya kembali, "Bagaimana hubungan kamu dengan Allah swt?" (Mereka menjawab), "Tidak baik." Jika kamu mengkhianati diri kamu dan Allah swt, itu perkara yang teruk, tidak baik!!! Itu bermaksud segala sesuatu akan menjadi buruk. "Syaikh Effendi, tolong doakan kami!" dan Allah swt mengatakan, "Mengapakah Aku harus memberinya? Adakah ia (manusia) mengingati-Ku? Tidak bukan?!! Lalu mengapa Aku harus memberinya? Jika Aku memberinya lebih banyak, ia (manusia) akan lebih banyak kehilangan kepalanya!!!"

Dari yang demikian,Solatlah! Jangan biarkan walau satu hari berlalu tanpa bersujud! Ketika kita Solat sebelum keluar (memulakan rutin harian) di pagi hari, Barakah lebih banyak datang pada hari tersebut. Manusia yang kehabisan rezeki akan meninggal. Tetapi jika kamu hidup, rezeki kamu akan datang dan akan ada malaikat khusus yang membawa Barakah. Malaikat itu akan memerhatikan apakah seseorang itu Solat atau tidak. Jika ia Solat, malaikat tersebut akan memberikannya Barakah. Jika tidak, maka malaikat itu akan mengambilnya kembali. Malaikat itu akan membawa Barakah itu pergi meninggalkannya. Jika kamu tidak mahu pekerjaan kamu merundum, kamu harus mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah swt.

Semoga Allah swt mengurniaan kita taubat yang benar, memohon keampunan dengan cara yang benar. Hari ini adalah hari di mana kamu berkorban dengan mengarah ke kiblat sambil mengucapkan "Bismallahi, Allahu Akbar," dan kemudiannya kamu menyembelih haiwan korban kamu. Setelah itu kamu solat 2 rakaat sebagai tanda syukur kamu. Setelah kamu memutuskan pembuluh darah dan saluran udara haiwan itu, kamu harus segera melepaskannya. Jangan menikam dengan lebih dalam lagi. Kamu mesti membiarkan haiwan itu selama dua ke tiga minit atau lebih, itu adalah haknya untuk bergerak dan sluruh darah akan mengalir keluar.
Jika kamu menyembelih di kawasan yang salah, haiwan itu tidak banyak bergerak sehinggakan seluruh darah tetap berada di dalam badannya dan ini tidak elok bagi manusia.

Kamu berhak mengambil 1/3 darinya dan kemudia bagikan 1/3 lagi kepada fakir miskin. Dengan itu Allah swt akan melindungi kamu, anak-anak kamu dan rumah tangga kamu kesan dari pengorbanan tersebut. Allah swt akan menyingkirkan masalah dari kamu. Jika kamu tidak menunaikan korban pada Hari Raya 'Aidiladha, kesusahan akan datang dan akan menjadikan kamu menghabiskan 10 kali ganda lebih banyak duit dari duit yang sepatutnya kamu gunakan untuk mengorbankan seekor haiwan korban. Allah swt akan menjadikan kamu membayarnya 10 kali ganda lebih banyak. Kemungkinan seseorang akan melanggar kereta kamu, kemalangan berlaku, kamu akan mengeluarkan duit lebih banyak.

Jangan berfikir harta kamu akan berkurang kerana menunaikan korban atau kerana bersedekah. Berikannya, dan jangan membiarkan tangan kamu menggigil ketika memberi. Banyak kesusahan yang akan Allah swt bentengkan dari kamu. Jadi, berikannya dengan ikhlas dan sekarang kita berkumpul disini (Dergah Syaikh Nazim) untuk menunaikan Solat 'Aidiladha. Kita berniat untuk solat. *Apa yang kami katakan dalam khutbah, saya katakan itu disini supaya kita tidak menahan orang terlalu lama, saya memberi khutbah yang singkat.

Semoga Allah swt meninggikan darjat Nabi Suci saw. Wahai Tuhan kami! Jangan biarkan manusia yang berusaha membuat nama Baginda saw.turun (kaum kafir)! Jadikanlah mereka pergi (hapus) dan lidungilah kami dari musuh-musuh Islam dan lindungilah kami wahai Tuhan kami! Juga keluarga kami dan jangan biarkan kami bersama kaum yang jahat! Kumpulkanlah kami dalam kumpulan manuisa yang baik!

Berhati-hatilah mengenai anak kamu, mengenai generasi muda kerana generasi muda ini penting. Jangan biarkan mereka melakukan perbuatan-perbuatan buruk pada masa sekarang. Banyak sekali perkara buruk yang dilakuan manusia sekarang ini-Dadah, Alkohol dan perkara lain, semua kotoran buruk dari barat di bawa masuk kesini. Ketika kamu datang kepada mereka (orang barat) dengan kebiasaan kamu (sebagai orang timur), mereka melihat, "Apa yang kamu bawa kesini?" Apa yang mereka (orang barat) bawa? Hanya hal-hal yang buruk, yang membuat manusia kehilangan jalan baik mereka dan belajar tentang perkara-perkara buruk dan jahat ini! Kita harus berdoa agar Allah swt tidak menempatkan kita dengan orang-orang yang jahat tetapi semoga Dia menulis nama-nama kita di kalangan orang-orang yang baik! Hidup bersih, dan ketika kamu meninggalkan dunia ini, tinggalkanlah dengan bersih!

Salawat...wa minallahi taufiq, wassalam...

*Syaikh Nazim memberikan suhbah ini sebelum solat 'Eid supaya ketika khutbah selepas solat, ia tidak perlu diperpanjangkan lagi supya orang ramai tidak bosan mendengar...

(OLEH: SYAIKH NAZIM AL-HAQQANI Q.S.-29 DIS 2006, CYPRUS)

Tuesday, November 24, 2009

Rawatan Gout / Asam urat

Terdapat 1001 rawatan penyakit gout. Namun rawatan yang paling mendekati 'sunnah' dan tabi'e yang paling mujarab adalah:
1) Teknik bekam: Bekam di point di dalam gambar: Masa yang terbaik 15, 17, 21 hb Islam. Hari yang terbaik adalah hari Isnin, Selasa atau Khamis.

2) Teknik tabi'e: Perubatan tradisional: Akar terung pipit diambil segenggam dan direbus sehingga tinggal separuh.... Minum setiap hari 1 jam sebelum makan apa-apa. Rawatan 40 hari!

3) Seumpama yang disarankan oleh mursyid saya Maulana Sheikh Nazim al Haqqani: Makan sebiji epal (hijau) setiap hari satu hari sebelum makan / makan selalu.....Rawatan 40 hari!

Insya Allah dengan izin Allah, akan disembuhkanNya!!!

Sunday, November 15, 2009

Promosi Pengambilan Pelajar Halaqah Kedua Darul Hikmah Pahang!!!!


Assalamualaikum!

Kepada: Saudara-saudaraku yang dahagakan ilmu perubatan Islam

Saya dengan ini mengumumkan Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah Pahang telah melancarkan promosi pengambilan bakal perawat generasi kedua setelah mendapat perkenan dari al Fadhil Tuan Guru Sheikh Abd Malek al Azhari an Naqshbandi.

Pengambilan halaqah kedua ini dilancarkan selepas halaqah pertama akan menamatkan pengajian mereka bulan depan. Halaqah pertama yang asalnya berjumlah lebih dari sepuluh orang dan akhirnya disaring menjadi 6 orang ini telah menjalani pengajian teori dan praktikal hampir satu tahun lamanya. Mereka telah saya didik dengan intensif tiap-tiap minggu selama setahun ini akan menjalani ujian khas untuk mendapat ijazah perubatan Islam dari al Fadhil Ustaz Abd Malek pada akhir tahun ini.

Kelas batch kedua akan bermula pada pertengahan bulan Disember depan. Maklumat pengajian halaqah kedua ini adalah:

Tenaga pengajar: Ustaz Hayat an Naqshbandi

Pelajar: Calon perawat sekitar Pahang.

Bilangan pelajar: Kurang dari sepuluh orang.

Tempat pengajian: Pusat Rawatan Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang, 143 Jalan Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang...(sementara waktu sebelum pusat rawatan akan berpindah ke bangunan yang lebih sesuai tidak lama lagi)

Waktu: Selepas Maghrib; Sabtu Malam Ahad setiap minggu selama setahun.

Silibus:
Kitab Wiqayatul Insan
Kitab as Sorimul Battar
Kitab A'lij Nafsaka bil Quran
Kitab Dalilul Mualijin
Buku Terapi al Quran Penawar Gangguan Makhluk Halus
Buku Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus

Rawatan bekam
Rawatan urut
Rawatan pinggan putih
Rawatan refleksologi

......... dan pelbagai lagi...

Majlis pengajian akan diselang selikan dengan maulid dan selawat...

Yuran bulanan: RM50 sebulan.

Kepada yang berminat sila hubungi Ustaz Hayat di talian 0179065131....

Yakinlah...... kaedah Darul Hikmah adalah kaedah yang paling bersih dari unsur-unsur jin, khadam, bidaah dhalalah dalam perubatan, jurus silat, ilmu batin yang tidak syarie dan sebagainya.... Inilah peluang anda untuk mempelajari kaedah perubatan Islam yang unik dan murni......

Jangan ketinggalan ye... Saya akan menunggu anda!!! Cepat sebelum kuota penuh!!!!

Yang benar:
Ustaz Hayat an Naqshbandi
Perawat Islam Terapi al Quran Darul Hikmah Pahang


Thursday, November 12, 2009

Teguran terbuka kepada orang Temerloh!


Al kisahnya bermula apabila sebuah sekolah yang terletak di seberang Temerloh mengalami insiden histeria. Maka berbondong-bondonglah perawat Islam datang terutamanya dari Darul.... dan Darul....... . Tak ketinggalan ustaz-ustaz, tok imam,bekas imam dan sebagainya mencuba nasib di sekolah tersebut..... Malah seorang tokoh agama Malaysia merangkap tokoh perawat Islam juga berkunjung ke sekolah terbabit...Khabarnya beliau juga ditendang..... dan bermakna masalah masih berlanjutan....

Nak dijadikan cerita keadaan makin meruncing dan tidak terkawal sedangkan musim peperiksaan menjelang tiba.

Diri ini tertanya, apakah diri ini tidak akan dipanggil. Maklumlah rumah mak dekat je sekolah tersebut... Hari demi hari berlalu, kejadian demi kejadian hanya sampai ke hujung telinga sahaja. Tak lebih dari itu....

Mujurlah ada cikgu yang sudi berhubung dan memberitahu perkembangan semasa sekolah terbabit... Rupa-rupanya isu yang dimainkan di sekolah adalah,.....

"TAK GUNA PANGGIL USTAZ-USTAZ DAN PERAWAT ISLAM. TARA DATO.................... MAI MENGUBAT PUN TAK JALAN....!!! INIKAN ORANG LAIN!!!LEBIH BAIK PANGGIL BOMOH"

Ooooh, itu isunya...Isu ini dibawa oleh ibu bapa. Tak ketinggalan cikgu2 dan ustaz ustazah pun turut berpendapat begitu!!! Amat menakutkan!!!!

......Persoalannya; akidah kita bagaimana? Ustaz / Dato' yang menyembuh atau Allah Rabbul Jalil? Kita sebagai manusia kan wajib berikhtiar dengan saluran yang betul!!!!

Darul Hikmah pun tak dipanggil.. Tidak mengapa, Ustaz Malek bagitau orang yang macam ni biarkan sahaja dengan labu-labunya...Kita kesian la tapi tak rugi apa-apa...yang rugi depa juga... Saya pun jadi tak lalu untuk ke sekolah terbabit walaupun sekiranya dijemput....Nak buat macam mana; dah merajuk....

Malam tadi dilaporkan kepada saya ada satu team bomoh bertandang ke sekolah terbabit siap dengan botol2 nya....Haaiiii tak tahu laa, berapa banyaklah pula jin bomoh2 yang diimport masuk....

Saya agak terkilan kerana perawat Islam tidak diberikan ruang dan peluang yang seluasnya untuk berjuang dan menabur bakti di tempat sendiri. Tak tunggu saya, sape2 lah pun yang bergelar perawat Islam sepatutnya dihargai...Bukan dihina dan dibangkitkan isu2 yang pelbagai.

Patutlah pusat rawatan di TJ semenjak dua menjak ni lengang saje...Nampaknya orang Pahang khususnya di Temerloh lebih suka melanggan bomoh....

Saya tidaklah mengaku saya hebat, saya tak pandai dan saya tidak mengaku kalau saya mengubat memang wajib sembuh. Belum tentu kalau saya ke sekolah terbabit masalah akan selesai... Saya akui!!!!... Kerana semua kesembuhan adalah di tangan Allah semata-mata berdasarkan kemurnian perubatan dan niat perawatnya... Tak gitu!!!

Namun kaedah Quran yang diguna sudah tentu hebat kerana al Quran adalah sumber kesembuhan yang hebat. KALAMULLAH!!! Mukjizat nabi terbesar...!!!!

BUKANKAH AL QURAN ADALAH SYIFA' DAN RAHMAT KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN!!!!

Kalaupun pesakit tidak sembut setelah berikhtiar dengan al Quran, adakah bermakna Quran tidak hebat dan sabda Nabi saw bahawa sebaik-baik penyembuhan adalah al Quran tidak benar??????? Sudah tentu TIDAK!!!!... Sudah tentu ia ada kaitan dengan kerohanian dan keyakinan perawat atau rawatan yang patut dikenakan mesti diulang secara intensif atau atau atau dan atau lagi..... 1001 alasan lagi.

Sebenarnya Allah tidak memberi keizinan lagi untuk sembuh!!!! Allah suruh anda semakin kuat bermujahadah dan lebih berpaut kepadaNYA!!! MengharapkanNYA!!!

Ini kafarah dosa anda!!!!

Yang lebih penting akidah kita jangan tersasar... Ini kerana YANG MAHA PENYEMBUH adalah Allah Taala semata dan bukan manusia.... Manusia hanya berikhtiar....dan ikhtiarnya juga hendaklah selari dengan al Quran dan as Sunnah...


Ada orang sound saya:

1) Ustaz mengubat dengan al Quran lambat jadi. Lebih baik guna jurus silat atau khadam. Sekali NGAP......zussssssssss!!!! Terus lega.....

2) Buat apa pasang ayat al Quran (ruqyah syariyyah) di sekolah terkena histeria.....sakit la jin tu nanti.....kenapa nak ISA kan jin... pujuk la sembang dulu...diplomasi la... Jangan seksa jin dengan al Quran...

Terkejut saya.....!!!! Isu ni saya akan kupas nanti....

Apapun inilah mentaliti orang di tempat saya, BANDAR IKAN PATIN, TEMERLOH, PAHANG...

Orang Temerloh jangan marah ye.... Saya bukan nak cari gaduh dengan sesiapa.....saya tak suka cari pasal ye.... sekadar teguran terbuka kepada orang Temerloh, Bandar Ikan Patin........... :)

Saturday, November 7, 2009

PELANCARAN EBOOK KAMUS TAFSIR MIMPI

Assalamualaikum....


Dari laptop: Ustaz Hayat an Naqshbandi
Kepada: Mereka yang sering dilamun mimpi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Saudara-saudaraku...
Mimpi bukan sekadar hanya mainan tidur tetapi mimpi juga memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Justeru kita bukan sahaja boleh bersiap sedia malahan boleh berjaga-jaga dan merancang agar dihindari dari sesuatu perkara yang tidak diingini.

Usah biarkan hidup anda diselubungi pertanyaan kerana mimpi-mimpi yang tidak diketahui maksudnya samaada berkaitan agama,keluarga,bisnes,pekerjaan dan hubungan sesama manusia.


AMARAN !!!:
Buku ini:
Bukan Ramalan
Bukan Sembarangan,
Bukan Tafsir Semberono
Bukan Tafsir Mimpi Picisan Tepi Jalan

Berbeza dengan buku Tafsir Mimpi yang pernah anda baca sebelum ini.
MEMPERKENALKAN

Kamus Tafsir Mimpi Kaedah Al-Quran
karya: Ustaz Hayat an Naqshbandi

Bukan Itu sahaja, 2 bonus percuma dan Eksklusif menanti anda jika anda membuat pembelian sekarang!

Bonus Eksklusif 1
EBOOK SOAL JAWAB YANG WAJIB DALAM ILMU TAUHID

Harga Pasaran = RM20.00
Diinspirasikan dari kitab ‘PATI FARIDATUL FARAID’
Karya Tuan Guru Haji Nik Abdullah bin Haji Nik Mat al Jambawi
Kitab yang sangat terkenal di alam Melayu Nusantara!!!
Diringkas dan dipermudahkan olehHayat an Naqshbandi
Kandungan:
Mukaddimah ilmu Tauhid
Sifat dua puluh lengkap
Perihal sifat nabi
Rukun ImanPerkara Sami'yyat
Permasalahan-permasalahan dalam ilmu Tauhid


Bonus Eksklusif 2
27 SOAL JAWAB IBADAH KORBAN

Harga Pasaran = RM20.00
Dipermudah dari kitab Matla'ul Badrain karya Tuan Guru Muhammad bin Ismail Daud al Fathani...
Susunan Hayat an Naqshbandi

Dipersembahkan dengan gaya yang santai dan mudah difahami. Dalam bentuk soal jawab. Boleh menguasai bab korban dengan jayanya!!!
ANDA BERMINAT: SILA KLIK DI GAMBAR / DI SINI!!!

Thursday, November 5, 2009

Tanda-tanda rumah anda BERHANTU!!!!


Ciri-ciri rumah berhantu:

1. Kebiasaannya rumah yang 'berpenghuni' / berpenunggu / berhantu adalah rumah nampak suram dan muram. Rumah tersebut kebiasaannya kelihatan tiada 'nur' atau hilang keceriaan atau serinya.

2. Seringkali terdengar bunyi-bunyi aneh dan menyeramkan khususnya pada waktu malam. Lebih-lebih lagi selepas dua belas tengah malam. Antara bunyi yang biasa kedengaran adalah bunyi barang jatuh, balingan batu, hilaian ketawa, orang menangis, bayi merengek, bunyi tapak kaki dan pelbagai lagi bunyi yang menakutkan.

3. Rumah yang terdapat banyak kelawar yang terdapat di bahagian syiling atau atapnya. Kebiasaannya syiling dan kawasan rumah dipenuhi tahi kelawar. Ini mengundang jin bertandang ke rumah anda. Ini kerana sebahagian jin suka kepada tempat kotor seperti tempat yang dipenuhi najis kelawar.

4. Selalunya, rumah yang berpotensi mengalami masalah gangguan makhluk halus adalah rumah yang diperbuat daripada kayu kayan bukit.

5. Rumah yang tidak terjaga rapi kebersihannya daripada sebarang kotoran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan najis haiwan seperti najis kelawar, burung dan haiwan ternakan.

6. Rumah yang berhantu adalah kebiasaannya mengandungi gambar-gambar benda hidup dan gambar yang tidak direstui syarak, patung-patung serta sebarang perhiasan yang tidak menggambarkan biah atau suasana keIslaman yang sebenar.

7. Berkaitan dengan penghuninya pula, selalunya penghuni rumah berhantu ini terdiri daripada mereka yang kurang pegangan agamanya seperti malas menunaikan solat, tidak menutup aurat dan memasang lagu-lagu yang tidak masyru'.....(melanggar syara')

Kesimpulannnya peliharalah rumah anda dari sebarang kemaksiatan agar terhindar dari diceroboh oleh makhluk halus....

Jika terdapat permasalahan berkenaan rumah anda yang mengalami masalah ini, silalah menghubungi mana-mana perawat Islam untuk 'memagarnya'.

Jika ada kesempatan saya akan memberitahu beberapa cara untuk memagar rumah!!!

Sunday, November 1, 2009

Ustaz Malek di dalam Metro komen pasal sihir di mahkamah 2/11/09


Ilmu cuca kunci mulut
KUALA LUMPUR: Sihir yang digunakan untuk mengunci mulut atau menyebabkan individu yang ‘terkena’ bercakap merapu dikenali sebagai ilmu pembungkam atau ilmu cuca.

Pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah di Alor Star, Kedah, Abdul Malik Lazim, berkata sihir itu biasanya ‘dikenakan’ terhadap peguam, saksi mahkamah atau pengantin yang mahu diijabkabulkan supaya mereka tidak dapat berkata-kata. “Individu itu tahu apa yang hendak dikatakan tetapi disebabkan terkena sihir mulut mereka seolah-olah terkunci, atau tidak boleh bercakap. “Ilmu cuca boleh dikenakan kepada individu atau sehingga tujuh keturunan mangsa menyebabkan mereka hilang keyakinan untuk bercakap,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Metro Ahad semalam mengenai pengakuan peguam syarie yang menjadi sasaran ilmu hitam bagi menghalang mereka menjalankan tugas di mahkamah.

Naib Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, yang mendedahkan perkara itu, berkata beliau bukan saja dimaklumkan oleh PGSM mengenai hal itu malah turut mempunyai pengalaman gangguan ilmu hitam ketika di mahkamah. Menjelaskan lanjut mengenai ilmu itu, Abdul Malik berkata, ia biasanya dihantar dengan bacaan jampi serapah atau mengikat benang tiga warna dengan hujung simpulan di bahagian punggung pengamalnya.

“Mereka memuja benang itu sebelum mengikat di pinggang menyebabkan mangsa sukar buka mulut,” katanya.Menurutnya, antara kaedah untuk mengelak terkena sihir jenis itu amalkan bacaan surah al-Mulk setiap kali selepas solat Isyak.“Selain itu antara doa lain adalah membaca surah al-Falaq tiga kali sebelum keluar rumah dan sentiasa dalam keadaan berwuduk,” katanya.