Sunday, May 31, 2009

Kajian kes: histeria di smk ??????, maran




Pada 14hb April yang lalu saya dijemput hadir ke sebuah sekolah di daerah Maran. Ustaz yang menelefon kata ramai budak-budak sekolah tu yang histeria. Semua angkatan perawat Darul Hikmah telah saya hubungi tetapi tiada seorang pun yang dapat turut serta. Jadi dengan menaiki motor Nouvo LC, saya bergegas la ke tempat kejadian. Sampai-sampai sahaja saya suruh pasang cd ruqyah dengan pembesar suara.Kemudian saya nak jumpa yang mula-mula sekali kena histeria. Maklumlah kaedahnya memang macam tu. Kepalanya adalah yang mula-mula kena. Tapi bila jumpa keadaannya dah ok.

Saya terus bergegas ke bilik yang kedua; budak lelaki nama Hafizuddin. Saya suruh geng2 dia pegang kuat2 dan azan kuat2. Alhamdulillah tak sempat dialog, jin yang ada di dalam badan dia terus keluar.

Dipendekkan cerita hampir lapan orang juga yang saya rawat dengan izin Allah mereka berhenti histeria. Semuanya diubat dengan ayat ruqyah. Badan saya punyalah letih. Maklumlah tiada orang yang membantu. Pengetua sekolah mintak saya pagar sekolah secepat mungkin. Dia kata sanggup bayar berapa sahaja. Tapi saya jelaskan agak payah nak pagar semua sekolah. Cara kita bukan pakat2 dengan jin naik bas pastu longgok kat bukit mana2…

Pada malam tu juga, saya and the gang; abang sb, abang Kasim, Us Rahmat dan Pakcik pun bertolak selepas kelas perubatan Islam di rumah abang Kasim yang diikuti dengan jamuan soto oleh tuan rumah! Kami sampai di sekolah tu pukul sebelas mlm lebih. Tindakan pertama kami adalah memasang cd ruqyah Ustaz Malek menggunakan pembesar suara. Kemuadian kami minta kepada pelajar yang masih berbaki di asrama supaya membaca Yaasin pada 20 baldi air sambil mengulangi ayat 58 surah Yaasin sebanyak 21 kali. Sementara itu,kami membaca ayat ruqyah pada botol2 air mineral, garam kasar, limau nipis (sepatutnya limau purut), asam keping dan lada hitam.

Kami merenjis di dalam semua bilik dan dorm dengan air yaasin dan meletakkan air ruqyah di dalam botol di 4 penjuru setiap bilik. Bayangkanlah berapa bilik yang ada. Kemudian kami pagar pula bangunan dengan barang-barang tadi. Kami siap lebih kurang pukul 4 pagi!

Beberapa hari kemudian saya, abang kasim dan pakcik bergegas kembali ke sekolah terbabit. Tujuannya adalah untuk mengubati cikgu2 pulak. Ada pulak cikgu yang terkena histeria. Saya ubat lebih kurang 3 orang. Tapi yang betul2 histeria seorang je. Dipendekkan cerita ustazah tu cerita geng2 jin nak tengok sejauh mana sekolah boleh bertahan. Jin dari bukit pakat-pakat turun. Katanya kejadian ini berlaku kerana pembinaan satu blok bangunan di lereng bukit sebelah sekolah. Kebetulah tu tempat port mereka. Puak jin ni tak dapat masuk kawasan asrama sebab team kami dah pagar jadi mereka attack kawasan sekolah. Baru saya ingat yang team kami pagar hari tu kawasan asrama sahaja. Kawasan sekolah kami suruh budak2 je renjis air.

Selepas mengubat, puan pengetua suruh pagar semua rumah cikgu kat kuarters. Jadi kami pun pagar termasuk rumah dia sekali. Apa yang menyedihkan, ada guru-guru yang tidak memberikan kerjasama. Apabila Pak Cik masuk memagar rumah, mereka tarik muka…Aparaaa…Hamba beri syarat, kalau tak mau ada gangguan lagi jangan dok buat persembahan nyanyi2, band dan aktiviti lagha. Itu pantang larang dia.Tapi ada cikgu kat situ menafikan. “Kami buat nasyid je kat sekolah ni. Nasyid tu ada la,” kata cikgu tu. Sedangkan ada ustaz2 kat situ bagitau saya sekolah ni memang selalu buat aktiviti lagha yang sebenarnya boleh ‘meruntuhkan’ pagar dan mengundang jin ke sekolah serta menghambat malaikat rahmat keluar. Tapi saya pesan juga pada GPK jangan buat dah. Tu pantang larang dia.

Selepas tu ada juga dilaporkan beberapa kejadian histeria kecil berlaku tapi boleh terkawal.Sekolah aman buat sementara waktu….

Minggu lepas…. Ada cikgu dari sekolah tu telefon saya dalam pukul 10 malam. Waktu tu saya tak berapa sihat. Dia kata ada lebih kurang 30 orang histeria!!! Saya minta ampun kata tak boleh nak pi. Sebenarnya saya nak siasat apa yang berlaku. Keesokan harinya saya telefon sahabat saya yang mengajar di sana. Taulah ceritanya…. Rupanya ada sambutan hari guru peringkat negeri di situ, yang tak sedapnya ada band pulak tu. Bila kita kata kat depa; depa kata dah program dia orang atasan perintahkan supaya buat. Takkan kami nak tolak. Sebab tu la awal-awal lagi tolak je program tu. Suruh buat kat sekolah lain. Maklumlah sekolah tengah pantang la ni. Jadi kesimpulannya mereka dah langgar pantang larang yg saya bagi… tamatlah cerita…. Katanya malam tu mereka dah panggil tok bomoh yang gitu-gitu la… Habislah..

Saya ada prinsip, kalau dah langgar pantang kita bagi buat apa nak tolong lagi.Mereka yang meruntuhkan pagar tu! INI POINT CERITA NI. Saya call us Malek dia cakap pendapat yang lebih kurang la… Timbul juga kata2 cikgu kat sana kata Ustaz Hayat dah buat pagar dan kami dah bayar, tapi kenapa masih jadi juga histeria….Saya kata panggil la Dr Harun Din sekalipun dan pagar 40 lapis pun, tapi kalau awok yang meruntuh pagar dan panggil puak-puak jin ni selagi itulah masalah ini tak akan habis…

PERSOALANNYA SIAPA YANG BERSALAH DALAM HAL INI!??

Monday, May 11, 2009

KAEDAH MENGESAN JIN DALAM BADAN

1) Perdengarkan MP3 RUQYAH SYAR'IYAH sehingga tamat (20min) menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.

2) Pejamkan mata dan tenangkan minda anda.

3) Perhatikan setelah selesai...Jika anda terasa mual,jantung berdegup kencang,batuk,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap.Maka sahlah badan anda dihuni JIN

SENARAI AYAT RUQYAH SYAR'IYAH

Berikut adalah senarai ayat-ayat ruqyah syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:


1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

produk kami untuk anda miliki!!!



Pembelian EBOOK??? Klik di SINI.
Promosi Ramadan dan Idulfitri 1430
"Mengubati sendiri penyakit misteri anda di rumah!!!"


Set rawatan gangguan makhluk halus "Pakej Syifa'"

Mengandungi:



  1. 1 cd ruqyah syariyyah

  2. 1 losyen halia bidara

  3. 1 kotak pil barakah (24 kapsul)

  4. minyak wangi kasturi yang telah diruqyah

  5. 1 sabun bidara mambu

  6. 1 minyak celak zaitun

  7. 1 pati za'faran

  8. inyak zaitun habbatus sauda'

  9. 5 kotak kismis doa

Hanya RM135

Panduan penggunaan akan disertakan.

Set rawatan gangguan makhlus halus "Pakej I'laj"

Mengandungi:

  1. 1 cd ruqyah syariyyah

  2. 1 losyen halia bidara

  3. 1 kotak pil baraka (24 kapsul)

  4. 1 minyak wangi kasturi yang telah diruqyah

  5. 1 sabun bidara mambu

  6. 1 set rawatan sihir mengandungi: a) rawatan minum b) rawatan mandi c) rawatan pagar rumah

  7. kotak kismis doa

Hanya RM110

Panduan penggunaan akan dilampirkan.

"Anda mampu merawat sendiri penyakit anda dengan berbekalkan RAHMAT ALLAH!!!"


Semua produk ini telah dibacakan doa dan ruqyah syariyyah oleh pengasas Darul Hikmah al Fadhil Ustaz Abd Malek al Azhari an Nashbandi dan Ustaz Hayat sendiri.

Sila hubungi Ustaz Hayat untuk proses pembelian: 017 9065131


Alhamdulillah dengan berkat usaha tanpa jemu al Fadhil Ustaz Abd Malek dan keizinan Allah Taala dan doa guru kami akhirnya, kami berjaya 'menumpang' meniagakan produk-produk beliau.

1. cd ruqyah syari’ah pembasmi semua sihir: didengar utk menghapus pengaruh semua sihir, gangguan jin, santau, saka & histeria. HOT!!! RM 25.00
2. set rawatan sihir; minum, mandi dan pagar rumah:
campuran zam zam, za’faran, air mawar yang telah diterapi al Quran. Harga asal 1 botol: RM 30.00, RAMADHAN SALE !!!: harga terkini: RM 10.00!!! / Harga asal set lengkap: RM90.00, RAMADHAN SALE: RM30.00!!!




3. losyen halia bidara: buang angin, bisa badan dan sendi kerana sihir. HOT !!! RM 22.00
4. sabun bidara mambu: sakit kulit biasa atau kerana sihir. Harga asal: RM18.00, RAMADHAN SALE:RM9.00

5. minyak zaitun sauda’: dicampur air jampi untuk basmi sihir, sakit sendi, penerang hati dan resdung. BARU!!! RM 25.90
6. pati za’faran: dicampur air jampi untuk basmi sihir & penerang hati. BARU!!! RM 15.90
7. minyak celak zaitun: disapu pada anggota wuduk dan sendi pesakit dan bayi menangis, basmi sihir dan sakit sendi. BARU!!! RM 15.90 8. kismis minda al hikmah: telah diterapi dgn al Quran utk pelajar, hafiz al Quran dan orang ramai untuk kekuatan minda serta kesihatan badan secara umum. BARU!!! dan HOT!!! RM 1 (kotak kecil) / RM 24 (pek besar)


9. minyak wangi rose: telah diterapi untuk disapu di mulut, hidung, telinga, kening, puting payu dara, lubang pusat dan kemaluan depan dan belakang serta pakaian bagi memaksa jin keluar dari badan dan pelindungan diri. RM 6.00





10. pil baraka habbatus sauda': TULEN!!! Direct dari bumi anbiya' Mesir.24 kapsul dalam 1 kotak.Pil yang sangat terkenal di bumi Arab!!!

Sabda Rasulullah S.A.W : "Sesungguhnya al-Habbatus Sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali al-Sam."saya bertanya "Apakah al-Sam itu?"Baginda menjawab "al-Sam iaitu Maut"( Hadith Riwayat Iman al-Bukhari...



Untuk semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan!!! RM15.00


11. Koleksi minyak wangi ruqyah: RM35 atau RM50. Keterangan ada di SINI.


Semua produk ini telah diterapi dengan keberkatan Al Quran!!!

Walaubagaimanapun marilah kita memurniakan akidah dan memasang niat bahawa yang sebenar-benarnya menyembuh hanyalah Allah Taala. Produk-produk ini hanyalah tak lebih dari ikhtiar sahaja di bumi Allah yang bergelar darul asbab ini..Hakikat yang menyembuh hanyalah Allah jua!!!

KAEDAH PEMBELIAN

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah datang ke pusat rawatan kami di Temerloh Jaya atau melalui pesanan pos.Harga yang dipamerkan tidak termasuk belanja pos. Sebarang pesanan produk kami bolehlah hubungi:



Ustaz Hayat di talian (017 9065131) atau e mail hayat_annaqsyabandi@yahoo.com.

Kaedah pertama:

Offline: ATM deposit / ATM transfer / Cash deposit ke akaun

Muliati binti Saad.

no akaun Bank Islam : 14162020055479 atau


no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)


Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in serta alamat email.

Kaedah kedua:

Offline: Cek atau wang pos.Perlulah ditulis atas nama:

Muliati binti Saad

di alamat: 35, Taman Jaya 2, Jalan Maran, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.Anda perlulah menulis nama di belakang wang pos atau cek tersebut.

Kaedah ketiga:



Online:

BANK ISLAM: 14162020055479 (MULIATI BINTI SAAD) atau

no akaun Maybank: 156057415555 (MULIATI BINTI SAAD)

Sila sms saya ke 017 9065131 sejurus bank in, sms maklumat masa dan tarikh bank in serta alamat email.

KAEDAH PENGEPOSAN DAN PENGHANTARAN

Anda akan mendapat barang yang dipesan dalam masa 2-5 hari bekerja SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN.

Kami menggunakan khidmat pos laju dan Nationwide bagi tujuan pengeposan dan penghantaran produk.

CAJ PENGHANTARAN

Caj penghantaran yang dikenakan ialah secara 'flat rate' (tak kiralah berapa jumlah barang yang dibeli) iaitu:

  • RM7 - bagi Semenanjung Malaysia
  • RM12- bagi Sabah dan Sarawak

PERHATIAN!!!

Pesanan anda akan dianggap terbatal sekiranya tidak membuat pembayaran dalam masa tiga hari SELEPAS pesanan dibuat.

Penghantaran yang telah pihak kami buat akan diberitahu melalui sms / email / anda boleh check di ruang shoutbox di dalam blog ini.

Sebarang kerosakan dan kesalahan penghantaran boleh dipulang / digantikan oleh pihak kami.

Moh belajar perubatan Islam!!!

Hukum mengajar ilmu ini kepada masyarakat umum buat mereka yang mengetahui adalah WAJIB.Manakala menyembunyikannya pula adalah HARAM!

Hukum menuntut ilmu ini adalah FARDHU KIFAYAH.

Menyedari hakikat ini, saya telah diamanahkan oleh Abuya Ustaz Malek untuk mengajar ilmu ini kepada masyarakat setempat di sekitar Temerloh. Saya gagahkan diri walaupun terasa kekurangan. Teringat sewaktu saya meng'conduct' seminar-seminar perubatan di Dewan-dewan Perwakilan Mahasiswa dan Rumah-rumah negeri di Mesir dan Syria dahulu..

Oleh itu:

Marilah hadir ke:
Pengajian perubatan Islam secara khususi menggunakan kitab perubatan Islam:
“Wiqayatul Insan” dan “as Sorimul Battar” karangan Sheikh Wahid Abd Salam Bali. Serta kitab-kitab perubatan lain khusus untuk menangani masalah gangguan jin dan sihir. Diakhiri dengan pengijazahan kitab dan ijazah perubatan Islam

Setiap Sabtu malam Ahad : 8 mlm

Bayaran: RM 50 sebulan

Setakat ini saya mempunyai lima anak orang 'anak murid' yang 'masih' setia'. Abg Kasim (penternak dan penjual ikan patin sungai Pahang), Pak Cik (pesara petronas), Abg Zahri (polis; kami panggil SB), Mutie dan Rahmat (Ustaz JQAF). Selebihnya yang saya rasa sudah berbelas-belas orang datang ke pengajian semuanya telah menghilangkan diri tanpa dapat dijejaki.

Namun lima perawat baru ini masih tidak boleh mengubat. Sekadar membantu bolehlah. Jadi sayalah yang merawat semua pesakit yang datang. Insya Allah dalam masa sebulan lagi bolehlah mereka mengubat apabila dah hafal ruqyah.

Kepada yang berminat menuntut ilmu perubatan Islam yang bebas khadam dan jurus ini bolehlah menghubungi saya..Sama-sama kita berjuang mendaulatkan perubatan Islam di Negeri Pahang kita ni...Amiiiin!

Mari berbekam!!!


Alhamdulillah. Di pusat rawatan Terapi Al Quran kami menyediakan rawatan bekam sunnah. Saya telah mempelajari sendiri ilmu ini semasa saya masih menuntut di Mesir dan Syria.

Namun, sunnah bekam yang saling tak tumpah seumpama yang dilakukan Rasulullah SAW dengan menggunakan api untuk tujuan menyedut hanya saya jumpai apabila duduk bersama kumpulan kecil jemaah tarekat Naqshbandi di Jabal Qasiyoun, Dimasyq, Syria . Malah bekam mereka terasa sarat dengan nur kerohanian lantas memancarkan hembusan syifa' kepada pesakit. Malah saya masih ingat dibekam oleh salah seorang sheikh di sana yang mahir dalam bidang ini. Sangat berlainan dengan pembekam lain.
Di sini saya coretkan beberapa hadis berkenaan al hijamah atau bekam ini:

1)”Tidaklah aku berjalan pada sekelompok malaikat pada malam aku diisro’kan, kecuali mereka mengatakan, ’Wahai Muhammad, perintahkan ummatmu supaya berbekam!” (HR. Ibnu Majah.
2) Diriwayatkan dalam Shohih Bukhori dan Muslim dari Ibnu Abbas r.a., bahwa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada 2 pelipis dan pundaknya.

3) Diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim bahwa : "Rasulullah SAW pernah menggunakan bekam atas tiga bagian tubuh, bagian atas tulang belakang dan atas dua urat leher."

4)Rasulullah saw bersabda dalam Shohih Al Jami : ” Jibril mengabarkan kepadaku bahwa bekam merupakan metod pengobatan paling bermanfaat yang digunakan manusia”

76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Malangnya, sejak dilancarkan rawatan bekam di sini, sunnah ini masih kurang mendapat sambutan. Kalau ada pun hanya apabila saya menziarahi zawiyah (tempat zikir) di Bukit Damansara. Itu pun adalah beberapa kerat. Rupanya masyarakat kita masih jahil atau mungkin pesimis dengan sunnah rasul bongsu ini...
Kepada sesiapa yang berminat silalah berkunjung ke pusat rawatan kami:

Perkhidmatan bekam:

Isnin , Selasa, Khamis; 8am- 6pm

(kosongkan perut 2- 5 jam sebelum datang)

Jadual perubatan:

Waktu perubatan sihir:
Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah cawangan Pahang dibuka hanya 3 hari seminggu. Kami mengalu-alukan semua pengunjung dan pesakit sekitar Pantai Timur sekitar Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk datang menjengah ke pusat rawatan kami.

Namun, dinasihatkan agar menghubungi kami terlebih dahulu di talian 017 906 5131 untuk membuat temu janji.

Waktu yang dimaksudkan adalah:

Hari Sabtu, Ahad dan Isnin: Bermula 10 pagi hingga 6 petang.

Semua pengunjung disambut dengan tangan terbuka...

satu permulaan...















Assalamualaikum wa rahmatullah...
Alhamdulillah. Wassolatu wassalam ala rasulillah saw.
Madad wa destur ya sultanal awliya'.

Akhirnya dengan izinNya maka blog kami berjaya dilancarkan.

Blog ini sekadar ingin mempromosikan Pusat Rawatan Terapi Al Quran Darul Hikmah cawangan Pahang yang telah dirasmikan pada 15 Disember 2008 yang lalu.

Saya telah diberikan amanah dan kepercayan oleh al Fadhil Ustaz Abd Malek bin Ladzim al Azhari sebagai penaung Darul Hikmah untuk menggerakkan pusat rawatan Darul Hikmah di Pahang. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yang juga sahabat seperjuangan lama saya kerana memungut dan menerima saya di dalam keluarga Terapi al Quran setelah bertahun-tahun di dalam 'team' perubatan lain dan kemudiannya bergerak solo. Lebih-lebih lagi saya telah mengenali beliau sejak zaman persekolahan lagi. Kemudian belajar di INSANIAH atau KUIN di Kedah sama-sama dan menyambung pengajian ke Mesir dalam bidang yang sama.

Puat Rawatan ini khusus untuk menangani masalah gangguan jin, sihir, saka, santau, histeria, strok, kanser, khidmat memagar rumah dan sekolah serta yang seumpanya dengan kaedah Terapi Al Quran! Menawarkan seminar perubatan Islam & ijazah ruqyah syari’ah kepada agensi, institusi dan masjid yang berminat!!!

Semoga Allah Taala, anbiya' dan awliya' merestui usaha kerdil ini. Syukran!!!